Jika anda biasa dengan laman web seperti ebay, bermakna anda pasti tidak mempunyai sebarang masalah untuk memahami perkhidmatan apa yang disediakan oleh laman web Taobao. Laman web ini merupakan syurga bagi barangan murah yang anda boleh borong tanpa perlu bersusah payah untuk ke negara China.
1. Memborong barangan untuk tujuan perniagaan lebih mudah dengan wujudnya laman web seperti Taobao. Asalkan ada sambungan internet, anda dah tak perlu lagi bersusah payah nak travel ke China semata-mata untuk dapatkan stok barangan dengan harga yang murah.
2. Ini secara tak langsung dapat menjimatkan kos logistik dan kos operasi. Anda nak ke China? Macam-macam benda nak kena fikir. Tiket flight, hotel, makan dan minum dan banyak lagi.
3. Khusus untuk usahawan yang masih baru, yang ingin memulakan perniagaan dengan menjual atau membekalkan produk-produk dari China ke pasaran tempatan, anda sebenarnya mempunyai alternatif yang lebih menjimatkan daripada perlu travel sendiri ke China.
4. Anda kini boleh terus lakukan pesanan hanya dengan bantuan laptop peribadi anda. Cuma satu masalah yang mungkin akan anda hadapi ialah dari segi masalah komunikasi. Ini adalah kerana laman web Taobao adalah dalam tulisan cina.
5. Jika anda tak faham apa yang anda lihat, bagaimana anda nak buat tempahan di laman web Taobao ni, betul tak?
6. Sekurang-kurangnya, anda perlukan panduan yang reliable yang anda boleh rujuk untuk membantu melicinkan urusan tempahan dan pembelian anda disana. Anda perlu tahu, bagaimana nak “tukarkan” kandungan laman web ini kepada bahasa Inggeris. Ini contohnya:
7. Sekarang lebih mudah untuk dibaca, betul tak? In that case, anda perlu rujuk pada Panduan Taobao ini. Ini adalah satu-satu panduan tentang Taobao yang anda boleh temui, yang dihasilkan dalam bahasa Melayu.
8. Kalau anda nak ke China, anda juga perlukan bantuan seorang jurubahasa yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Mandarin atau kantonis. Jadi nampaknya, masalah yang dihadapi, sama ada beli di China atau beli dari laman web Taobao ini rupanya tak jauh bezanya.
9. Tahu membaca apa yang terkandung dalam laman web mereka itu adalah satu perkara, Selain dari itu, anda juga masih perlu tahu banyak lagi perkara, seperti yang melibatkan percukaian dan sebagainya.
10. Jika tersalah langkah, barangan yang anda tempah mungkin akan tersekat di ofis kastam, dan anda mungkin terpaksa bayar lebih mahal untuk pastikan barangan anda dapat dilepaskan kepada anda.