Bagaimana cara buat duit dari rumah dengan UBER

Dalam belanjawan 2017, ada disebutkan tentang galakkan kerajaan kepada golongan B40 untuk jana pendapatan tambahan sebagai pemandu ride-sharing seperti UBERbelanjawan-2017

Memandangkan bukan semua orang ada kereta yang sesuai dan melepasi kriteria yang ditetapkan oleh UBER untuk mula menjadi pemandu, maka kerajaan juga ada menyebutkan bahawa mereka boleh guna duit BR1M untuk beli kereta. Salah satu kereta yang dicadangkan ialah Proton Iriz, dan akan dapat rebat sebanyak RM4,000.

 

Setakat ini saya tak jumpa lagi maklumat tambahan tentang perkara ini. Ye la… saya pun nak tau juga, untuk penerima BR1M yang dah menggunakan duit BR1M sebagai pendahuluan untuk beli kereta, apa jadi dengan duit BR1M yang dia patut terima?

 

Kalau ikut logik, dia dah tak layak untuk dapat duit BR1M lagi sebab bahagian yang dia patut dapat dah pun digunakan untuk bayar wang pendahuluan beli kereta.

 

Adakah anda mahu jadi pemandu UBER selama 9 tahun?

Katakanlah hutang pinjaman kereta adalah selama 9 tahun. Dari mana anda akan dapat duit untuk bayar hutang kereta tu?

 

Sepatutnya hutang tersebut boleh dibayar semula dengan wang hasil menjadi pemandu UBER.

 

Adakah sebagai pemandu UBER, anda yakin akan sentiasa dapat pelanggan? Saya tak ada jawapan untuk soalan tersebut. Tapi saya pasti, permintaan terhadap UBER adalah berbeza-beza mengikut tempat.

 

Ada tempat tertentu, permintaan untuk pemandu UBER atau apa-apa ride-sharing memang agak tinggi. Dan ada tempat tertentu, orang kurang memerlukan perkhidmatan UBER.

 

Cuma sebelum nak buat keputusan ini, untuk guna BR1M dan jadi pemandu UBER, dan beli kereta baru, kena tahu serba sedikit bagaimana trend permintaan pasaran untuk perkhidmatan UBER.

 

Anda patut risau kalau anda menawarkan perkhidmatan UBER ditempat yang kurang permintaan nanti.

 

Apa alternatifnya?

 

Sebenarnya, syarikat ride-sharing seperti UBER ini juga menawarkan peluang untuk jana pendapatan tanpa perlu menjadi pemandu. Mereka ada program yang dikenali sebagai UBER-DOST. Potensi pendapatan yang boleh dihasilkan juga tak kurang hebat dan lumayannya.

 

Contohnya ini adalah salah satu pendapatan yang dah dihasilkan oleh saudara Nik Razman salah seorang yang aktif dengan program UBER-DOST. Lihat pada bahagian yang ditandakan dengan kotak berwarna merah.

bayaran-komisen-uber

Saya berpendapat, jika pendapatan seperti ini boleh dihasilkan tanpa perlu jadi pemandu UBER, rasanya ia satu pendapatan yang wajar untuk diusahakan.

 

Apabila cukup jumlah yang terkumpul, boleh guna duit itu untuk beli kereta baru. Lepas tu terpulanglah sama ada nak jadi pemandu UBER atau nak terus fokus pada program UBER-DOST sahaja.

 

Bukan apa… Anda patut pertimbangkan apa yang bakal terjadi dimasa akan datang juga.

 

Macam mana kalau lepas anda dah beli kereta baru, kemudian selepas beberapa bulan anda jadi pemandu UBER, anda dapati yang kerjaya sebagai pemandu UBER bukannya sesuatu yang benar-benar anda suka. Tak kan nak berhenti? Kalau berhenti, dari mana anda nak dapatkan pendapatan untuk bayar kereta tu pula.

 

Konsep dia tak jauh beza dengan menjadi usahawan.

 

Sebelum nak ambil risiko dan berbelanja besar, sehingga mengikat anda dalam satu komitmen yang tiada jalan keluar, ada baiknya cari alternatif untuk bermula dengan kaedah yang lebih rendah dari segi risikonya. Salah satunya ialah dengan menyertai UBER-DOST atau apa-apa referral program yang dipercayai boleh mendatangkan pendapatan.

 

Apa pun, sekiranya anda rasakan yang anda perlu rujuk panduan untuk menjadi pemandu UBER atau apa-apa yang berkaitan dengan UBER, saya syorkan anda baca perkongsian saya sebelum ini.

Klik untuk baca: Buat Duit Dengan Uber: Panduan Menjana Pendapatan Dengan Uber

 

 

 

 

, ,

2 Responses to Bagaimana cara buat duit dari rumah dengan UBER

  1. Mohd Rizal June 7, 2017 at 11:33 pm #

    As salam
    Saya berminat tentang program UBER-DOST tu. Bagaimanakah cara-caranya?

Leave a Reply

15 − two =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes

%d bloggers like this: