[Hacked By CyberIXZ]

Sabar Aja ^_^

Ujungnya Indah Kok ^_^

Meskipun Sakit :)



D4RK FR13NDS TEAM



.:Official Members D4RK FR13NDS TEAM:.
~ MR.CRYPTON ~ ./Mr.N'ReaL/. ~ Mr.bL4nk_04 ~ ./Decrypt ~ ./rootcode ~ |CyberIXZ|~ /Ace ~ MR.F4P ~ MR_SAD ~ Mr.CLAY404 ~ XF34R ~ hmamzzz ~ MR.NEXUS ~

.\Greetz/.
~|Mr.WorldWide ~ BadC0de ~ LoliCyndrome ~ AlthaInside ~ INDO ILUSION CYBER ~ SWG Team ~ ./Mr.Java404 ~ 99Syndicate ~ DARK PINUS SQUAD ~ Qwerty Alone Cyber|~

Hacked By CyberIXZ Galauers



[Hacked By CyberIXZ]

Sabar Aja ^_^

Ujungnya Indah Kok ^_^

Meskipun Sakit :)



D4RK FR13NDS TEAM



.:Official Members D4RK FR13NDS TEAM:.
~ MR.CRYPTON ~ ./Mr.N'ReaL/. ~ Mr.bL4nk_04 ~ ./Decrypt ~ ./rootcode ~ |CyberIXZ|~ /Ace ~ MR.F4P ~ MR_SAD ~ Mr.CLAY404 ~ XF34R ~ hmamzzz ~ MR.NEXUS ~

.\Greetz/.
~|Mr.WorldWide ~ BadC0de ~ LoliCyndrome ~ AlthaInside ~ INDO ILUSION CYBER ~ SWG Team ~ ./Mr.Java404 ~ 99Syndicate ~ DARK PINUS SQUAD ~ Qwerty Alone Cyber|~

Pelaburan untuk mendapatkan TRAFIK berkualiti - Sabree Hussin Dot Biz

Pelaburan untuk mendapatkan TRAFIK berkualiti

Pelaburan untuk mendapatkan trafik yang berkualiti. Persoalannya ialah, berapa yang anda sanggup bayar?

 

Sekitar tahun 2009, saya mula didedahkan dengan konsep buat duit online. Waktu itu, kebanyakkan program buat duit online adalah dari luar negara.

 

Konsep buat duit online pada ketika itu masih agak asing di negara kita. Panduan-panduan dan rujukan juga kebanyakkannya perlu dapatkan dari luar negara.

 

Di negara-negara barat, konsep buat duit online ini sedang membangun dengan sangat pesat. Waktu itu ada banyak blog yang dibangunkan khusus untuk mengupas topik dan isu berkaitan hal-hal buat duit di internet. Salah satu blog yang saya jadikan rujukan sudah tentu ialah blog kepunyaan John Chow.

 

Waktu tu John Chow banyak bercerita tentang teknik blogging, cara buat duit dengan affiliate, CPA, program pengiklanan dan sebagainya.

 

Kalau di Malaysia, program pengiklanan yang popular ketika itu adalah Nuffnang. Jujur saya katakan, tahun 2009 memang cukup mencabar kalau nak buat duit online. Memang sangat berbeza dengan apa yang boleh kita lihat sekarang ni.

 

Namun, saya belajar banyak perkara. Dari dulu sampai sekarang… formula untuk buat duit online tak pernah berubah. Datanglah apa platform sekalipun, sama ada Facebook. Twitter, Instagram dan apa sekalipun.

 

Untuk berjaya buat duit online, anda perlukan perkara ini.

 

Nak tahu apa benda yang saya maksudkan ni?

 

Jawapannya ialah TRAFIK.

cara-dapat-trafik

Anda boleh menghasilkan laman web yang paling canggih, siap dengan flash, ataupun anda hasilkan laman web yang mempunyai konten yang super hebat dengan teknik copywriting yang cukup mengancam.

 

Tetapi… jika laman web anda tidak mempunyai trafik, ianya langsung tak ada sebarang makna. Anda tetap perlukan trafik untuk memastikan anda boleh buat duit secara online.

 

Trafik ini adalah mewakili pengguna internet yang melayari sesebuah laman web. Sudah tentu, kita mahukan trafik yang sentiasa banyak dan sesak berbanding trafik yang sedikit. Cuba bayangkan anda membuka sebuah shopping mall. Adakah anda mahu shopping mall anda lengang tanpa pengunjung, atau anda mahukan shopping mall anda sentiasa ada ramai orang?

 

Trafik ini boleh diperolehi dengan dua cara. Dulu masa saya baru bermula dengan kerja-kerja buat duit online, cara untuk dapatkan trafik pun ada dua jugak. Sekarang ni, selepas hampir tujuh tahun berlalu, strategi untuk mendapatkan trafik juga masih tetap sama. Tak banyak berubah.

 

Untuk mendapatkan trafik, anda boleh pilih sama ada nak dapatkan secara manual ataupun BELI sahaja trafik tersebut.

 

Untuk orang yang baru bermula, yang memang mempunyai kekangan dari segi bajet, idea untuk beli trafik ini mungkin bukan satu idea yang paling brilliant. Maka terpaksalah dengan susah payahnya dia mendapatkan trafik satu per satu.

 

Oh! Saya pernah berada dalam keadaan dan situasi seperti itu.

 

Mujurlah pada satu hari, saya menemui teknik tarik trafik yang dinamakan sebagai Teknik SEO. Dalam Teknik SEO, kita akan menghasilkan kandungan atau konten blog kita mengikut peraturan dan ketetapan yang disukai oleh laman web carian seperti google.

 

Laman web Google suka artikel. Maka, kita kena hasilkan banyak-banyak artikel yang unik dan bermanfaat untuk disiarkan di laman web kita. Dari situ, enjin carian google akan mula menyenaraikan laman web kita di muka surat paling hadapan enjin carian tersebut.

 

Selesai satu isu. Dengan menulis artikel di blog atau laman web secara berkala, kita akan dapat trafik dari laman web enjin carian.

 

Bagaimana nak dapatkan trafik dari laman web video sharing seperti YouTube?

 

Peraturannya lebih kurang sama dengan mendapatkan trafik dari search engine. Apa yang disukai oleh laman web Youtube, itulah yang kita akan berikan. Memandangkan konsep Youtube itu sendiri adalah berkenaan perkongsian video, maka kita perlu hasilkan video untuk disiarkan di platform Youtube.

 

Tapi jangan lupa untuk meletakkan sedikit ayat-ayat promosi seperti “sila layari laman web saya di http://www.sabreehussin.biz untuk dapatkan info yang lebih mendalam” di bahagian video description.

 

Selesai. Sekarang ni laman web Youtube akan menjadi salah satu daripada sumber trafik laman web anda.

 

Bagaimana pula dengan media sosial? Anda pun tahu, sekarang ni ada terlalu banyak laman web media sosial. Ada Facebook, Twitter, Instagram, LinkedIn, Pinterest, Tumblr dan banyak lagi.

 

Kalau anda larat, anda boleh sedut trafik dari semua sumber-sumber itu. Itupun kalau anda larat. Semua ini memerlukan masa dan komitmen walaupun pada hakikatnya anda hanya perlu bersosial di laman-laman web media sosial tersebut.

 

Sebenarnya itu bukanlah tugas yang mudah.

 

Ramai yang hanyut apabila menarik trafik dari media sosial ke laman web jualan atau laman web peribadi. Almaklumlah, kat media sosial tu terdapat terlalu banyak gangguan yang akan menjentik emosi kita untuk buat benda-benda yang kita suka, berbanding untuk buat benda-benda yang perlu kita lakukan.

Baca juga: Teknik Tarik Trafik Yang Ramai Ke Laman Blog

 

Disebabkan proses untuk tarik trafik ke laman web kita yang adakalanya boleh jadi sangat leceh dan memenatkan, mereka yang mempunyai bajet akan pilih untuk beli sahaja trafik tersebut.

 

Kalau satu klik, anda dikenakan bayaran sebanyak 10 sen, maka untuk dapatkan klik sebanyak 1,000 klik, anda perlu sediakan bajet sebanyak RM100.

 

Konsepnya mudah sahaja. Letak duit, kemudian tinggal. Biarkan iklan berjalan dengan sendiri dan lihat hasilnya. Mungkin dari RM100 yang dibelanjakan pada peringkat permulaan untuk beli trafik, ia dapat berkembang menjadi RM300 atau mungkin RM1,000.

 

Segalanya mungkin.

 

Asalkan anda benar-benar faham teknik audience targetting, iaitu anda hanya mensasarkan kelompok tertentu sahaja untuk melihat iklan anda. Kelompok tersebut pula lazimnya adalah dari golongan yang mempunyai kecenderungan dan kuasa beli yang bersesuaian untuk memberi respons kepada iklan yang dihasilkan.

 

Strategi sedut trafik dari blog orang lain. Tahukah anda, yang sebenarnya anda boleh dapatkan trafik yang berkualiti dari blog atau laman web orang lain?

 

Jawapannya memang boleh.

 

Namun, anda perlu pastikan terlebih dahulu bahawa sesebuah laman web itu memang menawarkan peluang sedemikian. Sebagai contoh, laman web saya yang ini, menawarkan perkhidmatan iklan kepada para usahawan yang berminat.

 

Saya akan bantu anda untuk halakan trafik yang masuk ke laman web saya supaya menuju ke laman web anda. Dengan adanya perkhidmatan ini, anda seolah-olah mengupah seorang pekerja (iaitu saya) untuk mendapatkan trafik kepada laman web milik anda.

 

Ok… rasanya panjang dah ni.

 

Apa pun yang anda cuba lakukan online, sama ada nak buat duit dengan program pengiklanan, atau program affiliate, dropship dan sebagainya, pastikan anda tahu macam mana nak dapatkan trafik yang berkualiti untuk melihat tawaran anda.

 

… kerana trafik itulah yang akan menentukan sama ada anda bakal buat duit, atau tidak. Apa pun, kita merancang, Allah SWT yang akan menentukan.

 

,

No comments yet.

Leave a Reply

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes