Mungkin ada antara pelawat blog ni yang tertanya-tanya, “apa benda sebenarnya Mobicow ni?” Betul ke benda ni boleh tolong bagi duit kat kita?
Untuk buat duit dengan Mobicow, anda perlu dapatkan akaun Publisher terlebih dahulu. Anda boleh klik sini untuk membuat pendaftaran dengan Mobicow secara percuma.
Mobicow ni sebenarnya adalah program pengiklanan. Seperti yang anda mungkin dah sedia maklum, terdapat banyak program pengiklanan yang anda boleh sertai, antaranya seperti program pengiklanan Bidvertiser, Google Adsense, Nuffnang, Innity dan sebagainya.
Kali ini, kita nak cerita tentang program pengiklanan Mobicow. Blog ini telah pun dilengkapi dengan kod iklan dari Mobicow. Jika ada pembaca dan pelawat ini yang melayari laman blog ini menggunakan mobile device, anda mungkin perasan ada beberapa pop up yang keluar dan terpapar di skrin smartphone anda.
Sekarang, cuba anda layari laman blog ni menggunakan PC atau laptop pula. Kali ni anda akan dapat lihat perbezaannya. Tak ada lagi iklan pop up seperti yang anda lihat di smartphone.
Kenapa benda ni boleh berlaku? Mudah sahaja. Sebabnya iklan Mobicow hanya akan disiarkan dan dapat dilihat oleh pengguna peranti mobile sahaja.
Jadi, kenapa anda juga patut buat duit dengan Mobicow sekarang?
(1) Buat duit dengan Mobicow sangatlah MUDAH!
Ia menepati konsep buat duit “pasang dan tinggal”. Sistem buat duit ini akan bekerja dengan sendirinya tanpa perlu anda buat apa-apa kerja lain. Ini contoh pendapatan yang sedang berjalan secara automatik di laman blog saya yang satu lagi.
Lihat pada bahagian yang saya tandakan dengan kotak berwarna merah. Kolum tersebut menunjukkan berapa banyak pendapatan terkumpul yang berjaya dihasilkan pada hari tersebut. Pendapatan dari Mobicow ada turun dan naik bergantung kepada berapa banyak trafik yang masuk ke laman blog tersebut. Jika pada hari tersebut, laman blog tersebut menerima kunjungan trafik yang banyak, maka kesannya pendapatan yang terhasil juga banyak.
Baca juga: Teknik Tarik Trafik Yang Ramai Ke Laman Blog
(2) Boleh buat duit dalam matawang USD
Kalau anda perasan, buat masa ni, pendapatan yang telah saya perolehi setiap hari kebanyakkan dalam nilai sen-sen sahaja. Walaubagaimanapun, nilai tersebut adalah dalam matawang USD. Pada pandangan saya, buat duit dengan program pengiklanan adalah cara paling senang untuk kumpul duit USD.
Memang betul, ada beberapa kaedah lagi untuk buat duit dalam USD, antaranya
i. Tawarkan servis di laman web jual beli Fiverr
ii. Buat kerja-kerja data entry dari rumah
iii. Sertai program affiliate yang membayar dalam matawang USD
Namun semua ni memerlukan anda untuk “bekerja”. Bukanlah maksud saya dengan menjadi publisher Mobicow, anda tak perlu bekerja, sebaliknya kerja yang perlu dilakukan adalah minimum sahaja.
Jika sebelum ini, anda memang mempunyai blog dan anda memang telah mempunyai jadual untuk update blog, anda tak perlu ubah jadual tersebut. Anda boleh kekalkan jadual dan rutin kerja harian anda. Asalkan blog anda memang ada trafik, anda dah tak perlu risau lagi, sebabnya pendapatan anda dari Mobicow ini akan berjalan dengan sendirinya.
Baca juga: Jana Pendapatan Sampingan dan Pasif dengan Mobicow
(3) Mobicow terbukti membayar mereka yang menjadi publisher
Saya rasa, ini salah satu sebab kenapa saya yakin untuk siarkan iklan dari Mobicow dalam blog ni. Selama ni saya asyik dengar kisah-kisah kejayaan rakan-rakan penulis blog yang duk kumpul duit dari Mobicow ni. Jadi kali ini why not saya sendiri buktikan yang saya juga berupaya untuk buat duit dengan program ini.
Lagipun, syarat untuk dapat cash out earning juga tidaklah begitu tinggi. Apabila dah cukup USD5, maka dah boleh dapat bayaran. Bayaran tersebut akan terus dimasukkan ke akaun Paypal.
Sebelum ini, saya juga biasa menerima bayaran upah untuk kerja-kerja menyiarkan iklan dalam blog-blog yang saya miliki. Ini adalah salah satu daripadanya.
Jika anda minat nak baca tentang bayaran komisen yang saya terima ini, bolehlah baca posting saya yang bertajuk “Bayaran komisen Pay Per Click Bidvertiser November 2016”
(4) Boleh lihat performance sesuatu blog dengan melihat berapa earning pada hari tersebut
Sebelum ini, statistik yang akan saya lihat adalah statistik pelawat sahaja. Kali ini, bolehlah saya lihat statistik berapa banyak pendapatan yang telah dihasilkan. Rasa makin bersemangat nak kemaskini blog dan tarik seberapa banyak trafik masuk ke blog ni bila lihat hasil usaha kita ni dapat diterjemahkan dalam bentuk USD.
Saya berpendapat, anda juga patut cuba program pengiklanan Mobicow ini. Jika anda minat nak cuba, buat pendaftaran sebagai publisher menerusi pautan ini.
Kalau anda dah berjaya buat duit dalam matawang USD, bolehlah ajarkan kepada orang lain pula lepas ni ye.
Memang rugi kalau tak cuba buat duit dengan Mobicow. Saya juga sudah dapat payment dari Mobicow dan memang terbaik punya 🙂
Tahniah sebab berjaya dapat komisen juga!
Memang best buat duit dengan Mobicow 🙂