Anda betul-betul serius ke nak bekerja sendiri ni?
Bagi orang yang belum berkahwin, sebenarnya lebih mudah untuk buat keputusan sama ada nak bekerja sendiri atau makan gaji dengan majikan.
As per now, anda hanya bertanggungjawab terhadap diri anda sahaja. Asalkan boleh cukup makan, boleh bayar duit sewa (kalau masih duduk dengan famili lagi bagus), boleh penuhi segala komitmen termasuk hutang piutang, anda tak perlu khuatir sangat untuk bekerja sendiri.
Asalkan anda yakin, kerja tersebut boleh memberikan pendapatan, just go for it.
Situasi ini pastinya berbeza untuk individu yang sudah berkeluarga. Ada banyak perkara yang perlu difikirkan. Faktor risiko dan peluang, semua itu perlu diberikan pertimbangan yang sewajarnya.
Justeru, kita tak perlu nak bincangkan dengan lebih mendalam persoalan tentang nak bekerja sendiri secara full time ataupun tidak buat masa ini.
Buat permulaan, kita cuba dulu kerja secara part time.
Kalau anda decide nak buat secara part time dulu, anda boleh tentukan sendiri jadual kerja anda, sama ada
- Setiap hari anda akan luangkan masa 2 – 3 jam untuk uruskan bisnes anda
- Anda hanya akan peruntukkan 1 atau 2 hari untuk urus bisnes, terutama sekali ketika cuti
- Anda hanya akan kerja untuk 3 ke 4 hari dalam sebulan
Tak kira anda nak pilih jadual kerja yang mana satu, sama ada nak kerja setiap hari, kerja beberapa hari dalam seminggu atau kerja beberapa hari sahaja dalam sebulan… apa yang pasti kalau anda sudah berkahwin, anda WAJIB dapatkan sokongan daripada pasangan anda.
Benda ini terpakai, tak kira sama ada anda lelaki ataupun perempuan.
Anda kena tahu, bila setiap hari anda peruntukkan masa sekitar 2 – 3 jam untuk bekerja (kerja sendiri) bermakna masa anda bersama pasangan akan jadi makin pendek.
Kalau pasangan anda kurang memahami, waktu ini dia akan ganggu anda. Dia akan ajak anda bersembang, dia nak mengadu, dia nak minta tolong anda kemas rumah jaga anak dan sebagainya.