Apakah kaedah pemasaran yang paling berkesan untuk dijalankan pada zaman ini?
Sebagai salah seorang penggemar kaedah content marketing, jawapan yang saya bakal berikan ini mungkin agak bias. Sudah tentu saya akan kata jawapannya adalah strategi content marketing.
Pada era digital ini, dimana kebanyakkan individu diluar sana banyak menghabiskan masa mengadap skrin gadget, kaedah content marketing menjadi suatu alat penting bagi perniagaan dari pelbagai saiz untuk menarik pelanggan baru, dan mengekalkan pelanggan sedia ada.
Apa yang membuatkan pengguna seolah-olah ketagih melihat skrin hingga berjam-jam lamanya? Jawapannya sudah tentu kerana mereka tertarik dengan kandungan yang dipaparkan pada skrin mereka, tak kiralah sama ada kandungan tersebut dalam bentuk video, imej ataupun artikel.
Content marketing ini merupakan suatu proses dimana kita akan menghasilkan kandungan yang bernilai, relevan dan membawa mesej yang konsisten kepada golongan yang kita sasarkan.
Menerusi penghasilan konten yang “menepati selera target audience” kita akan mengetengahkan produk atau perkhidmatan yang ingin kita perkenalkan sama ada secara langsung atau tak langsung, dengan tujuan untuk mendapatkan jualan sebagai matlamat akhir.
Selepas susah payah kita memerah idea, menghasilkan karya terbaik untuk tujuan pemasaran, sudah tentu kita mahukan usaha kita itu membuahkan hasil. Macam mana kita nak tahu sama ada usaha kita tu berhasil ataupun tidak?
Jawapannya adalah dengan melihat sama ada kita berjaya dapatkan jualan atau sebaliknya.
Dalam artikel kali ini, kita akan menerokai beberapa perkara yang menyentuh topik pemasaran menggunakan kandungan (konten) dan juga memberikan beberapa tips serta strategi yang dapat membantu anda membina kandungan yang berkesan.
Kenapa pemasaran kandungan penting untuk perniagaan?
Apa perniagaan yang anda jalankan?
Adakah anda menjalankan bisnes homestay? Atau anda menjalankan bisnes menjual buku?
Tak kiralah apa jenis perniagaan yang anda jalankan, besar kemungkinan sudah ada entiti lain yang turut menjalankan perniagaan yang sama seperti anda. Mereka ini adalah pesaing anda.