Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

October 7, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Bagaimana cara buat duit dengan Program Referral Involve Asia?

Saya pernah cerita tentang program referral yang dianjurkan oleh Involve Asia beberapa kali dalam blog-blog yang saya tulis.

 

Kali ini saya nak tunjukkan pula, bukti bahawa program ini memang benar-benar membayar ahlinya. Kat bawah ni adalah screenshot pembayaran yang saya terima dari pihak Involve Asia.

buat-duit-involve-asia

 

Kalau selama ni saya asyik bercerita tentang kehebatan dan betapa bagusnya program referral ini, jadi kali ini saya nak tunjukkan pula bukti pembayaran yang saya terima.

 

Bagi saya, sebelum nak promosikan apa-apa program kepada orang lain, saya sendiri perlu cuba dulu dan buktikan yang sememangnya saya boleh buat duit dari program tu. Bukan itu sahaja, saya juga perlu buktikan yang bayaran yang dijanjikan itu nanti betul-betul dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

 

Jadi, ini adalah bayaran komisen pertama yang saya perolehi dari Involve Asia. Jumlahnya adalah sebanyak RM110.

 

Komisen ini adalah komisen referral. Maksudnya, untuk memperolehi komisen ini, saya perlu mengajak orang ramai untuk menjadi ejen affiliate yang mempromosikan produk-produk yang dijual menerusi platform affiliate Involve Asia.

 

Ada banyak produk yang berkualiti tinggi yang boleh dipromosikan yang terdapat pada platform Involve Asia ini sebenarnya. Antara yang memang popular dan menjadi pilihan ialah produk-produk yang dijual di laman web Lazada Malaysia, Zalora, dan banyak lagi.

karnival-barangan-bayi

 

Untuk meraih komisen referral, anda tak perlu buat sebarang jualan.

 

Apa yang perlu dilakukan ialah promosikan link affiliate anda dan ajak orang ramai untuk join sebagai affiliate juga. Setiap orang yang join, anda akan dibayar sebanyak RM5.00

 

Ini bermakna, lagi banyak yang minat nak join program Involve Asia sebagai affiliate, bermakna lagi besarlah pendapatan yang bakal dihasilkan.

Baca juga: Cara MUDAH buat duit dengan Involve Asia? 

 

Berikut ini pula adalah penerangan bergambar yang menerangkan secara ringkas bagaimana sebenarnya cara anda akan dibayar dengan menyertai program ini.

program-involve-asia

 

Menerusi program referral ini hanyalah salah satu cabang sahaja untuk buat duit dengan Involve Asia. Sebenarnya, pada pandangan saya, kita boleh hasilkan pendapatan yang lebih lumayan dengan membuat jualan sebagai ejen affiliate.

 

Anda pilih sahaja apa jenis produk yang anda gemari.

 

Sama ada nak jual pakaian, minyak wangi, tudung, pakej pelancongan, pelan insurans, bilik hotel dan sebagainya. Semuanya ada di Involve Asia.

 

Bagaimana nak sertai?

Mudah sahaja. Anda hanya perlu lakukan pendaftaran secara PERCUMA sahaja di muka surat ini. Isikan semua maklumat yang diperlukan.

 

Setelah permohonan anda diterima, anda akan diberi akses untuk melayari member area, dan disitu anda boleh dapatkan ke semua link affiliate anda.

 

Anda boleh fokus untuk promosikan program referral sahaja, ataupun jika anda ingin jana pendapatan yang lebih lumayan, boleh juga fokus untuk promosikan produk-produk yang terdapat di platform Involve Asia.

 

Sebenarnya, jika anda memang tak asing dengan konsep affiliate marketing, cara buat duit dengan Involve Asia ini tidaklah jauh berbeza.

 

Apa pun, cuba dulu, cuba dengan sehabis baik dan lihat kesannya.

 

Mungkin anda perlu buat eksperimen, untuk satu tempoh masa seperti sebulan atau dua bulan mempromosikan produk-produk di Involve Asia secara aktif. Mungkin anda akan dapati, rezeki anda ada disini. Cubalah.

 

 

 

Baca juga artikel:

  • Komisen PERTAMA dari Involve Asia bagi tahun 2018Komisen PERTAMA dari Involve Asia bagi tahun 2018
  • Bukti bayaran komisen dari Involve Asia bagi bulan Julai 2017Bukti bayaran komisen dari Involve Asia bagi bulan Julai 2017
  • Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!
  • Rebut komisen lumayan dari Involve Asia walaupun tidak melakukan sebarang jualanRebut komisen lumayan dari Involve Asia walaupun tidak melakukan sebarang jualan
  • Program buat duit eRezeki dan program affiliate Involve AsiaProgram buat duit eRezeki dan program affiliate Involve Asia
  • Ganjaran mempromosikan program referral dari AirbnbGanjaran mempromosikan program referral dari Airbnb
  • Program affiliate Shopee dan bagaimana cara sertai?Program affiliate Shopee dan bagaimana cara sertai?
  • Akaun bank khusus untuk kerja freelance dan bisnes onlineAkaun bank khusus untuk kerja freelance dan bisnes online
  • Adakah anda benar-benar boleh buat duit dengan Pemasaran Affiliate?Adakah anda benar-benar boleh buat duit dengan Pemasaran Affiliate?
  • Dapat RM90 setiap bulan dari Lazada – Adakah ianya MUSTAHIL?Dapat RM90 setiap bulan dari Lazada – Adakah ianya MUSTAHIL?

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan involve asia, bukti pendapatan dengan involve asia, program referra; Involve Asia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − 7 =

Top Posts & Pages

  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Bagaimana dengan menulis membantu saya hasilkan ribuan ringgit setiap bulan
    Bagaimana dengan menulis membantu saya hasilkan ribuan ringgit setiap bulan
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Rahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memandu
    Rahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memandu

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2019 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut