Bukan senang nak cari kad raya yang menepati citarasa kita. Apa yang saya perhatikan, sekarang ni dah makin susah nak jumpa kedai-kedai yang ada menjual kad raya. Kalau ada pun, dari segi pilihan design, ianya kurang memberangsangkan.
Mungkin ada satu atau dua design yang nampak menarik. Tapi sayang… Menarik tapi tak unik. Kita nak kad raya yang unik. Yang mempunyai identiti kita. Kad raya yang bila kita hantar kepada penerima, secara automatik si penerima tu dapat tau, oh ini kad raya yang dihantar oleh anda!
Bukan itu sahaja. Kita nak, si penerima kad raya tu, akan simpan kad raya yang kita bagi sampai bila-bila. Cuba bayangkan, kalau kita ada bisnes. Kemudian, kita letakkan iklan yang comel pada kad raya yang kita nak bagi kepada orang. Apabila si penerima tu dapat je kad raya yang kita hantar, mereka terus simpan kad raya kita sampai bila-bila.
Kalau anda bertuah, mungkin si penerima tu akan gantung kad raya yang kita poskan kepada dia di ruang tamu. Di tempat terbuka, yang tetamu lain boleh baca isi kandungan kad raya tersebut. Jimat kos pengiklanan.
Persoalannya… mana nak dapatkan kad raya macam tu? Kad raya tersebut mestilah jenis custom made. Ia bukan sekadar berfungsi untuk menyatakan dan mengucapkan selamat hari raya, malahan ia dapat memainkan fungsi yang lebih banyak dari itu.
Tak semestinya dilihat dari perspektif buat duit atau perniagaan semata-mata. Kad raya ni, kalau digunakan dengan betul, ia juga dapat dijadikan penghubung dan pengerat tali silaturahim antara sesama keluarga yang agak jauh terpisah.
Ya, dunia sekarang semakin maju. Kita kekal berhubung hanya dengan menggunakan sosial media. Adakah ianya dah cukup?
Ada ketikanya kita perlu menapis maklumat yang kita kongsikan di media sosial. Mendedahkan maklumat seperti siapa ahli keluarga kita di media sosial untuk tatapan umum, bukan satu langkah yang bijak. Kita tak tau siapa yang sedang memerhati.
Bila kita sembunyikan info tersebut, ada saudara kita yang tak kenal siapa famili member kita. Pulak dah… Jadi bagaimana? Apa kata, sempena nak menyambut kedatangan syawal ni, kita jadikan amalan dulu-dulu, iaitu bertukar-tukar kad raya sebagai medium untuk memperkenalkan ahli keluarga kita kepada saudara mara kita.
Caranya? Buat kad raya jenis custom made. Rupa-rupanya, nak buat kad raya macam ni sangatlah mudah. Selama ni saya duk perhati je syarikat-syarikat besar buat kad raya macam ni. Saya teruja tengok dari segi design dan juga persembahan kad raya tersebut. Sangat profesional. Sangat menarik. Saya ingat kos untuk buat kad raya jenis macam tu sangat mahal… rupanya sangkaan saya silap.
Harganya sesuai dengan kualiti yang ditawarkan. Yang penting, ianya menarik.
Saya pasti, anda juga setuju dengan saya, kalau saya katakan kad raya seperti ini memang unik.
Rest assured.
Saya hampir pasti, jika anda utuskan kad raya seperti ini, ia tidak akan dibuang oleh penerima. Somehow, si penerima akan simpan kad ini.
Ada keunikkan dan ada sentimental value pada kad raya seperti ini. Ya la… raya kan setahun sekali, dan setahun sekali tu jugalah baru dapat bertemu dengan saudara dan sahabat handai.
Tahun akan datang? Belum tentu akan bertemu lagi. Jadi, dengan adanya kad raya seperti ini, In Shaa Allah, ia dapat mengikat memori persaudaraan dan persahabatan yang terbina.
Ok… kat mana boleh dapatkan kad raya jenis custom made macam ni? Yang siap boleh masukkan gambar kita sendiri?
Saya tahu ada satu tempat. Ya, boleh buat tempahan secara online sahaja. Klik sini untuk ke laman web tersebut.
Satu kelebihan bila anda ke laman web tersebut ialah, anda boleh lihat ada macam-macam jenis design yang anda boleh pilih. Menarik dan langsung tak boring. Kalau nak harapkan design biasa-biasa yang terdapat di pasaran, mungkin anda terpaksa berpuas hati dengan design gambar masjid, bulan, atau ketupat yang terlalu ramai orang pakai.
Langsung tak unik. Kesudahannya kad raya yang anda hantar bakal di bakul sampahkan je bila syawal dah berlalu. Cuba design yang custom made ni. Tak mustahil, walaupun dah lima kali raya berlalu, si penerima masih simpan kad raya yang anda bagi tu dalam laci, celah almari, atau dalam diari masing-masing.
Menarik, kan?