Apa petanda yang menunjukkan kita berjaya dalam bidang penulisan blog?

Bagaimana kita nak tahu sama ada kita dah berjaya atau belum, jika kita sendiri tak tau, apa dia kriteria-kriteria yang menunjukkan kita dah berjaya.

 

Bagaimana agaknya rupa sebuah kejayaan? Kalau dalam konteks bidang penulisan blog ini pula, bagaimana agaknya baru layak dikatakan sebagai seorang penulis blog yang berjaya. Sepatutnya kita perlu tahu apa dia petanda yang menunjukkan kita sedang berada di landasan yang betul.

 

blog-yang-berjaya

Setidak-tidaknya kita boleh lakukan check and balance.

 

Kalau apa yang kita lakukan selama ini sebenarnya langsung tak menyumbang kepada kejayaan kita, kita boleh tinggalkan dan fokus untuk buat benda lain. Pada saya, ada beberapa poin yang boleh dilihat sama ada kita berada di landasan yang betul untuk mencapai ambang kejayaan atau sebaliknya.

 

Senaraian ini adalah berdasarkan pendapat dan pandangan saya sahaja. Mungkin goals ataupun matlamat kita dalam menulis sesebuah blog tidak sama. Jadi, mungkin ada sebahagian daripada pembaca blog ini yang mungkin tak begitu bersetuju dengan apa yang saya catatkan disini.

 

Perbezaan pendapat itu satu rahmat.

 

Dari perbezaan itu kita boleh saling bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Sesuatu pendapat itu tak semestinya betul sentiasa ataupun salah setiap masa.

 

Pada saya la kan, untuk mengetahui sama ada kita berada di landasan yang betul atau tidak untuk berjaya dalam bidang penulisan blog ini, beberapa poin berikut boleh kita perhatikan, antaranya

 

(1) Jumlah trafik yang masuk ke blog kita semakin meningkat dan terus meningkat

Trafik ini mewakili manusia sebenar yang melayari laman blog kita. Tak kisahlah sama ada dia baca ataupun tidak apa yang kita siarkan dalam blog kita.

 

Mereka ni mungkin terjumpa laman blog kita secara tak sengaja ataupun mereka jumpa blog kita kerana mereka sedang mencari maklumat tertentu menggunakan kata kunci tertentu menerusi perkhidmatan enjin carian seperti google.

 

Cuba tengok statistik blog anda.

 

Adakah ia makin bertambah atau makin berkurang. Atau mungkin ada naik ada turun? Atau konsisten. Semua ini ada maksud tertentu.

 

Trafik ini bergantung juga kepada jenis penulisan yang kita siarkan dalam blog kita. Kalau seseorang tu jenis yang suka tulis topik-topik yang tengah hot atau yang tengah viral, mungkin dia akan dapat lihat jumlah trafik yang masuk ke blognya sangat tinggi pada waktu-waktu tersebut.

 

Setelah topik yang viral tu mula basi, maka dia mungkin akan nampak pengurangan trafik secara drastik.

 

Apa pun, untuk memudahkan penerangan bagi konteks “macam mana nak tahu sama ada blog kita berjaya atau tidak” maka saya akan sebut secara ringkas sahaja. Jika trafik yang masuk ke blog kita tu tinggi, maka itu salah satu pentanda bahawa kita berada di landasan yang betul untuk mencapai kejayaan.

 

Seterusnya?

 

(2) Jumlah follower, likes, friend kita di media sosial meningkat

Sampai satu tahap, anda tak kenal langsung orang yang add anda di media sosial. Tetapi mereka ini (strangers) makin bertambah dari hari ke hari, dan makin ramai pulak yang nak berkawan dengan anda.

 

Cuba tanya pada mereka, dari mana mereka kenali diri anda. Anda mungkin akan dapati ada antara mereka yang kenal anda melalui blog yang anda tulis.

 

Surprise… surprise… surprise… 

 

(3) Komisen anda makin meningkat! (walaupun anda tak buat apa-apa promosi)

Dari mana datangnya komisen ini semua kalau anda tak buat promosi?

 

Jawapannya adalah dari pertambahan trafik yang masuk ke laman blog anda. Macam yang saya dah sebutkan tadi, trafik ini kan mewakili orang sebenar yang masuk ke laman blog anda.

 

Kadang-kadang trafik yang tercatat dalam statistik blog kita ni, termasuk trafik yang dijana oleh robot. Ia bukannya manusia sebenar. Contohnya kalau dalam sehari blog kita menerima 3,000 trafik, mungkin 400 adalah robot.

 

Akan tetapi, kalau kita lihat, ada pertambahan dari segi komisen, maka kita dapat tahu bahawa yang masuk ke laman blog kita tu bukannya robot semata-mata. Lagipun, robot tak akan beli barang dan buat transaksi secara online. Hanya manusia sahaja yang akan shopping secara online.

 

Bukan itu sahaja.

 

Jika anda sertai program pengiklanan, anda juga akan dapati pendapatan anda dari program tersebut juga makin bertambah.

bukti-nuffnang-buat-duit

Salah satu program pengiklanan yang saya sertai ialah Nuffnang. Atas ini adalah salah satu bukti pendapatan yang pernah saya perolehi hasil daripada menyiarkan iklan Nuffnang di blog saya.

Klik untuk baca:Menulis di Facebook boleh buat duit ke? Ini alternatifnya

 

Apabila blog yang kita bina dengan susah payahnya berjaya menjana pendapatan, saya kira itu satu bentuk kejayaan yang patut dihargai dan diraikan. Betul tak?

 

Apa lagi ya?

 

(4) Anda akan banyak menerima tawaran Job

Ada ramai usahawan di luar sana yang masih lagi belum mengiklankan perniagaan mereka secara online. Mereka mungkin tak ada masa, tak tau bagaimana caranya, ataupun atas sebab-sebab lain yang hanya mereka sendiri sahaja tahu apa sebabnya.

 

Sebenarnya bukan mudah untuk konsisten mempromosikan perniagaan kita secara online. Lebih-lebih lagi kalau selama ini kita cuma biasa buat secara offline sahaja. Maksud saya, kalau seseorang itu biasanya hanya guna kain rentang, banner, edar fliers, guna bill board dan sebagainya.

 

Tiba-tiba nak beralih kepada medium online, memang agak kekok jadinya.

 

Jadinya, sesetengah usahawan ini lebih suka untuk lakukan outsource. Ia lebih mudah dan jimat masa dan wang berbanding semua benda nak kena buat sendiri.

 

Usahawan ini pula mungkin hanya perlukan satu artikel sahaja untuk mempromosikan perniagaan yang mereka sedang jalankan.

 

Kalau pada saya la kan, tak berbaloi untuk langgan hosting, beli domain semata-mata nak tulis satu artikel sahaja. Nampak sangat laman web tu macam laman web yang tak siap.

 

Jadi sebagai alternatif, lebih baik mintak je mana-mana penulis blog untuk bantu promosikan perniagaan anda tu. Just in case anda tertanya-tanya, saya juga ada menawarkan khidmat pengiklanan tersebut. Boleh klik sini untuk lihat info lanjut.

 

Sebagai penulis blog, katakanlah satu hari nanti, anda mula dihubungi oleh orang perseorangan mahupun syarikat swasta untuk tujuan pengiklanan, maka ini satu lagi petanda yang boleh anda lihat yang menunjukkan anda semakin berjaya.

 

(5) Ada orang minta kita jadi penulis jemputan

Terpulang pada anda sama ada nak letakkan bayaran atau tidak. Jadi penulis jemputan ini pun sebenarnya ada kebaikkannya juga. Untuk jangka masa panjang, ia dapat melonjakkan nama kita dan dapat memperkenalkan siapa diri kita kepada segmen pembaca yang baru.

 

Cuba bayangkan kalau anda dijemput untuk menulis di 10 buah blog yang berbeza. Ini akan membuatkan diri anda dikenali oleh pembaca-pembaca blog tersebut.

 

Not a bad idea kan.

 

(6) Ranking kita makin meningkat

Salah satu ranking yang saya suka lihat ialah ranking Alexa.

 

Jika ranking kita makin bertambah baik, maka itu satu perkembangan yang positif.

 

(7) Orang sanggup bayar untuk membaca penulisan kita

Cuba wujudkan satu segmen khas yang mana dalam segmen tersebut, hanya pembaca premium sahaja yang boleh baca perkongsian tersebut.

 

Saya percaya, jika anda benar-benar bagus dengan apa yang anda lakukan selama ini, pasti akan ada orang yang sanggup bayar untuk baca apa yang anda tulis. Mungkin anda adalah seorang pakar dalam bidang tertentu, dan anda hanya ingin kongsikan kepakaran anda kepada orang yang sanggup membayar sahaja.

 

Silakan.

 

Ini mungkin dapat dijadikan satu lagi sumber untuk anda jana pendapatan tambahan.

 

Jadi ini dia 7 cara atau poin yang anda boleh perhatikan untuk mengetahui sama ada anda bakal menjadi seorang penulis blog yang berjaya atau sebaliknya.

 

Ya, bukan mudah untuk capai semua ini. Namun ia juga bukannya mustahil.

 

 

, ,

No comments yet.

Leave a Reply

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes