Anda nak buat bisnes online? Pernah tak anda terfikir untuk jalankan bisnes menggunakan konsep bisnes dropship?
Pasti pernah kan. Jika tidak, anda mungkin tak akan sampai ke laman blog saya ini. Mengikut firasat saya, hanya mereka yang serius minat nak buat bisnes menggunakan konsep dropship sahaja yang akan cari maklumat di google dan akhirnya terjumpa laman web saya ini.
Saya juga dulu seperti anda. Nak buat duit, dan nak mulakan perniagaan secara online.
Bermacam-macam rujukan, ebook, dan video panduan yang saya beli. Semata-mata untuk mengetahui, kat mana saya boleh dapatkan maklumat supplier yang boleh bekalkan barang untuk saya jual secara dropship.
Beratus-ratus ringgit juga habis untuk saya dapatkan maklumat seperti itu.
Dalam dunia perniagaan internet, maklumat adalah sangat penting. Siapa yang ada maklumat, yang orang lain tak tau, dia ada kuasa untuk tetapkan harga, berapa harga yang dia ingin letakkan untuk kongsi maklumat tersebut dengan orang lain.
Disebabkan saya memang serius nak tahu, jadi saya tak ada masalah untuk dapatkan maklumat tersebut, walaupun dengan harga premium. (Ya, saya kena bayar untuk dapatkan maklumat tersebut)
Pada hari ini, setelah beberapa tahun berlalu, maklumat tersebut mula mudah didapati secara online. Informasi seperti apa nama laman web yang boleh kita gunakan bagi tujuan bisnes dropship telahpun terdedah.
Kalau anda masih belum tahu, apa laman web supplier dari China tersebut, bolehlah baca perkongsian saya disini.
Kebanyakkan produk informasi yang saya pernah beli dulu telahpun dihentikan jualannya. Jadi, tak ada la saya rasa bersalah sangat untuk cerita, apa nama laman web pembekal yang saya gunakan sebelum ini.
Website supplier dari China untuk bisnes Dropship
Ada dua laman web yang saya pernah gunakan.
Laman web pertama, DHgate.com
Ini adalah laman web yang saya pernah guna untuk buat bisnes dropship.
Walaupun saya pernah buat bisnes dropship, namun ketika itu, ini bukan bisnes utama saya. Saya buat bisnes ini, sekadar ingin mencuba-cuba.
Pada waktu tu, bisnes dropship nampak ada potensi yang cukup besar, dan dengan banyaknya kisah kejayaan dari usahawan online yang saya baca hampir setiap hari, buatkan saya juga rasa ingin mencuba.
Di website DHGate ini, ada dua kategori yang saya suka.
Toys dan juga watches.
Dua barang dari kategori ini yang saya pilih.
Apa yang saya buat, saya pergi ke laman web tersebut kemudian saya pilih barang yang saya rasa cantik.
Bila dah jumpa barang yang saya berkenan, dengan harga yang saya kira tak terlalu mahal, maka bermula dari situ saya terus private message seller. Ada beberapa soalan yang saya tanyakan.
- Can you do dropship?
- Can I have the picture without the watermark?
- Can I get some discount?
Berurusan atau bersembang dengan seller di dhgate, tak perlu guna bahasa Inggeris yang begitu bombastik. Terus tanya soalan yang straight to the point.
Seller pun bukan semua mahir guna bahasa inggeris. Kadang-kadang dari emel balas yang saya terima, nampak jelas yang dia pun guna software translate.
Jadi, lebih mudah kalau tanya soalan yang straight to the point.
Laman web kedua, AliExpress.com
Laman web AliExpress ni juga popular dan antara laman web supplier yang sering disebut-sebutkan buat para usahawan online yang menjalankan bisnes menggunakan kaedah dropship.
Sekiranya anda ingin buat bisnes dropship, dan pembeli sasaran anda adalah mereka yang tinggal di luar negara, seperti di US misalnya, maka bolehlah gunakan dua laman web ini.
Jangan jadi macam saya… dulu saya buat silap!
Ya, dalam bisnes dropship yang saya jalankan dulu, saya ada buat silap. Satu kesilapan yang bila saya fikirkan semula, ianya sangatlah kelakar.
Kenapa saya pilih pembekal dari China? Mudah. Sebab harga mereka murah. Even laman web ebay sendiri tak mampu nak lawan harga yang laman web borong dari China ni tawarkan.
Apa kesilapan yang saya buat?
Disebabkan saya tak berapa selesa nak masuk pasaran antarabangsa, jadi saya cuba buat jualan di pasaran tempatan.
Kebanyakkan barang-barang yang saya nak jual, saya jual di dalam negara menggunakan FB, FBAds dan juga laman web mudah.my
Hasilnya?
Memang saya dapat beberapa orang pelanggan yang minat nak beli dan dah hubungi saya untuk deal. Tapi, akhir-akhir sekali, bila sampai part nak bayar, mereka tak jadi beli!
Kenapa jadi macam ni?
Salah satunya adalah sebab, mereka tak sanggup nak tunggu masa yang lama untuk dapat barang.
Ada satu prospek minat nak beli, action figure Monkey D Luffy yang saya dapat dari laman web DHGate. Dia memang minat dan dah setuju dengan harga. Tapi bila dia dengar kena tunggu 14 – 21 hari untuk barang sampai, terus dia tak jadi beli.
Mungkin dia ingat saya tipu.
Ye la, kalau guna pos laju, tak sampai dua hari dah boleh dapat barang. Ini tiba-tiba kena tunggu sampai puluh-puluh hari.
Risiko pada dia.
Lagi satu, mungkin dia ingat saya cuba nak scam dia.
Sebenarnya saya tak salahkan dia. Kalau saya berada dipihak dia, saya pun tak sanggup nak tunggu lama-lama macam tu.
Itu yang buatkan saya terfikir, kalau kita nak jual barang dari China ni, adalah lebih baik kita beli dulu barang tu, pegang stok kemudian baru jual.
Dengan cara macam ini, kita boleh buatkan pelanggan rasa seronok berurusan dengan kita, sebab dapat barang dalam masa yang pantas.
Jadi, adakah konsep dropship menggunakan supplier dari China ni tak sesuai digunakan?
Bukannya tak sesuai.
Cuma pada pandangan saya, kita kena sesuaikan dengan pasaran pelanggan yang kita mahukan. Contohnya, kalau nak buat dropship ni, apa kata kita target pasaran pengguna di luar negara yang memang dah biasa dengan masa penghantaran yang agak panjang.
Dari segi platform jualan pula, gunakanlah platform ebay.
Salah seorang yang memang berjaya buat duit dengan berniaga di ebay menggunakan kaedah dropship adalah saudara Zul Arifin.
Anda boleh baca kisah dia, dan apa kaedah yang dia gunakan untuk berjaya dalam bisnes ni. Mungkin ada beberapa kaedah yang anda boleh praktikkan.
Teknik menjual di ebay ni, pada asasnya ialah kita cari apa produk yang sedang trending, dan mempunyai permintaan yang tinggi. Kemudian kita pun masuklah pasaran dan tawarkan produk yang sama.
Memandangkan kita akan guna kaedah dropship, maka tak perlu risau tentang modal yang besar.
Antara dropship dan pegang stok
Kedua-dua jenis bisnes ni memang ada kelebihan masing-masing. Ikutlah mana satu yang anda nak pilih.
Walaupun buat dropship, saya lebih suka kalau saya dapat lihat barang tersebut. Dapat pegang, dan dapat inspect sendiri kualiti barang tersebut.
Lagi satu, bila kita dah pegang barang tu, kita boleh ambik gambar produk dari pelbagai sudut. Nampak disitu ada kelainannya.
Cuma bila ada pelanggan nak buat tempahan, kita orderlah lain dari supplier dropship kita.
Ataupun, kalau anda ingin fokus pada konsep borong dan baru jual, itu juga baik. Kaedah macam ni memang sesuai bagi mereka yang memang ada bajet atau ada modal untuk borong terlebih dahulu.
Kalau nak tau laman web mana yang sesuai untuk borong produk dari China, saya cadangkan gunalah Taobao. Laman web taobao ini memang terkenal dalam kalangan pemborong dari negara kita.
Lagi satu, bagusnya borong dari Taobao ni sebab ada panduan yang kita boleh jadikan rujukan. Jika anda perlukan panduan untuk borong dari laman web Taobao, bolehlah dapatkan panduan tersebut dari sini.
By the way, jika anda tak berminat nak dapatkan sebarang panduan juga tak ada masalah. Anda boleh terus buka laman web supplier yang saya ceritakan dan cubalah buat tempahan sendiri.
Proses tempahan tidaklah sesukar mana, dan anda boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Taobao pon amik masa lama juga. Saya dah try. Shipping cost pon x semurah org china jual kat shopee.
Kalau jual semula di Shopee memang tak sesuai. Ini lebih sesuai jika nak jual semula melalui ebay, atau bina ecommerce sendiri dan jual di pasaran luar negara
Bagaimana mana caranya…
UTK dapatkan supplier dan jual balik