Akaun bank khusus untuk kerja freelance dan bisnes online

Setiap kali masuk tahun baru, saya akan mula fikir tentang masa depan saya dan juga pekerjaan yang saya sedang lakukan sekarang. Adakah ada peluang untuk saya berkembang, atau adakah saya akan terus berada pada kedudukan yang sama, sampai bila-bila

 

Kerap kali berlaku, apabila saya mula rasa down dan rasa seperti sudah hilang semangat untuk teruskan kerja-kerja yang saya lakukan, akan muncul peringatan dari Yang Maha Esa, memberitahu bahawa ianya terlalu awal untuk saya berhenti dan mengalah dengan ujian yang sedang saya lalui.

 

Misalnya, baru-baru ini saya terasa agak down sebab dah beberapa hari tak berjaya buat sales. Saya percaya punca saya tak berjaya buat sales adalah disebabkan saya sibuk dengan projek artikel advertorial untuk pelanggan saya.

 

Tiba-tiba beberapa minit sebelum saya buat keputusan untuk menulis artikel ini, saya menerima emel pemberitahuan yang saya sebenarnya telah berjaya buat jualan dan berjaya dapat komisyen bernilai RM119.

 

Ini buktinya.

bukti-keberkesanan-artikel-advertorial

Komisyen ini adalah berpunca dari program affiliate Klikjer yang saya sertai sejak beberapa tahun yang lalu. Alhamdulillah, boleh dikatakan setiap bulan saya akan menerima bayaran dari program ini, walaupun pada waktu tersebut saya sudah tidak begitu aktif menulis dan mengemaskini blog.

 

Ketika saya sedang sibuk dan fokus untuk bantu bisnes milik pelanggan saya, (dengan menghasilkan artikel advertorial untuk pelanggan saya ini), pada masa yang sama Allah bantu saya dengan menggerakkan hati pembaca dan pelawat blog saya untuk membuat pembelian produk yang saya promosikan, lalu memberikan saya komisen.

 

Kita tolong orang lain, In Shaa Allah, Allah akan tolong permudahkan urusan kita. Justeru, janganlah terlalu berkira untuk memudahkan dan membantu urusan orang lain.

 

Perlu ke buat akaun bank khusus untuk bisnes online?

Saya pernah ada akaun bank khusus untuk bisnes online yang saya jalankan. Ya, saya gunakan istilah “pernah ada”. Sebabnya? Sekarang saya sudah tidak mempunyai akaun khusus untuk bisnes.

 

Sebelum ini, saya terlibat secara aktif dalam menghasilkan dan menjual ebook secara online. Saya tulis ebook, kemudian saya jual ebook yang ditulis.

 

Hasil jualan ebook tersebut cukup memberangsangkan dan sampai satu tahap, akaun bank yang saya gunakan untuk menerima bayaran dari pelanggan telah disekat oleh pihak bank. Pada waktu itu, saya menggunakan akaun peribadi dari jenis saving account.

 

Dalam sehari, saya menerima jumlah transaksi yang agak banyak, sehingga pihak bank telah membuat keputusan untuk membekukan akaun saya. Bila kali pertama perkara ini berlaku, saya terpaksa pergi ke cawangan bank berdekatan untuk “un-freeze” akaun milik saya.

perkhidmatan-perakaunan-malaysia

Tak sampai satu minggu, akaun yang sama dibekukan sekali lagi, sehingga menyebabkan saya terpaksa buat keputusan untuk dapatkan akaun semasa/ current account.

 

Memandangkan pada masa itu, saya tidak mempunyai syarikat saya sendiri, akaun bank tersebut saya daftarkan atas nama saya sendiri. Dari segi perundangan, saya sepatutnya mendaftarkan perniagaan tersebut dengan SSM sebelum boleh menjalankan perniagaan.

 

Tetapi saya tak berbuat demikian, sebabnya saya tidak ada perancangan untuk menjadikan aktiviti menulis dan menjual ebook sebagai bisnes utama.

 

Pada sisi yang lain, saya juga sebenarnya ingin lihat dan dapatkan kepastian terlebih dahulu, sama ada bidang ini betul-betul sesuai dengan saya. Seperti lain-lain cabang perniagaan, bisnes ini juga ada naik dan turunnya.

 

Ada masanya, topik yang kita tulis tu mempunyai permintaan yang sangat banyak. Namun, sampai satu masa, permintaan akan mulai menurun dan tiada lagi orang yang minat nak beli ebook yang saya hasilkan.

 

Apa yang saya cuba sampaikan ialah, bisnes ebook adalah bisnes yang sangat menguntungkan, cuma anda perlu tahu apa topik yang hendak ditulis dan pastikan kualiti ebook yang dihasilkan itu nanti berada pada satu tahap yang sangat baik, sehingga membuatkan pembaca anda minat nak beli semua ebook yang pernah anda hasilkan.

 

Sekarang ini, saya sudah tidak menulis mahupun menghasilkan ebook. Sebaliknya, saya hanya fokus untuk menulis di blog, seperti yang anda sedang baca sekarang ini.

 

Ada ketikanya, saya hanya berkongsi tips, berkongsi pengalaman, menyebarkan ilmu yang saya pelajari ataupun sekadar ingin meluahkan rasa yang terbuku dihati.

 

Menulis blog, terasa lebih santai kalau nak dibandingkan dengan menulis ebook. Bila menulis di blog, tiada langsung rasa tertekan untuk menghasilkan sebuah karya yang mempunyai nilai yang tinggi sehingga dapat membuatkan orang lain sanggup mengeluarkan duit untuk baca apa yang terkandung dalam ebook tersebut.

 

Saya juga bebas untuk menulis apa-apa topik yang saya berkenan dan yang terlintas difikiran. Sebagai contoh, sekarang ini saya berazam untuk lebihkan menulis topik mengenai pengurusan kewangan dan sistem perakaunan untuk perniagaan.

 

Bagaimana cara saya hasilkan pendapatan jika sudah tidak buat bisnes online?

Saya masih lagi aktif menulis di blog-blog milik saya.

 

Dalam setiap artikel yang saya terbitkan, saya masih lagi meletakkan link-link affiliate, yang berperanan untuk menghasilkan pendapatan secara automatik untuk saya.

 

Satu lagi contoh income dari program affiliate yang saya sertai adalah seperti anda dapat lihat dibawah.

Dari program ini, pendapatan dihasilkan secara automatik, dan apa yang perlu saya buat adalah siarkan sahaja link affiliate dalam setiap blogpost yang saya hasilkan.

 

Selain dari program affiliate, saya juga menghasilkan pendapatan melalui program pengiklanan. Ada antara iklan yang saya siarkan diblog ini, memberikan pendapatan secara pasif dan automatik untuk saya setiap hari. Setakat hari ini, pendapatan dari adsense memang tidak mengecewakan.

 

Anda patut pertimbangkan untuk belajar macam mana buat duit dengan adsense.

Muat turun panduan adsense disini.

 

Dari masa ke masa, saya juga menerima tawaran kerja (job) menulis artikel promosi untuk memasarkan produk ataupun perkhidmatan milik pelanggan saya.

duit-dari-internet

Saya pernah juga terlintas difikiran, untuk jadikan ini sebagai satu bisnes utama.

 

Satu hari nanti, saya akan daftar sebuah syarikat jenis milikan tunggal, dan jalankan bisnes yang menjual servis pemasaran menggunakan teknik advertorial dan search engine optimization.

 

Cuma saya belum bersedia untuk bergerak ke arah itu. Sedikit sebanyak, rasa takut muncul menghambat keyakinan diri untuk berjaya dan bersaing dalam bisnes ini.

 

Bagaimana kalau saya tak berjaya dalam bisnes yang bakal saya ceburi ini nanti?

Bagaimana kalau saya dilanda masalah writer’s block ketika ingin menghasilkan artikel advertorial untuk pelanggan saya nanti?

Bagaimana kalau satu masa nanti, saya jadi hilang minat dengan bidang perniagaan yang saya pilih ini nanti?

penerangan-tentang-jobdirumah

Bila diperhalusi, saya sebenarnya takut kalau saya gagal dalam bisnes ini. Pada masa yang sama, saya juga takut jika saya berjaya dalam bisnes tersebut.

 

Nampaknya, apa yang terbaik yang saya dapat lakukan sekarang ini, adalah tunggu, lihat dan analisa trend dan prestasi bagi tahun ini. Jika ditakdirkan tahun ini, saya menerima banyak tempahan dari individu yang minat untuk dapatkan khidmat penulisan dari saya, waktu itu saya akan buat keputusan untuk jadikan perkhidmatan ini suatu yang official.

 

Its time to register a company.

 

Bila masanya tiba, nampaknya saya juga akan perlukan khidmat akauntan yang bertauliah untuk membantu saya buat keputusan dalam perniagaan yang bakal dijalankan.

 

Semoga tahun 2019 ini, Allah akan memberikan saya kekuatan untuk mendepani cabaran yang bakal dihadapi. Wallahu’alam.

 

, ,

Trackbacks/Pingbacks

  1. Kepentingan mempunyai akaun bank khusus untuk kerja freelance - Sabree Hussin Dot Biz - January 12, 2019

    […] Baca juga: Akaun bank khusus untuk kerja freelance dan bisnes online […]

Leave a Reply

fourteen + thirteen =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes