Orang bekerja makan gaji, memang agak sukar untuk tambahkan pendapatan sedia ada. Tak mungkin nak bekerja untuk dua atau tiga syarikat dalam satu masa. Dalam mana-mana syarikat, biasanya mereka akan ada polisi yang tak membenarkan pekerjanya untuk bekerja untuk dua syarikat berbeza dalam satu masa.
Biasanya memang majikan tak akan semak sama ada anda mempunyai lebih daripada satu kerja ataupun tidak. Selagi mana anda masih lagi menjaga kualiti kerja, masih tetap fokus pada pekerjaan hakiki maka tiada masalah.
Satu hal lagi yang patut kita semua tahu. Dipihak majikan yang baru, dalam sesi temuduga, jika dia mendapati yang kita masih lagi bekerja dengan syarikat lain semasa temuduga dilakukan, kita juga akan diberi kata dua, sama ada berhenti di syarikat lama dan bekerja dengan majikan yang baru, ataupun teruskan sahaja kerja dengan syarikat lama.
Apa yang saya nak tunjukkan pada anda ialah, memang agak sukar untuk mereka yang sedang bekerja dengan satu syarikat untuk kerja dengan banyak syarikat dalam satu-satu masa.
Namun ini bukannya masalah yang besar sangat. Sebabnya? Kalau anda tak boleh nak cari syarikat lain yang sudi nak bagi anda pekerjaan, anda sebenarnya boleh mulakan dan wujudkan pekerjaan untuk diri anda sendiri. Ya, jadilah seorang usahawan.
Sebagai usahawan, atau mungkin bakal usahawan, anda sebenarnya bebas untuk memilih sebarang perniagaan yang sesuai untuk anda jalankan. Sudah tentu, sebelum itu anda perlu ada pengetahuan tentang perniagaan dan jenis perniagaan yang anda ingin jalankan.
Tahukah anda, jika pada waktu ini, anda masih lagi tak ada sebarang idea ataupun pengetahuan tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan, anda sebenarnya boleh belajar banyak benda, hanya dengan membaca kertas kerja memulakan perniagaan, dari perniagaan sebenar yang sedang dijalankan oleh orang lain.
Untuk menjimatkan masa anda yang sangat berharga tu, saya syorkan anda dapatkan pelbagai contoh kertas kerja perniagaan di laman web ini.
Muat turun, baca, dan fahamkan bentuk-bentuk perniagaan yang berbeza yang anda rasakan boleh dilakukan dan tidak terlalu sukar untuk anda.
Mungkin lepas ni, anda boleh wujudkan seberapa banyak yang boleh perniagaan-perniagaan anda sendiri. Ataupun, jika anda ingin mewujudkan servis penulis kertas kerja perniagaan juga boleh. Klik sini ya untuk muat turun contoh kertas kerja.