Saya mula berkenalan dengan perniagaan dan pemasaran online pada tahun 2009.
Pada waktu tersebut, saya masih lagi belajar di UiTM dalam jurusan pengurusan perniagaan. Keperluan untuk belajar selok belok tentang perniagaan dan pemasaran internet itu ada, sebabnya pada waktu itu lagi saya dah mula set dalam minda, saya tak nak kerja dengan orang lama-lama.
Saya berpendapat, cukup sekadar bekerja makan gaji selama 2 – 3 tahun. Tempoh masa ini saya rasakan sudah memadai untuk dapatkan pengalaman kerja.
Selanjutnya, saya nak gunakan pengalaman yang saya dah miliki untuk kepentingan dan kegunaan bisnes saya sendiri. Rasa tak rela, nak usaha susah payah semata-mata nak bangunkan empayar bisnes milik orang lain.
Peringkat permulaan, saya mula belajar cara untuk melakukan pemasaran internet menerusi kaedah blogging.
Pada waktu tu, kalau nak buat duit online, lazimnya ada dua kaedah yang betul-betul boleh beri hasil, sama ada
1. Program pengiklanan (adsense, bidvertiser, nuffnang)
2. Program affiliate
Program pengiklanan ni mudah. Kita cuma perlu bina website atau blog, masukkan content yang sesuai, dan tarik trafik. Itu sahaja.
Namun saya silap.