Dua tiga menjak ni memang pelik sikit. Mood nak menulis memang hilang entah ke mana. Walaupun pada hakikatnya, setiap hari saya pasti akan menulis, tapi mood untuk menulis dalam blog-blog utama milik saya agak slow.
Apabila seorang penulis cuba lari dari tugas hakiki… eh memang peliklah rasanya. Teringat saya masa saya masih lagi bekerja dengan syarikat tempat saya bekerja dulu. Boleh kata setiap hari, setiap pagi, selepas bangun dari tidur, sepanjang perjalanan saya menuju ke tempat kerja, hinggalah sampai di work station, dalam kepala duk terbayang, “aku nak cuti, aku benci dengan kerja ni, aku tak suka dengan bos aku yang macam haram ni…”
Saya pernah terfikir, mungkin kalau saya berhenti, dan cari kerja lain yang saya minat, everything akan jadi lebih baik.
But not really. Rupa-rupanya psikologi manusia ni secara semulajadinya adalah PEMALAS. Setiap masa, tubuh kita akan mencari alasan untuk tidak melakukan sesuatu yang sepatutnya dilakukan.
Bila nak kena bersenam, atau work out, secara automatik suara halus akan berbisik, nantilah dulu. Rehat kejap.
Ini senaman untuk pinggul, perut dan paha
Bila nak kena buat kerja, tiba-tiba rasa game The Walking Dead No Man’s Land tu lagi penting dari segala-galanya.
Inilah dia yang berlaku bila kita tak mempunyai “The reason WHY” yang cukup KUAT untuk kita lakukan sesuatu perkara tu.
Baru sedikit cabaran yang mendatang terus kita rasa macam tak boleh nak teruskan.
Ia sedikit sebanyak menerangkan, kenapa ramai betul kawan-kawan yang buat Tone Excel, sekadar daftar jadi ahli tapi langsung tak berjaya nak dapatkan sales. Mungkin mereka ni tak mempunyai reason yang cukup kuat untuk berjaya. Bisnes ikut-ikutan, kan lebih baik jadi pelanggan, tak perlu susah payah nak jadi ahli perniagaan.
Dalam saya sibuk menaip catatan ni, saya terperasan kuku saya agak panjang… ah potong mood betul. Saya terpaksa berhenti disini nampaknya. Ada-ada je yang buatkan saya hilang tumpuan. Nak kena potong kuku la pulak…
Adeh…
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.