Program latihan untuk bekerja dari rumah yang dipelopori oleh syarikat Kliks Solution memang tak asing lagi buat para pencari peluang pendapatan tambahan di internet.
Adakah ianya suatu yang mustahil untuk bekerja hanya dari rumah? Atau sebenarnya ia memang boleh dilakukan, cuma kita je yang tak tau macam mana nak jadikan ia sebagai suatu realiti.
Saya adalah salah seorang yang dah join program Jobdirumah.
Saya masih ingat lagi, waktu tu saya juga amat berbelah bahagi sama ada nak join ataupun tidak. Yuran penyertaan sebanyak RM50 bukannya suatu yang kecil. Saya pun bukannya jenis yang ada banyak duit sangat.
Namun apa yang saya buat, saya cuba fahamkan betul-betul apa sebenarnya yang ditawarkan oleh pihak jobdirumah. Saya tak mau terpengaruh dengan gimik marketing semata-mata. Saya tak nak duit yang saya ada yang saya perolehi dengan susah payahnya terbazir untuk bayar perkara-perkara yang saya tak perlukan.
Kemudian dari kefahaman saya, saya dapat tahu yang pihak jobdirumah menyediakan manual dan tutorial bagaimana nak jadi seorang freelancer yang boleh bekerja hanya dari rumah.
Kat mana nak mohon pekerjaan?
Satu perkara yang anda perlu tahu ialah, laman web jobdirumah tidak menyediakan peluang pekerjaan. Sebaliknya, peluang-peluang pekerjaan adalah disediakan oleh sebuah laman web lain yang memang terkenal menjadi tumpuan para freelancer dari seluruh dunia untuk mohon pekerjaan.
Sebagai contoh, salah satu laman web yang menjadi lubuk peluang pekerjaan hanya dari rumah ialah laman web freelancer.com seperti dibawah
Anda boleh cuba buka laman web tersebut. Untuk orang yang baru nak bermula, anda perlu klik pada sign up terlebih dahulu untuk buka akaun. Di peringkat ini, ada dua pilihan untuk anda, iaitu
I Want to Hire
Pilihan ini jika anda ingin mengupah freelancer untuk buat kerja-kerja tertentu untuk anda.
I want to work
Bagi mereka yang minat nak buat kerja, atau dengan kata lainnya, berminat untuk jadi pekerja sambilan atau freelancer dari rumah, maka pilihan paling tepat untuk anda ialah “I Want to Work” ini.
Pada dasarnya, manual dan tutorial yang dimuatkan dalam Panduan Jobdirumah akan menerangkan bagaimana anda boleh lalui proses permohonan kerja dari mula, hinggalah sampai anda berjaya dapat pekerjaan.
Terus terang saya katakan, jika anda merupakan seorang yang mempunyai banyak masa, anda boleh buat bacaan sendiri. Anda boleh baca sendiri apa yang dimuatkan di laman web freelancer.com
Anda juga boleh lihat sendiri bagaimana ahli-ahli lain yang berdaftar di freelancer.com menyediakan resume mereka. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah perlu tiru sahaja.
Walaubagaimanapun, saya dapati, sooner or later, at some part, kita akan tetap perlukan bantuan lebih-lebih lagi bila kita ada pertanyaan yang khusus yang kita sendiri tak tau nak tanyakan pada siapa. Maka kat sinilah pentingnya ada Panduan Jobdirumah ni.
Apa pun, saya puas hati sebab sebelum pernah beli panduan ni.
Saya pun pernah jugak lalui pengalaman bid project di laman web pekerjaan. Memang agak sukar nak dapat, sebab persaingan juga sangat sengit. Bayangkan lah… untuk satu projek, bukan kita seorang je yang minat nak jadi pekerja. Namun tak perlu risau, sebabnya peluang pekerjaan sangatlah banyak dan ia pelbagai.
Kita beruntung sebab bayaran dibuat dalam matawang USD. Jadi kita boleh nikmatik kadar tukaran matawang yang agak tinggi. Pada waktu catatan ni saya tulis, 1USD adalah bersamaan dengan RM4.00++
Jadi, kalau kita dibayar USD25 sahaja pun masih lagi agak tinggi jika kita convert kepada matawang negara kita.
Baiklah, namun dalam banyak-banyak peluang pekerjaan, saya paling selesa jalankan program affiliate jobdirumah. Ini bayaran yang saya terima hari ini.
Ini adalah komisyen affiliate bagi program affiliate yang dianjurkan oleh pihak Jobdirumah. Syukur Alhamdulillah, Allah sahaja yang tahu betapa bermaknanya bayaran komisyen ni kepada saya.
Apa pun, sama ada anda akan buat duit dengan program affiliate ataupun akan buat duit dengan cara menjadi pekerja sambilan dari rumah, semuanya bermula dengan anda dapatkan dulu panduan Jobdirumah ini.
Kemudian dari situ, barulah anda tentukan mana satu cabang buat duit yang anda nak fokuskan.
Saya dapati, saya lebih selesa buat duit dengan program affiliate. Mungkin anda berbeza. Mungkin anda lebih cenderung untuk bekerja sama ada sebagai seorang penterjemah, tukang taip dan sebagainya.
Anda masih tak pasti sama ada tawaran ini sesuai untuk anda?
Saya tak akan bazirkan masa anda dengan cuba untuk menyakinkan anda bahawa ini adalah tawaran terbaik untuk anda. Saya tak akan buat begitu. Sebab bagi saya, proses buat keputusan sepatutnya 100% terpulang pada anda.
Saya cuma boleh katakan, bila saya fokus pada jobdirumah, boleh kata hampir setiap bulan saya akan dapat bayaran komisyen. Jumlahnya sahaja yang berbeza. Ada kala banyak ada kala sedikit.
Saya tak akan kata yang anda akan dapat result yang sama. Tidak. Setiap apa yang bakal anda perolehi, itu terpulang pada sejauh mana usaha yang anda berikan. Jika usaha anda banyak, maka In Shaa Allah, banyak juga la yang boleh anda hasilkan.
Apa pun, tawaran masih terbuka. Kalau anda masih minat nak dapatkan panduan ni, boleh dapatkan kat sini. Ataupun, jika anda minat nak baca review penuh saya mengenai program ini, boleh baca kat laman web saya yang satu lagi.
Baca: Jobdirumah: Review Program Latihan Bekerja Dari Rumah (Lengkap & Komprehensif)