Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

April 4, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Adakah anda benar-benar boleh buat duit dengan Pemasaran Affiliate?

Boleh ke nak buat duit dengan program affiliate? Jawapan mudahnya ialah, sudah tentu boleh.

 

Menerusi program affiliate, anda sememangnya boleh hasilkan pendapatan. Sama ada banyak atau sikit, konsisten atau tidak, semuanya bergantung kepada macam-macam faktor.

 

Salah satu faktornya adalah cara anda melakukan kerja-kerja pemasaran. Sesetengah orang ada yang memberi gambaran bahawa nak buat duit dengan program affiliate ini sangatlah mudah.

 

Bukan sahaja nampak mudah, malahan mereka cuba tonjolkan seolah-olah pendapatan daripada program ini boleh diperolehi dalam masa yang cepat.

duit-dari-internet

Maka ramailah yang terpikat untuk cuba nasib dalam program ini. Rupa-rupanya, ada udang disebalik batu. Kalau anda nak tahu macam mana nak buat duit pantas melalui affiliate, anda kenalah daftar masuk dalam kelas dan seminar berbayar yang dia anjurkan terlebih dulu.

 

Saya tak nafikan, memang ada cara yang cepat untuk buat duit dengan affiliate. Pada masa yang sama, terdapat juga cara yang lambat.

 

Ok saya cerita dulu tentang cara cepat.

 

Dalam cara cepat ini, kita akan menggunakan kaedah pengiklanan berbayar. Ini bermakna anda perlu ada modal yang secukupnya bagi tujuan membuat pengiklanan.

 

Gunakanlah platform pengiklanan seperti Google Adwords, FBAds, Twitter Ads dan sebagainya. Mana-mana platform yang benarkan anda untuk beriklan, pastikan anda gunakan.

 

Matlamat kita adalah untuk memastikan iklan yang kita hasilkan bagi mempromosikan produk affiliate dapat dilihat oleh seberapa ramai pengguna di luar sana.

 

Daripada satu juta orang yang tengok iklan kita, takkanlah tak ada seorang pun yang minat nak jadi pembeli? Isu dengan kaedah pantas ini ialah, kita jarang didedahkan dengan kos pemasaran untuk dapatkan hasil sedemikian.

 

Katakanlah komisen yang dijana adalah sebanyak RM5,000 untuk bulan tersebut.

 

Tapi tahukah kita, berapakah wang yang telah dilaburkan bagi tujuan iklan untuk mendapatkan komisen sebanyak itu?

 

Mungkin untuk tujuan iklan, beliau sebenarnya telah berbelanja sebanyak RM2,500 atau mungkin lebih. Setelah ditolak, jumlah komisen terhasil dengan kos iklan barulah kita tahu, berapakah untung sebenar yang telah dihasilkan.

 

Boleh jadi jumlahnya tak sebanyak mana.

 

Persoalannya ialah, adakah anda sanggup untuk keluarkan modal ribuan ringgit bagi tujuan iklan berbayar? Ramai yang tak sanggup. Saya sendiri pun tak sanggup.

 

Tapi kalau duit tu bukan duit saya, saya rasa tak ada masalah nak keluarkan belanja sebanyak itu.

 

Contohnya, duit itu sebenarnya datangnya dari yuran yang dibayar oleh orang yang minat nak datang kelas dan ikuti seminar kita. Dalam situasi ini, kita cuma rolling duit semata.

 

Saya tak kata benda ini salah, sebaliknya ianya adalah suatu tindakan yang bijak. At least individu ini tahu mana nak cari duit bagi tujuan buat iklan berbayar.

 

Setelah saya cerita tentang kaedah pantas, saya nak sentuh pula tentang kaedah perlahan. Kaedah perlahan ini tidak melibatkan sebarang bentuk iklan berbayar. Semua benda kita yang kena buat sendiri.

 

Kitalah yang kena tulis artikel, terbitkan di blog, kongsi di media sosial, kemudian kena pastikan artikel tersebut berjaya masuk ke page pertama Google pula untuk kata kunci yang kita sasarkan.

 

Kaedah ini memang perlahan, namun In Shaa Allah setelah ia mencapai matlamatnya, pasti akan ada jualan yang terhasil.

 

Realiti buat duit dengan Affiliate Marketing

Ianya sangat susah.

 

Malahan saya dah jumpa banyak individu yang give up dengan program affiliate… Mereka daftar sebagai ejen, kemudian bila dah buat promosi tapi tak berjaya dapat jualan, terus dah tak nak buat promosi.

 

Cari peluang lain pula.

 

Sedangkan kalau dia fokus pada satu perkara sahaja, lambat laun pasti akan dapat hasil juga.

 

Seperti kebanyakkan peluang-peluang buat duit yang terdapat diluar sana, kita boleh lihat ada individu yang sangat berjaya dan jadi kaya, ada yang sekadar boleh buat duit dan ada juga yang langsung tak berjaya.

 

Tapi menariknya, jika anda tahu bagaimana cara nak mencari program affiliate yang sesuai dengan jiwa anda, ianya akan jadi lebih mudah untuk dilakukan.

 

Di bawah ini adalah antara kriteria yang saya lihat dalam program affiliate.

 

(1) Pilih program affiliate yang tak mengganggu kerja harian anda

Salah satu kerja dan rutin harian saya ialah… menulis.

 

Saya berpendapat, program affiliate ini langsung tak mengganggu kerja dan rutin harian saya. Sebaliknya, ia menjadi pelengkap kepada kerjaya penulisan yang saya lakukan. Sambil saya menulis artikel, berkongsi cerita, saya dapat masukkan beberapa link affiliate yang dapat menjadikan cerita lebih menarik.

 

Bukan itu sahaja, jika ada pembaca yang buat pembelian setelah menekan klik pada link affiliate saya, saya juga boleh dapat sedikit komisen.

 

Program affiliate yang dianjurkan oleh Lazada Malaysia dan juga Involve Asia adalah antara contoh yang baik.

 

(2) Pilih program affiliate yang menawarkan komisen dua level

Setakat ini, saya ada jumpa beberapa program affiliate yang membayar komisen lebih dari satu level. Ini antaranya

  1. Visondata Affiliate Program
  2. Adhance Affiliate Program
  3. Sistem Jualan PRO

 

Bila kita buat jualan, kita dapat komisen.

Bila affiliate dibawah kita buat jualan, kita pun akan dapat komisen.

 

Saya harap sangat-sangat di masa akan datang, akan muncul lagi banyak program affiliate yang menawarkan komisen bertingkat-tingkat ini.

 

(3) Gunakan teknik pemasaran yang boleh berikan pendapatan pasif

Teknik pemasaran Search Engine Optimization adalah salah satu contoh kaedah pemasaran yang boleh menyumbangkan pendapatan pasif.

 

Setelah artikel promosi yang kita telah siapkan berjaya tersenarai di muka surat pertama google, waktu tu kita dah boleh rileks dan tunggu sahaja sales masuk dengan sendiri.

Bacaan tambahan: Jana Pendapatan Pasif melalui Program Affiliate

 

(4) Fokus pada program yang ada rekod yang baik dari segi bayaran

Jangan tak tau, dekat luar sana memang ada pengendali program affiliate yang jenis tak nak bayar komisen kepada ejen yang dah susah payah bantu buat jualan.

 

Saya pun pernah kena dan ada pengalaman yang sama. Lagi menyakitkan hati, boleh pula dia menipu yang kata dia dah bayar padahal tak ada pun sebarang transaksi. Hmm… biarlah dia makan duit haram. Nanti kat akhiratlah baru selesaikan balik dengan dia.

 

(5) Pastikan rasa selesa bila promosikan program tersebut

Faktor ini pun penting juga.

 

Ada program yang saya bukan sekadar selesa untuk promosikan, malahan saya rasa seronok untuk buat kerja pemasaran. Biasanya kalau jumpa program seumpama ini, saya memang akan tulis banyak-banyak artikel promosi.

 

Lagi satu, bila ada banyak artikel promosi yang telah saya tulis, lagi tinggi peluang untuk dapatkan pendapatan.

 

Pada saya, program affiliate ini memang bagus. Walaupun saya bukannya hebat sangat atau sangat berjaya dalam bidang ini, tapi ia bagus sebagai ikhtiar untuk kita dapatkan pendapatan tambahan.

 

Untuk mereka yang masih belum ada kerja tetap, atau yang dah bekerja tapi mahukan pendapatan tambahan around RM237 – RM500 setiap bulan, patutnya kenalah belajar dan cuba-cubalah program ini.

 

In Shaa Allah, anda juga boleh buat duit.

 

 

Baca juga artikel:

  • Jana Pendapatan Pasif melalui Program AffiliateJana Pendapatan Pasif melalui Program Affiliate
  • Bukti bayaran komisen dari Involve Asia bagi bulan Julai 2017Bukti bayaran komisen dari Involve Asia bagi bulan Julai 2017
  • Nak Fokus Pada Affiliate atau Dropship?Nak Fokus Pada Affiliate atau Dropship?
  • Buat duit online MUDAH bersama TrivagoBuat duit online MUDAH bersama Trivago
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original MurahTempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Seronoknya dapat buat duit dengan blog!Seronoknya dapat buat duit dengan blog!
  • Kelebihan bekerja sendiri yang orang lain tak mungkin akan dapat rasaiKelebihan bekerja sendiri yang orang lain tak mungkin akan dapat rasai
  • Alternatif bagi sistem buat duit secara automatik menggunakan Vending MachineAlternatif bagi sistem buat duit secara automatik menggunakan Vending Machine
  • Apa beza antara eRezeki dengan program Jobdirumah?Apa beza antara eRezeki dengan program Jobdirumah?
  • Tak setuju dengan larangan merokok di kedai makanTak setuju dengan larangan merokok di kedai makan

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan affiliate marketing, buat duit dengan pemasaran affiliate, pendapatan pasif dengan affiliate, program affiliate

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six + nine =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan
    Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
    Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut