Alternatif bagi sistem buat duit secara automatik menggunakan Vending Machine

Untuk membina kekayaan dan keluar daripada belenggu hutang, saya berpendapat bahawa kita semua perlukan satu sistem yang dapat bekerja sendiri, walaupun pada waktu itu kita sedang sibuk dengan urusan lain.

 

Masa yang kita ada dalam sehari sangatlah terhad.

Saya percaya setiap orang hanya mempunyai 24 jam sahaja dalam sehari. Ada ke orang dalam dunia ini yang memiliki lebih 24 jam dalam sehari? Saya rasa tak ada.

 

Kemudian masa yang ada itu perlu diperuntukkan dengan sebaik-baiknya bagi menyelesaikan tugasan-tugasan tertentu.

 

Ada masa untuk tidur, masa untuk makan, masa untuk pergi dan balik dari kerja, masa untuk beriadah, serta masa untuk bersama keluarga tersayang.

 

Umumnya kita akan bekerja dalam satu hari selama 10 ke 12 jam.

 

Kalau kadar upah yang kita terima dalam 1 jam ialah RM10 bermakna dalam satu hari kita akan dapat gaji sebanyak 100 ringgit ke 120 ringgit sahaja.

 

Ini bermakna lagi lama kita bekerja maka lagi banyak duit yang kita boleh hasilkan. Namun begitu keupayaan kita untuk menjana pendapatan dihadkan oleh jumlah masa yang kita ada.  kita sedia maklum bahawa masa itu adalah terhad dan ianya sangat berharga.

 

Perbuatan ini sama seperti kita menukar masa dengan wang ringgit. Adakah satu jam masa kita hanya bernilai RM10?

 

Sekiranya pendapatan kita dihadkan oleh jumlah masa yang kita ada, saya rasa agak sukar untuk kita membina kekayaan. Sepatutnya kita perlu fikirkan satu sistem yang boleh berkerja sendiri untuk kita tanpa mengganggu masa yang kita ada.

 

Saya akan berikan contoh yang mudah.

 

Semasa saya berada di Pasaraya AEON Big saya perasan dekat sebelah saya ada dua buah  vending machine.

bisnes-vending-machine

Satu mesin menjual makanan untuk kucing serta anjing, manakala satu lagi mesin adalah mesin yang menjual pelbagai jenis air minuman.

 

Pengunjung pasar raya yang berminat untuk beli boleh masukkan duit dalam ruang yang disediakan dan tekan sahaja butang yang mewakili produk yang dia inginkan. Seterusnya produk yang dimahukan oleh pelanggan itu tadi akan keluar melalui ruang khas, dan disitu transaksi telah berlaku dengan jayanya.

 

Proses jualan berlaku secara automatik tanpa memerlukan kehadiran pemilik vending mesin tersebut.

 

Dari masa ke masa pemilik vending machine perlu pastikan stok produk dalam mesin tersebut masih ada. Aktiviti ini boleh dilakukan sendiri oleh pemilik vending machine tersebut ataupun dia boleh upah orang untuk melakukan kerja-kerja mudah tersebut.

 

Dengan cara ini pendapatan anda akan bergantung kepada berapa banyak jualan yang terhasil melalui vending machine tersebut.

 

Lagi banyak jualan yang berjaya dihasilkan dan lagi kerap anda perlu menambah stok, bermakna lagi banyak pendapatan yang bakal dijana melalui vending machine tersebut.

 

Bagaimana agaknya cara untuk menggandakan lagi pendapatan dari vending machine itu?

Apa yang saya fikirkan sekarang ni ialah tambahkan lagi bilangan vending machine dan letakkan di pelbagai tempat yang strategik. Tak semestinya letakkan di pasaraya yang sama sebaliknya boleh juga diletakkan di pasaraya yang berbeza.

 

Saya masih ingat lagi sewaktu saya bersekolah dulu ada syarikat yang meletakkan vending machine di sekolah kami. Setiap hari para pelajar akan beratur dan beli air dari mesin tersebut.

 

Saya rasa para pelajar ini beli air disitu bukanlah sebab dia perlukan air itu, tetapi mereka ini lebih kepada ingin menunjuk kepada kawan-kawan lain yang dia mampu minum air yang sedap. (apa barang beli air kat kantin…)

 

Saya berpendapat jika anda dapat meletakkan mesin ini di sekolah ia pasti dapat memberikan keuntungan yang banyak. Cuma yang saya kurang pasti adalah sama ada pihak sekolah akan benarkan anda letakkan mesin tersebut di kawasan sekolah.

 

Mungkin ada beberapa peraturan yang ditetapkan oleh pihak kementerian pendidikan yang perlu anda patuhi.

 

Apa pun cubalah tanya dulu dengan pihak pengurusan sekolah dan jika anda boleh tawarkan sesuatu yang baik seperti perkongsian keuntungan mungkin pihak sekolah akan benarkan anda letakkan mesin tersebut.

 

Jika anda tidak dibenarkan untuk letakkan mesin ini di kawasan sekolah ia boleh jadi disebabkan pihak sekolah ingin melindungi perniagaan yang dijalankan oleh pihak koperasi dan juga kantin sekolah.

 

Berapakah harga untuk memiliki perniagaan vending machine ini?

Buat masa ini saya tidak mempunyai maklumat tersebut.

 

Jika anda mempunyai maklumat tersebut atau anda mewakili syarikat yang menawarkan system vending machine, sila hubungi saya untuk saya masukkan maklumat perniagaan anda di sini dalam blog saya.

 

Walaubagaimanapun perlu saya ingatkan bahawa saya akan kenakan anda bayaran iklan. Saya akan pastikan pelaburan anda beriklan di blog saya adalah berbaloi.

 

Saya bukan sahaja akan cerita tentang perniagaan yang anda jalankan di blog ini malahan saya juga akan bercerita tentang perniagaan anda di lain-lain blog yang saya miliki.

 

Saya akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan pelaburan anda sangat berbaloi apabila menggunakan khidmat iklan dari saya.

 

Konsep vending machine dalam program buat duit online

Saya memang sudah lama tertarik untuk memiliki vending machine saya sendiri. Namun saya sedia maklum kos untuk memiliki vending machine agak mahal dan saya tidak mempunyai modal yang mencukupi.

 

Oleh sebab itu saya perlu improvise dan lakukan perkara yang saya mampu lakukan bagi mendapatkan pendapatan secara automatik seperti mana yang mampu diberikan oleh sistem vending machine.

 

Ini adalah pendapatan yang terhasil daripada sistem tersebut.

Semua pendapatan ini adalah berpunca daripada kempen 12 12 yang diadakan baru-baru ini.

 

Walaupun ia mungkin kelihatan tidak begitu lumayan seperti orang lain, namun saya berpuas hati kerana sistem yang saya gunakan berhasil untuk menjana pendapatan.  ianya masih lagi lebih baik daripada langsung tiada pendapatan.

 

Apa yang saya gunakan adalah blog sahaja.

 

Inilah dia bukti bahawa blog yang saya tulis mampu untuk membuat jualan dan menghasilkan pendapatan kepada saya. Walaupun saya belum memiliki vending machine saya sendiri, saya masih lagi boleh menikmati pendapatan sepertimana yang dimiliki oleh usahawan vending machine.

 

Mungkin anda berminat untuk belajar macam mana cara untuk jana pendapatan melalui blog seperti yang saya lakukan sekarang. Jom ikuti tutorial yang saya sediakan secara langkah demi langkah bermula dengan artikel ini.

Baca di sini: Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog

 

Bagi saya alternatif bagi sistem vending machine adalah melalui blog. Anda pula bagaimana?

Mungkin anda boleh pertimbangkan untuk bina aplikasi permainan game untuk dijadikan sebagai alternatif  bagi vending machine anda.

 

 

, ,

No comments yet.

Leave a Reply

two × 5 =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes