Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

October 15, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Cari servis artikel advertorial yang paling MURAH atau yang boleh menepati kriteria?

Saya rasa, saya dah agak lama tak menerima sebarang job untuk menulis artikel review mahupun tugas menulis artikel advertorial. Permintaan itu masih ada, cuma saya rasa saya nak berehat dulu.

 

Sebagai seorang penulis blog, sudah tentu saya ada pengalaman menulis artikel review dan advertorial untuk klien yang minat untuk dapatkan khidmat penulisan dari saya.

 

Dari apa yang saya perhatikan, pelanggan (klien) ini ada dua jenis.

 

Pertama, adalah pelanggan yang mempunyai syarikat yang besar. Mereka mempunyai bajet pengiklanan dan tak kisah untuk berbelanja bagi tujuan pengiklanan. Katakanlah mereka sedia untuk belanjakan RM2,000 bagi tujuan iklan berkaitan dengan medium blog dan search engine optimization.

 

Dengan peruntukkan sebanyak RM2,000 itu tadi, dia boleh dapatkan sekurang-kurangnya 20 orang penulis blog, dari 20 buah blog yang berbeza untuk menulis satu artikel promosi untuk perniagaan miliknya.

 

Kemudian, setiap 20 orang ini pula perlu fokus pada satu kata kunci yang telah ditetapkan pada peringkat awal.

 

Saya kata, sekurang-kurangnya 20 orang penulis, sebab saya tahu, ada banyak penulis blog yang sanggup menulis artikel advertorial dengan kadar upah yang lebih rendah daripada RM100 per artikel. Mungkin RM50, RM70 atau RM90 per artikel masih lagi dikira satu kadar upah yang lumayan bagi penulis yang jarang-jarang dapat tugasan seperti ini.

 

Kemudian, ada juga pelanggan advertorial dari jenis pemilik perniagaan kecil-kecilan ataupun orang perseorangan. Mereka ini menjalankan bisnes pada skala kecil, sama ada mereka adalah pemilik bisnes homestay, founder produk kecantikkan dengan resipi tradisional keluarga ataupun peniaga kecil.

 

Mungkin mereka pernah dengar dan pernah baca dimana-mana, tentang betapa bagusnya teknik advertorial, bagaimana advertorial boleh bantu perniagaan mereka memperolehi pelanggan yang baru, dan penjimatan jangka masa panjang yang boleh dinikmati apabila mereka menggunakan kaedah advertorial dalam pemasaran.

 

Senang kata, mereka pernah dengar kelebihan menggunakan teknik advertorial dan mereka sedang mempertimbangkan untuk menggunakan kaedah pemasaran ini untuk bisnes yang mereka sedang jalankan.

 

Cuma kadang-kadang itu, saya tertanya-tanya sendiri, kenapa agaknya pemilik perniagaan ini, memilih penulis blog tertentu untuk menulis advertorial bagi mempromosikan perniagaan miliknya?

 

Apakah terdapat penanda aras tertentu, atau sebab-sebab tertentu kenapa pilihan tersebut dilakukan?

 

Buat penulis blog yang selalu dapat offer menulis artikel advertorial, agaknya pernah atau tidak terlintas di fikiran, sama ada artikel advertorial yang anda tulis selama ini, pernah convert kepada sales ataupun tidak?

 

Saya rujuk kembali kepada pelanggan jenis yang pertama, iaitu pemilik syarikat besar. Mereka ini mempunyai strategi pemasaran mereka sendiri, dan apabila mereka menggunakan khidmat penulisan anda, bermakna anda adalah sebahagian daripada strategi besar yang dia sedang rencanakan.

 

Berbeza pula halnya dengan pelanggan jenis kedua, yang baru nak bermula. Mereka ini, sebahagiannya adalah individu yang masih lagi tercari-cari rentak dalam menjalankan bisnes.

 

Mereka mempunyai harapan yang menggunung tinggi untuk berjaya dalam bisnes yang diceburi. Mereka adakalanya tidak begitu rasional dan selalu mengharapkan kejayaan dan keajaiban dalam perniagaan.

 

Kalau boleh, hari ini mereka dapatkan servis advertorial dari kita, esok juga dah boleh nampak hasilnya. 

duit-dari-internet

Sukar untuk track keberkesanan sesuatu artikel advertorial yang dihasilkan

Pada saya, inilah satu cabaran yang saya hadapi sebagai salah seorang penyedia khidmat advertorial kepada usahawan dan peniaga kecil.

 

Saya rasa, agak susah untuk saya track sama ada artikel advertorial yang saya pernah hasilkan sebelum ini, berjaya memberikan jualan kepada pelanggan saya atau sebaliknya, MELAINKAN kalau pelanggan saya itu sendiri jenis yang rajin bagi saya update tentang perkembangan advertorial yang saya pernah hasilkan.

 

Sebelum ini, saya lebih banyak fokus kepada mempromosikan produk-produk milik syarikat yang menawarkan program affiliate. Misalnya seperti program affiliate dari Lazada Malaysia ataupun program affiliate yang dianjurkan oleh pihak Involve Asia.

 

Mereka mempunyai tracking system yang cukup baik, yang mana melalui sistem yang mereka sediakan itu, saya boleh lihat setakat mana prestasi artikel yang saya telah hasilkan. Kalau ditakdirkan pada satu-satu masa ada banyak jualan yang terhasil, maka tahulah saya yang usaha pemasaran yang saya hasilkan itu tidaklah sia-sia.

 

Saya juga sebelum ini agak rajin update berapa banyak komisen yang berjaya saya hasilkan melalui program-program affiliate yang saya sertai.

Misalnya

(1) Komisen Affiliate Lazada September 2016

(2) Komisen Affiliate Klikjer Oktober 2016

 

Saya tulis artikel tentang berapa banyak komisen yang pernah saya hasilkan, bukannya untuk tujuan menunjuk-nunjuk. Sebaliknya, saya nak beritahu kepada bakal pelanggan, bahawa saya adalah orang yang sesuai untuk menulis artikel advertorial bagi pihak perniagaan anda. In Shaa Allah, kalau saya tulis artikel, saya akan tulis bagi anda berjaya dapat jualan.

 

Buktinya? Buktinya adalah pada pendapatan yang saya berjaya hasilkan menerusi program affiliate yang saya sertai. Kalau menerusi program affiliate, saya boleh dapat sales, In Shaa Allah, bila saya promosikan perniagaan anda, saya juga boleh produce sales untuk kalian.

 

Klien memilih penulis blog yang tiada pengalaman menjual melalui blognya

Ini merupakan satu perkara aneh, tapi ia memang betul-betul berlaku.

 

Mungkin penulis blog tersebut dipilih, kerana blognya popular? Mungkin kerana trafiknya tinggi? Atau adakah sebab bayaran upah yang diminta tidak terlalu mahal … ataupun murah?

 

Itulah dilema yang sering bermain dalam fikiran saya.

 

Kalau orang beri kepercayaan kepada saya, untuk saya hasilkan advertorial bagi mempromosikan perniagaan miliknya, In Shaa Allah saya akan buat yang terbaik dan akan pastikan setiap sen yang dibayar kepada saya dalam bentuk upah, akan kembali kepada pelanggan tersebut dalam bentuk jualan yang bakal saya hasilkan.

 

Tetapi, kalau nak upah saya buat kerja, dengan anggapan kadar upah saya MURAH, atau sebab nak cari penulis yang boleh bagi harga murah, saya kira, adalah lagi baik kalau cari je penulis lain, yang belum tentu akan ambil tanggungjawab memastikan perniagaan milik anda akan dapat hasil atau sebaliknya selepas dia menerima job advertorial tersebut.

 

Apa pun, setiap orang ada pandangan yang berbeza.

 

Saya pernah dengar satu pendapat dari penulis blog yang saya kenali, kata dia

“Pengiklan upah aku untuk menulis artikel advertorial, jadi apa yang aku buat adalah tulis artikel, itu sahaja… kalau nak suruh aku promosikan, buat jualan, buat marketing tambahan itu semua, itu bukan kerja aku…”

 

Ayatnya lebih kurang macam tu la.

 

Mungkin, ada sebilangan pelanggan (pengiklan) yang menyangka, bila dia upah seseorang itu untuk buat advertorial bagi pihaknya, orang yang dia upah ini (blogger) akan buat semua bagi pihaknya. Termasuk dapatkan sales untuk bisnes yang dia sedang jalankan.

 

Sebenarnya andaian seperti itu adalah silap.

 

Kalau blogger tersebut nak bantu buat marketing, itu adalah satu bonus bagi perniagaan anda. Ataupun, kalau memang itu adalah sebahagian daripada perjanjian, maka memang itu menjadi tanggungjawab blogger tersebut untuk penuhi.

 

Namun dari apa yang saya perhatikan, termasuk dari pengalaman saya sendiri, penulis blog akan keep silent tentang aspek marketing. Bagi dirinya, blogger itu peranannya cuma sediakan platform, iaitu blog miliknya dan dia akan sediakan servis tulis artikel. Itu sahaja.

 

Sama ada akan dapat jualan atau tidak, itu bukan masalahnya.

 

Sebab itu saya percaya, servis atau caj yang murah tak sepatutnya dijadikan kriteria untuk memilih blogger tertentu untuk menulis tentang perniagaan anda. Sebaliknya pilihlah blogger yang boleh deliver satu hasil kerja yang menepati kriteria yang anda mahukan.

 

Anda mahukan blogger yang boleh berikan sales kepada perniagaan anda? Pilihnya blogger yang memang ada pengalaman buat jualan melalui blognya, bukannya blogger yang buat duit sebab ada pengalaman tulis advertorial semata-mata.

 

Blogger macam tu, kalau anda suruh dia jual barang, belum tentu dia mampu jual.

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: servis advertorial, servis advertorial blogger, servis review

October 11, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Apa sebab utama yang membuatkan anda ingin berniaga?

Jarang kita dapat dengar, ada individu yang boleh buat tiga atau lebih kerja dalam satu masa.

 

Paling biasa kita dengar pun, orang kita boleh buat dua kerja. Contohnya siang hari kerja di pejabat, manakala pada malam hari, dia bekerja sambilan sebagai pemandu dengan GRABCAR.

 

Mungkin disebabkan masa kita yang terbatas, tenaga kita yang tak banyak mana… kita tak mampu nak buat banyak kerja dalam satu-satu masa. Setuju?

 

Sebaliknya, kalau kita pilih untuk buat bisnes, saya percaya dengan mempunyai sistem perniagaan yang betul, kita boleh mempunyai 2, 3, 5 atau lebih perniagaan dalam satu-satu masa. 

 

Perniagaan itu kita yang punya. Namun tak bermakna, keseluruhan operasi perniagaan wajib kita juga yang uruskan. Dari aspek pengurusan perniagaan, kita boleh upah orang lain untuk jalankan perniagaan kita. Apa yang kita perlu buat, adalah pantau perniagaan tersebut agar ia berjalan seperti mana yang kita harapkan.

 

Bagaimana kalau kita baru nak bermula dan mempunyai kekangan modal?

Ini merupakan cabaran biasa, yang perlu dihadapi oleh semua orang yang baru nak bermula. Kalau yang memang lahir dalam keluarga yang tidak ada masalah wang, memulakan sebuah perniagaan mungkin bukan sesuatu yang sukar.

 

Bila ada modal untuk back up keseluruhan operasi perniagaan, kita dah boleh tumpukan pada strategi dan pelan perniagaan.

 

Sebaliknya untuk mereka yang ada kekangan dari segi modal, cabaran yang perlu dihadapi pasti lebih banyak. Kena fikir aspek cari duit modal, dan bila dah ada modal, kena fikir macam mana nak kembangkan dan susun strategi perniagaan supaya ia tidak melingkup satu hari nanti.

 

Mula dengan bisnes skala kecil namun berhasil

Bisnes kecil-kecil tu, memang tak glamor.

 

Misalnya kalau kita berniaga barang-barang kelengkapan solat secara online menerusi laman web Shopee.

bisnes-shopee

Konsep asas dalam sesebuah perniagaan itu, mesti ada proses jual dan beli. 

 

Saya jual sesuatu, manakala bakal pelanggan yang berminat dengan barang jualan, akan beli barang yang dijual. Apabila kita kembali kepada konsep asas sesuatu perniagaan, iaitu mesti ada proses jual dan beli, kita tak perlu lagi beratkan diri kita untuk fikir hal-hal yang menyusahkan seperti dimana nak cari premis perniagaan, bagaimana nak cipta produk sendiri dan sebagainya.

 

Jual sahaja apa-apa produk yang sedang mendapat permintaan yang baik di pasaran. Sekali lagi kita boleh terus gunakan laman web Shopee itu sendiri untuk buat kajian produk apa yang sedang hot.

 

Mulakan dengan satu perniagaan, dan apabila dah dapat rentak, baru pertimbangkan untuk buka satu lagi jenis perniagaan. Cuma kena pastikan setiap perniagaan yang kita lakukan itu, tidak mengganggu antara satu sama lain.

 

Kalau setiap perniagaan yang berbeza yang kita jalankan itu, dapat saling melengkapi antara satu sama lain, itu lagi baik.

 

Apa yang menjadi pendorong untuk kita memulakan langkah untuk berniaga?

Bukan senang nak mulakan perniagaan.

Bukan senang juga, untuk kita pujuk seseorang tu untuk mula berniaga. Kena ada satu sebab yang kukuh, yang mampu menjadi satu motivasi untuk seseorang itu mengorak langkah dan mula berniaga.

 

Setiap orang pasti ada sebab yang berbeza.

 

Walaupun matlamat sesebuah perniagaan itu adalah untuk menghasilkan untung, namun selalunya matlamat individu yang memula dan menjalankan perniagaan itu adalah berbeza.

 

Contohnya yang saya boleh sebut, ialah syarikat penerbangan Air Asia misalnya. Ia merupakan sebuah syarikat penerbangan tambang murah nombor satu di Malaysia.

 

Syarikat ini ditubuh bagi membolehkan semua orang merasai pengalaman terbang dengan pesawat penerbangan apabila pergi ke sesuatu destinasi. Sebab itu moto mereka, “everyone can fly”. Jika kos untuk beli tiket terlalu tinggi, pasti tak semua orang boleh terbang.

 

Dengan Air Asia ini, kalau kita bernasib baik, kita boleh dapat tiket promosi dengan harga serendah RM0! Tapi kita still kena bayar airport tax, bagasi dan sebagainya.

 

Sebagai sebuah perniagaan, ia memburu keuntungan. Tetapi sebagai manusia yang menjalankan perniagaan tersebut, mereka sebenarnya sedang memenuhi keperluan dan merealisasikan impian golongan sasaran.

 

 

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH

September 22, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Mula berniaga bagi memahami kehidupan sebagai seorang Boss

Dewasa ini, saya lihat ada banyak iklan kerja kosong, yang mempromosikan peluang merasai kehidupan sebagai seorang boss, sebagai salah satu kelebihan dan keistimewaan jika melakukan kerja tersebut.

 

Ada beberapa pekerjaan, yang saya pernah lihat, yang menggunakan pendekatan tersebut. Kerja sebagai pemandu UBER atau Grab car. Hanya disebabkan kerja ini, boleh dilakukan pada bila-bila masa, dan terpulang pada kemahuan kita, kita seolah-olah jadi bos kepada diri kita sendiri.

 

Begitu juga peluang kerja sebagai property agent. Saya banyak lihat, iklan kerja kosong untuk pekerjaan seperti ini diiklankan dalam bentuk yang lebih kurang sama. Orang yang jadi property agent ini akan nikmati kehidupan yang bebas kewangan, dan sekali lagi… dapat merasai kehidupan seperti seorang boss.

 

Kalau anda lihat iklan kerja kosong bagi unit trust consultant, takaful agent dan sebagainya, ada juga yang menggunakan pendekatan yang lebih kurang sama.

 

Kerja-kerja seperti yang saya sebutkan ini, memerlukan kita mempunyai mentaliti sebagai seorang ahli perniagaan atau usahawan untuk kita dapat maju dengan lebih cepat.

 

Pekerjaan seperti itu, tak berapa sesuai untuk individu yang jenis suka menunggu kerja atau yang jenis suka siapkan kerja yang dah tersedia sahaja. Maksud saya jenis individu yang datang kerja, buat kerja, kemudian balik. Esok ulang benda yang sama.

 

Ye la… kerja ni kan ada macam-macam jenis dan ragam. Lagi satu, setiap orang kan kerjanya tak sama. Saya cukup geli gelaman bila ada yang kata ayat macam ni “kerja aku tak sama macam kerja orang lain… ko tak akan paham kerja aku macam mana…”

 

GELI.

 

Seolah-olah dia nak kata, kerja dia sajalah yang paling susah. Kerja orang lain semua senang pada dia.

car-dealer

Kerja yang memerlukan kemahiran berniaga

Bagi individu yang bekerja dalam bidang yang memerlukan kemahiran berniaga, seperti ejen insurans, jurujual kereta, property agent, mereka faham bagaimana sebenarnya kehidupan sebagai seorang boss.

 

Ianya tidaklah seindah seperti yang dipromosikan.

 

Cabarannya besar. Setiap keputusan dan tindakan adalah terpulang kepada diri sendiri. Kalau pada waktu tertentu, diri dia kurang produktif, maka terpaksalah berpuas hati dengan apa-apa hasil yang berjaya diraih.

 

Tapi for those yang kerjanya langsung tak ada kaitan dengan aktiviti membuat jualan, maka jika anda ingin tahu, macam mana rasanya kalau satu hari nanti anda jadi seorang boss, maka anda perlu cuba cari peluang untuk bergiat dalam bidang perniagaan.

 

Cubalah berniaga.

 

Jual apa-apa produk mahupun servis yang mungkin ada potensi untuk dipasarkan. Peringkat permulaan, jangan jadikan keuntungan sebagai perkara utama. Sebaliknya, kita cuba dapatkan seberapa banyak pengalaman yang boleh.

 

Kejayaan kita menguruskan perniagaan yang kecil, akan menjadi batu asas untuk kita menguruskan perniagaan yang berskala sederhana. Selepas itu, barulah kita cuba untuk mula menceburkan diri dalam bisnes yang berskala lebih besar.

 

Saya selalu perhatikan di media sosial terutamanya, ada ramai bakal usahawan yang memulakan karier dalam bidang perniagaan melalui perniagaan berunsurkan network marketing ataupun MLM.

 

Perniagaan seperti ini tiada salahnya. Malahan sesetengahnya berdaftar dengan SSM dan mempunyai lesen jualan langsung.

 

Perniagaan yang bermasalah, adalah perniagaan yang hanya berselindung disebalik nama jualan lansung dan MLM. Mereka menjual produk yang langsung tidak ada manfaat dan para peserta dikaburi dengan peluang untuk buat duit lumayan.

 

Yang penting buat duit besar.

 

Ini bukanlah satu kaedah perniagaan yang betul. Ya, kalau setakat nak buat duit memang boleh. Tetapi, kalau nak bina sebuah perniagaan yang mapan dan berdaya saing, itu bukan caranya.

 

Saya tak nafikan, ada yang berjaya kaut untung sampai berpuluh ribu walaupun baru setahun dua buat MLM. Tetapi, adakah pendapatan itu boleh berterusan? Setelah anda menjanjikan bulan bintang kepada downline, mereka pun sertai pasukan anda.

 

Apa akan berlaku seterusnya kalau downline anda tak berjaya buat duit, tetapi anda pula yang makin kaya! Adakah anda fikir kesemua downline ini akan terus mempercayai anda, jika anda ada peluang buat duit yang seumpama dengannya di masa akan datang?

 

Sudah tentu tidak.

 

Anda perlu terus mencari downline yang baru. Pendapatan anda adalah bergantung kepada berapa cekap anda mendapatkan downline yang baru.

 

Sekali lagi saya tegaskan, ini bukan cara yang baik untuk bina perniagaan. Kalau setakat nak buat duit cepat, memang cara ini terbukti ada yang berjaya. Tapi, apa kosnya?

 

Jangan nanti, sampai akhir hayat, orang label anda sebagai individu yang langsung tak boleh dipercayai, dan lebih buruk lagi… kaki scammer.

 

Biarlah sesuatu perniagaan yang kita mulakan itu nampak kecil dan tak berapa glamor.

bisnes-shopee

Misalnya jual barangan fizikal atau aksesori di laman web Shopee misalnya.

 

Memang langsung tak nampak glamour. Anda tidak ada premis perniagaan, tidak ada pejabat, dan tidak ada staf. Tapi, jangan sangka aktiviti jualan seperti ini tidak mampu berikan pendapatan yang membanggakan.

 

Ia mungkin lebih baik berbanding anda buka kedai runcit di kampung.

 

Ketahuilah, walau sehebat manapun kerja yang kita ada sekarang ini, satu hari nanti kita akan tetap tinggalkan kerja tersebut. Sama ada berhenti secara rela, atau terpaksa berhenti. Namun demikian, jika pada ketika itu, kita ada perniagaan kita sendiri, setidak-tidaknya pendapatan kita tidaklah terus terhenti.

 

Jom, kita cuba biasakan diri dengan alam perniagaan, dan latih diri untuk melalui kehidupan sebagai seorang BOSS!

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: bagaimana jadi boss yang baik, jadi boss, pengalaman jadi boss

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • …
  • 81
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Pakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta Merta
    Pakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta Merta
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Beli Smart Tag Touch N Go secara online lebih mudah dan murah
    Beli Smart Tag Touch N Go secara online lebih mudah dan murah
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2019 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut