Promosi ISTIMEWA dari kedai buku online Bookcafe sempena MYCYBERSALE 2017

Lebih kurang 3 hari dari tarikh hari ini, acara tahunan yang dikenali sebagai MyCybersale bakal diadakan. Bersempena dengan berlangsungnya kempen MYCYBERSALE 2017 kali ini, kita boleh saksikan akan ada banyak tawaran-tawaran menarik bakal menanti para pengguna sekalian.

 

Ada banyak juga syarikat dan jenama yang mengambil bahagian bersempena dengan acara ini.

 

Salah satunya yang saya nak sebutkan dekat sini ialah Bookcafe.com.my

kempen-mycybersale-2017

Para peminat dan pencinta buku, inilah masanya untuk tambahkan koleksi buku dan bahan bacaan. Tak kiralah sama ada anda ingin dapatkan bahan ilmiah, novel, atau komik, kat sinilah tempatnya.

 

Tak perlu susah payah nak keluar rumah, atau bersesak-sesak dalam pesta buku. Boleh dapatkan buku secara online sahaja, dan anda juga berpeluang untuk nikmati harga istimewa.

 

Tunggu dulu.

 

Jangan beli sekarang.

 

Kalau anda tunggu sehingga tarikh 9-13 Oktober 2017, iaitu bersempena dengan MYCYBERSALE 2017, anda bakal memperolehi penjimatan yang lebih banyak.

 

Siapa yang tak suka harga diskaun? Kalau saya, saya pun suka harga diskaun. Bila dapat lebih banyak diskaun, bermakna lebih banyak buku yang boleh dibeli nanti.

Promosi MYCYBERSALE ini hanya akan dijalankan sekali sahaja dalam setahun. Itupun hanya akan ada pada bulan Oktober sahaja.

 

Jika anda terlepas peluang ini, mungkin anda terpaksa tunggu bulan Oktober tahun 2018 pula.

 

Jadi siap sedia dengan tarikh tersebut. Ada promosi sehingga 80%, servis penghantaran percuma dan yang paling best, akan ada tawaran Flash Sale buku mahal dijual dengan harga RM1 sahaja.

 

Sebelum ini, saya hampir-hampir dapat buku mahal dengan harga RM1.

 

Tapi mungkin bukan rezeki saya, ada technical error… akhirnya saya tak berjaya check out buku tersebut. Apa pun, kita tengok apa agaknya buku yang bakal disenaraikan dalam acara Flash Sale tu nanti.

 

Kalaulah ada buku yang saya berkenan, saya harap kali ni dapatlah beli 🙂

 

 

Smart tag Touch N Go model terkini boleh beli secara online

Sekarang dah tak perlu susah payah nak dapatkan smart tag. Sebabnya? Kita boleh order secara online sahaja.

 

Kalau anda tak tahu, kat mana nak dapatkan smart tag Touch n Go, anda boleh klik pada link ini.

smart-tag-murah

Sekiranya link tersebut tak berfungsi, anda sebenarnya boleh dapatkan juga dari link ini.

 

Saya dapati, ada beberapa penjual yang berbeza yang menjual model terkini smart tag ni. Bila ada banyak penjual, harga yang ditawarkan juga ada pelbagai. Ada yang murah, dan ada juga yang mahal.

 

Anda tak perlu risau, sebabnya barang yang dijual adalah original set.

 

Jika anda dapati, barang tersebut bukan original, anda boleh minta refund sahaja daripada pihak yang menjual.

smart-tag-murah

Cuba anda lihat pada bahagian yang saya tandakan dengan kotak berwarna merah. Pada waktu catatan ni saya tulis, harga tersebut adalah harga smart tag paling murah yang saya jumpa.

 

Lain-lain seller, menjual dengan harga RM200.

 

Kalau nak jimat dan nak cepat, dapatkanlah dari laman web Lazada ini.

 

 

Rebut komisen lumayan dari Involve Asia walaupun tidak melakukan sebarang jualan

Perkongsian pada kali ini, masih lagi tentang platform buat duit online Involve Asia.

buat-duit-dengan-involve-asia

Memang betul, saya telah beberapa kali menulis tentang Involve Asia ini. Saya juga tak bercadang untuk berhenti menulis tentang Involve Asia.

 

Kenapa nak berhenti menulis, sedangkan saya mendapat bayaran apabila menulis tentang syarikat ini. Kiranya begini, lagi kerap saya tulis, lagi cerah peluang saya untuk dapat lebih banyak bayaran. Itu saya akan buktikan di dalam artikel ni sekejap lagi.

 

Jika anda minat nak baca perkongsian saya sebelum ini tentang Involve Asia, bolehlah klik pada tajuk-tajuk artikel dibawah ni ya.

(1) Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!

(2) Bagaimana cara buat duit dengan Program Referral Involve Asia?

(3) Program buat duit eRezeki dan program affiliate Involve Asia

(4) Cara MUDAH buat duit dengan Involve Asia?

(5) Apa yang saya perlu buat selepas daftar Program Affiliate Involve Asia?

(6) Bagaimana cara mempromosikan produk Involve Asia sampai dapat KOMISEN?

 

Kesemua artikel ini, saya tulis secara berperingkat-peringkat. Bukannya tulis sekali harung. Bila saya rasa ada masa, baru saya tulis.

 

Kalau tak ada masa, saya tak tulis. Simple bukan?

 

Kalau saya boleh buat, anda juga boleh buat. Terpulang pada anda, sama ada nak take action atau tidak. Kalau rasa tak ada masa, cari masa. Kalau memang tak ada masa juga, upahlah orang lain untuk tulis artikel bagi pihak anda.

 

Diakhir-akhir nanti, usaha yang nampak macam tak ada sebarang makna ni pasti akan terbalas juga. Masih skeptikal?

 

Ini salah satu bukti bayaran yang saya pernah terima dari pihak Involve Asia.

komisen-Involve-Asia

Bayaran ini saya terima pada bulan Julai 2017 yang lepas. Jumlah yang saya terima pula adalah sebanyak RM111.71

 

Jadilah kan. Siapa nak bagi?

 

Bayaran ni saya terima kerana saya telah daftar sebagai salah seorang ejen affiliate Involve Asia. Jika anda masih belum pernah daftar sebagai ejen affiliate, bolehlah daftar sekarang secara percuma disini.

 

Untuk pengetahuan anda, Involve Asia ini merupakan sebuah platform yang menghimpunkan pelbagai laman web ecommerce dan web jualan yang popular dalam satu tempat dan membenarkan orang biasa macam kita untuk daftar sebagai ejen affiliate.

 

Peranan kita mudah sahaja.

 

Kita hanya perlu bercerita tentang laman web milik syarikat-syarikat tersebut, dan jika ada pelawat yang membuat pembelian, kita akan menerima bayaran upah dalam bentuk komisen.

 

Apa saya perlu buat selepas dah daftar sebagai Affiliate Involve Asia?

Kalau anda baca tanpa skip, saya telahpun berikan link dibahagian atas entri ni. Klik sahaja pada link tersebut. Saya ada ceritakan apa yang saya lakukan, (dan anda juga boleh tiru apa yang saya buat) untuk buat duit menerusi program affiliate ini.

 

Untuk kerja-kerja pemasaran, saya hanya menggunakan platform blog sahaja. Blog dan blogging adalah kaedah pemasaran utama saya.

 

Kaedah pemasaran menggunakan medium blog ini, tidaklah begitu agresif, dan dari segi capaian maklumat kepada golongan yang disasarkan, juga mungkin sedikit lambat.

 

Maka atas sebab itu juga, komisen yang saya perolehi tidak begitu mengkagumkan bagi anggapan sesetengah orang. For me, its okay.

 

Biar dapat sedikit, tetapi kerap dapat, daripada sekali dapat terus banyak, tetapi

  1. Kadang dapat kadang tak dapat
  2. Kos untuk pengiklanan sangat besar

 

Saya lebih suka cara yang slow and steady. Lain orang, lainlah caranya. Jika anda jenis yang mahukan result pantas, bolehlah guna kaedah pemasaran yang lebih aggresif yang melibatkan pembelian trafik. Sama ada guna FBAds ataupun gunakanlah Google Adwords.

 

Tak perlu jual barang, masih boleh dapat komisen dari Involve Asia

Di member area, sebenarnya terdapat pelbagai jenis kempen yang anda boleh sertai dan struktur komisen juga berbeza.

 

Ada yang jenis anda dibayar mengikut berapa banyak klik yang anda perolehi. Contohnya, jika anda mempromosikan laman web Trivago.

buat-duit-dengan-trivago

Sila klik sini untuk lihat apa yang ada di laman web Trivago.

 

Kemudian, ada juga komisen jenis Pay Per Sale. Ini adalah komisen biasa yang akan diterima jika kita berjaya hasilkan jualan produk. Laman web Lazada adalah salah satu laman web ecommerce yang popular yang menawarkan komisen jenis ini.

 

Ada macam-macam produk yang dijual di laman web ini yang anda juga boleh promosikan.

beli-rose-face-serum

Sebagai contoh, jika anda ingin ceburi niche kecantikkan, mungkin anda boleh promosikan produk yang bernama Rose Face Serum Zeeta ini. Rose Face Serum ini sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan juga untuk menghilangkan kesan parut jerawat.

 

Komisen yang bakal diterima jika berjaya dapatkan jualan adalah sebanyak 9% atau bersamaan dengan lebih kurang RM5.35 untuk setiap botol serum yang berjaya dijual.

 

Selain itu, menerusi program affiliate Involve Asia ini, ada juga komisen jenis referral. Kita panggil juga sebagai komisen Pay Per Lead.

 

Komisen jenis ni, tak perlu jual apa-apa. Lihat contoh jelas dibawah.

program-involve-asia

Lihat pada kotak berwarna merah. Ia menunjuk nilai 0.00 sebabnya saya langsung tak buat sebarang jualan atau sale.

 

Tetapi, kotak yang berwana biru mewakili pendapatan yang saya perolehi atau estimated earning. Ia menunjukkan nilai disitu.

 

Walaupun saya tak buat sale, namun saya mempromosikan dua perkara.

 

Pertama, peluang untuk buat duit dan menang voucher dengan menjawab survey. [klik sini untuk lihat], dan satu lagi…

 

Peluang untuk buat duit sebagai ejen affiliate Involve Asia. [klik sini untuk join]

 

Kedua-dua ini tak perlu jual apa-apa. Syarat untuk dapat bayaran ialah, kena pastikan ada yang mendaftar ke dalam program yang dimaksudkan. Itu sahaja.

 

Kesimpulannya, kalau serius nak buat duit, In Shaa Allah mesti ada caranya!

 

 

 

Merdeka! Merdeka! Sale dari Lazada menawarkan potongan harga sehingga 80%

Bermula hari ini, 25hb Ogos sampai 31Ogos 2017, Lazada Malaysia mengadakan kempen promosi Merdeka! Merdeka! Sale dengan tawaran harga diskaun sehingga 80%.

Boleh dikatakan, setiap tahun Lazada pasti akan adakan promosi sempena hari kemerdekaan.

 

Kalau pada tahun lepas, iaitu tahun 2016, kempen promosi Lazada ini dikenali sebagai Unity Sale. Tapi pada tahun ini, Lazada menggunakan nama Merdeka! Merdeka! Sale.

 

Anda boleh klik pada link ini untuk melihat apa tawaran yang sedang berlangsung sekarang ni.

 

Apa yang istimewa bersempena dengan Merdeka Sale kali ini?

 

(1) RM60 Mystery Box

Bersempena dengan 60 tahun kemerdekaan, Lazada memperkenalkan promosi RM60 Mystery Box. Ada pelbagai jenama yang anda boleh dapatkan seperti dalam gambar diatas.

 

Nilainya ada yang RM100++ tetapi anda hanya perlu bayar RM60 sahaja.

 

Apa yang terkandung didalamnya ada dinyatakan, cuma setiap orang mungkin akan dapat barang yang berbeza. Bagi mereka yang sukakan kejutan, bolehlah dapatkan mystery box ni.

 

Sila klik sini.

 

(2) Flash Sale setiap dua jam

Flash sale ini adalah antara acara yang paling ditunggu-tunggu.

 

Ini peluang untuk dapatkan barang yang mahal dengan harga yang cukup murah. Namun kena bertindak cepat, sebabnya selepas dua jam, tawaran tersebut akan diturunkan dan diganti dengan offer lain.

 

Anda boleh lihat dari senarai kat atas tu, pada pukul berapa dan barang apa yang akan dijual dalam kempen flash sale ini.

 

(3) Lazada Brand Voucher

Ada banyak juga jenama produk pengguna yang kita guna setiap hari.

 

Cubalah semak dulu, mana tahu ada barangan yang anda boleh beli kat sini. Mungkin boleh dapat dengan harga lebih murah compare to beli kat tempat lain.

 

(4) Lazada Partner Voucher

Ini pun menarik juga. Ada tambahan voucher bagi pemegang kad tertentu, seperti kad Maybank, RHB, BSN dan sebagainya.

 

Kalau mengikut kebiasaannya, ofer seperti ini hanya diadakan mengikut hari-hari tertentu. Namun sempena dengan Merdeka Sale, anda boleh dapatkan voucher ini dari 25 – 31 Ogos ini.

Baca juga: Cara dapatkan harga murah apabila shopping di Lazada

 

Dengan adanya tawaran seperti ini, kalau ada yang minat nak beli Rose Face Serum Zeeta dengan harga yang lebih murah pun boleh!

 

 

Rose Face Serum Zeeta – Kat mana boleh dapatkan Rose Face Serum ini?

Anda pernah dengar tentang produk Rose Face Serum Zeeta?

 

Kalau belum pernah dengar, boleh lihat produk yang saya maksudkan ni.

rose-face-serum

Saya pernah tulis tentang produk ni sebelum ni. Dipersilakan untuk baca ya.

(1) Rose Face Serum Zeeta – Rahsia bagaimana menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hari

(2) Rose Face Serum Zeeta – Pengalaman menggunakan serum wajah berasaskan mawar dari Zeeta

 

Kali ni, saya nak cerita, kat mana anda boleh dapatkan serum mawar ni. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya terdapat beberapa cara macam mana nak dapatkan Rose Face Serum Zeeta ini.

 

Selepas anda baca perkongsian ini, anda boleh terus beli kalau anda berminat. Berikut adalah antara laman web yang menjual produk ini.

 

(1) Lazada Malaysia

Siapa yang tak kenal dengan laman web ecommerce Lazada? Kat sini memang ada jual macam-macam jenis produk, termasuklah produk Rose Face Serum Zeeta ini.

beli-rose-face-serum

Harga yang dijual di Lazada adalah RM59.50 dan harga ini adalah termasuk caj penghantaran.

 

Harga produk ini asalnya memanglah RM50 sahaja, namun ia tidak termasuk caj penghantaran. Kalau kita buat perbandingan harga yang dijual di tempat lain, dengan memasukkan caj penghantaran, mungkin harganya lebih kurang sama sahaja.

 

Sekiranya anda ingin mendapatkan Rose Face Serum Zeeta menerusi laman web Lazada, anda boleh klik sini untuk buat tempahan.

 

Pembelian di laman web Lazada sangatlah mudah dan ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, selagi mana stok produk masih ada lagi.

 

(2) Denai Sell

Selain Lazada, anda juga boleh dapatkan produk ini dari laman web ecommerce Denai Sell.

rose-face-serum

Harga di sini ditulis mengikut range RM50 – RM55. Anda perlu pilih, sama ada anda berada di semenanjung atau di Sabah/Sarawak.

 

Jika anda berada di Semenanjung, harganya ialah RM50 manakala untuk Sabah/ Sarawak harganya ialah RM55.

 

Harga yang dipaparkan ini juga tidak termasuk caj penghantaran. Kalau untuk tempahan di semenanjung, macam yang saya cuba buat sebentar tadi, cajnya adalah sebanyak RM6 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM56.

 

Saya berpendapat, jika anda berada di Sabah atau Sarawak, beli di Lazada lebih jimat.

 

(3) Laman web rasmi Zeeta

Satu lagi tempat yang anda boleh beli produk serum mawar ini, sudah tentu di laman web rasmi mereka.

Di laman web rasmi, mereka jual dengan harga RM50 untuk satu botol. Ya, ini memang harga rasmi produk ini.

 

Jadi, anda boleh pilih nak beli dari mana-mana satu yang saya dah senaraikan kat atas ni.

 

Nak diskaun produk Rose Face Serum Zeeta?

Mungkin ada antara pembaca atau pelawat blog ni yang minat nak tau, macam mana nak dapatkan diskaun bagi produk Rose Face Serum Zeeta ni.

 

Memang ada caranya. Lihat pada poster dibawah ni.

Untuk melayakkan anda dapat diskaun bagi produk ini, anda perlu jadi ahli atau ejen.

 

Bayarannya adalah sebanyak RM350 sahaja, dan anda akan dapat

(1) 10 botol Rose Face Serum 

Kalau anda cuma beli sebotol harganya ialah RM50. Tetapi kalau jadi ejen, anda akan dapat 10 botol Rose Face Serum, dan disini anda dapat potongan harga sebanyak RM25 untuk setiap botol.

 

(2) Percuma Booklet Produk

Buku yang mengandungi maklumat produk lain yang turut dijual oleh Zeeta.

 

(3) Free Gift menarik

Hadiah ini adalah rahsia dan akan diketahui oleh ejen sahaja.

 

(4) Bimbingan marketing yang terbukti berkesan

Ini satu lagi yang penting. Walaupun anda tak berapa pandai buat marketing, anda sebenarnya akan diajar cara-cara untuk buat marketing. Supaya dengan ini, anda juga boleh buat duit dengan menjual produk Rose Face Serum Zeeta ini.

 

Kalau nak dapat lebih penjimatan, nak dapat banyak produk ni, ada plan nak buat bisnes, bolehlah daftar sebagai ahli. Untuk daftar sebagai ahli, anda boleh ke pautan ini.

 

Apa pun, anda kenalah bertindak cepat, sebabnya tawaran untuk jadi ejen ini mungkin akan dibuka bagi tempoh sekejap sahaja. Kalau anda lambat bertindak, tawaran ini mungkin akan ditarik balik.

 

Baiklah.

 

Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi baca perkongsian tentang Rose Face Serum Zeeta ini.