Minat nak pakai jam tangan G-Shock Original, tapi rasa kecewa sebab bila survey harga dekat kedai mahal sangat?
Saya akan kongsikan satu informasi yang mungkin bermanfaat untuk kalian. Kalau anda seorang yang suka dengan jenama G-Shock, harap bolehlah luangkan sedikit masa untuk baca sampai habis ya.
Saya nak kongsikan kepada anda, beberapa tempat yang anda boleh pilih untuk dapatkan jam tangan G-Shock Original dengan harga yang lebih murah.
Sila perhatikan betul-betul. Walaupun saya kata jam G-Shock ni murah harganya, namun tak bermaksud saya nak cadangkan anda beli jam tangan tiruan ataupun gred A, gred AAA dan sebagainya.
Sebaliknya, jam G-Shock ini adalah jam yang original. Kualiti memang yang terbaik, tip top, dan ramai pembeli sebelum ini yang puas hati dengan penjual ini!
Jika anda juga seperti saya, sukakan something yang berkualiti, haa ni saya nak tunjuk kepada anda semua. Seperti biasa, sebelum kita nak buat sebarang keputusan pembelian, ada baiknya kalau kita buat perbandingan terlebih dahulu.
Kita buat perbandingan dari segi harga, testimoni pembeli, kredibiliti penjual dan sebagainya.
Kebiasaannya orang hanya akan merujuk kepada perbandingan harga semata-mata, sebelum nak buat pembelian. Pada saya, ia sebenarnya masih belum cukup. Harga yang mahal biasanya memang original, tapi ini tak bermakna harga yang rendah itu adalah petanda bahawa jam tersebut tiruan ya.
Bagi tujuan penerangan ini, saya akan rujuk kepada satu model jam tangan G-Shock model GBA-800DG-2A. Saya berpendapat, reka bentuk dan warna jam ini agak menarik dan tak mustahil untuk saya beli satu hari nanti, kalau ada rezeki lebih.
Harga yang dicadangkan untuk model jenis ini adalah USD120 – USD130 atau bersamaan dengan RM519 – RM562. Maklumat ini boleh rujuk di laman web rasmi G-Shock. Sebenarnya saya tak jumpa model GBA-800DG-2A, sebaliknya saya jumpa model lain dalam siri GBA-800 ini juga.
Rujuk screenshot dibawah ini ya.