Kelebihan dan keistimewaan sistem autoresponder emelmatik yang anda mungkin tak sedar

Sistem autoresponder adalah salah satu senjata pemasaran yang wajib ada bagi setiap individu dan usahawan yang ingin menjadikan internet sebagai medium pemasaran.

 

Memang tak cukup kalau cuma bergantung harap pada pemasaran menggunakan Facebook, Instagram atau lain-lain media sosial semata-mata. Well at least pada saya sendiri, ia masih tak mencukupi.

 

Saya bukan artis. Jadi, nak dapatkan seseorang untuk follow saya secara sukarela memang agak sukar. Saya gunakan istilah sukar, sebab ia bukannya mustahil.

 

Untuk dapatkan sejumlah bilangan follower, ia masih boleh dilakukan. Namun, jika anda merancang untuk dapatkan jumlah follower yang ramai, untuk mencapai matlamat tersebut, perlu ada satu strategi yang melibatkan penggunaan sistem autoresponder. Dalam contoh ini, saya akan gunakan sistem autoresponder percuma dari emelmatik.

autoresponder_percuma_emelmatik

 

Kalau anda adalah seorang artis ataupun selebriti, anda mungkin tak perlu susah payah nak wujudkan kempen-kempen pemasaran seperti yang saya buat. Tetapi, memandangkan kebanyakkan dari kita yang minat nak jadi usahawan online, langsung tak mempunyai latar belakang sebagai seorang artis, lazimnya kita perlu bermula dengan tanpa ada yang mengenali diri kita.

 

Dari situ kita mula bina kempen pemasaran yang bukan sahaja memperkenalkan produk yang ingin kita promosi atau jual, malahan pada masa sama kita kena bina kempen pemasaran yang memperkenalkan diri kita sendiri kepada khalayak umum.

 

Baiklah, sebenarnya saya sendiri dah pernah cuba pelbagai sistem autoresponder yang ada kat luar sana. Setiap satu mempunyai kelebihan dan kekuatannya yang tersendiri. Dalam perkongsian kali ini, saya ingin ceritakan serba sedikit mengenai kelebihan yang saya suka yang terdapat pada sistem autoresponder emelmatik.

 

Kos penggunaan yang MURAH

Kos pemasaran adalah salah satu kos yang perlu kita berikan perhatian dalam mana-mana kempen pemasaran yang dilancarkan.

 

Apalah gunanya jika kita berjaya capai pendapatan sehingga 4 ke 5 angka, jika untuk mencapai pendapatan seperti itu, ia menelan belanja yang terlalu tinggi… ataupun lebih tinggi berbanding apa yang berjaya dicapai.

 

Saya percaya, aspek kos pemasaran adalah satu topik yang agak jarang dibincangkan. Ramai yang tertarik untuk jadi usahawan online kerana terpengaruh dengan potensi pendapatan yang boleh dihasilkan. Namun, apa yang jarang didedahkan adalah isu tentang kos pemasaran.

 

Jadi, dengan memilih sistem autoresponder yang menawarkan pelan penggunaan sekali bayar untuk seumur hidup, anda bakal menjimatkan beribu-ribu ringgit dalam kos pemasaran anda.

 

Jika untuk pasaran tempatan, sistem autoresponder emelmatik sudah memadai

Bukanlah saya maksudkan sistem autoresponder emelmatik ini tak sesuai untuk digunakan di peringkat antarabangsa, bukan begitu. Ia sesuai dan masih lagi boleh digunakan.

 

Walaupun begitu, jika anda ingin masuk ke pasaran antarabangsa, prospek anda mungkin tak kenal apa itu emelmatik. Amat mudah sekali untuk mereka salah anggap dengan sistem autoresponder anda dan menandakan anda sebagai spammer.

 

Untuk pasaran antarabangsa, selalunya mereka lebih familiar dengan nama-nama seperti Getresponse, Aweber, dan sebagainya.

 

Justeru, jika pasaran sasaran anda ialah pasaran tempatan sahaja, gunakan sahaja sistem autoresponder percuma dari emelmatik. Jimat belanja dan keuntungan pun boleh dimaksimumkan.

 

Sistem autoresponder emelmatik turut menawarkan program affiliate 

Berkemungkinan ada ramai juga yang tak perasan perkara ini. Ataupun, kalau ada yang perasan sekali pun, tak ramai yang berminat untuk mempromosikan program affiliate daripada pihak emelmatik ni.

 

komisyen_emelmatik

 

Pada saya, asalkan ianya boleh menambahkan sumber pendapatan, saya akan cuba. In fact, saya akan usahakan sampai ianya membuahkan hasil. Tak kiralah sama ada hasilnya besar ataupun kecil, yang penting mesti ada hasil.

 

Baru-baru ini saya terima bayaran komisyen daripada pihak sistem autoresponder emelmatik berjumlah RM95.

 

Jadilah… siapa yang nak bagi, kan?

 

Autoresponder emelmatik juga mampu untuk berfungsi seperti lain-lain sistem autoresponder

Sistem autoresponder PERCUMA emelmatik ini juga mampu untuk buat broadcast, emel follow up, tracking result pemasaran dan sebagainya.

 

Senang cerita, apa yang sistem autoresponder lain boleh buat, autoresponder ini juga boleh buat tanpa ada sebarang masalah.

 

Jadi anda tak perlu risau jika ingin menjadi pengguna sistem autoresponder percuma ini.

 

Baiklah, untuk mula mendaftarkan akaun percuma anda, boleh klik sini dan daftar secara percuma. Akaun percuma akan berikan anda akses selama 365 hari atau bersamaan dengan setahun. Dalam tempoh masa setahun itu, jika anda puas hati, saya syorkan agar anda upgrade kepada premium member.

 

Akan tetapi, jika anda tak puas hati, saya percaya anda juga tak ada rugi apa-apa. Terima kasih kerana membaca dan semoga sistem autoresponder ini dapat melonjakkan lagi prestasi perniagaan anda.

 

 

Trackbacks/Pingbacks

  1. Sistem autoresponder PERCUMA dan berkualiti TINGGI dari Malaysia - December 14, 2015

    […] dalam post saya sebelum ni, saya pernah ceritakan serba sedikit mengenai kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada sistem autoresponder emelmatik. Anda boleh klik untuk baca […]

Leave a Reply

10 − 2 =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes