Bagus ke guna sistem autoresponder emelmatik?

Dalam banyak-banyak sistem autoresponder… kenapa mesti pilih sistem autoresponder emelmatik? Apa yang istimewa sangat dengan sistem autoresponder ni, sampaikan saya sendiri gunakan sistem autoresponder ini dan bukannya jenama yang lain.

 

Adakah kehebatan sistem autoresponder emelmatik hanya terletak pada jenamanya? Atau adakah sebab-sebab lain yang masih kita belum ketahui?

autoresponder_percuma_emelmatik

Sepanjang penglibatan saya dalam bidang pemasaran secara online, saya dah cuba beberapa jenis autoresponder. Sama ada yang berbayar mahupun yang percuma, sama ada yang terkenal atau yang underground. Malahan jenis autoresponder yang perlu pasang sendiri pada hosting kita sendiri pun saya pernah cuba.

 

Konon-kononnya sebab nak jimatkan belanja. Rupa-rupanya bila pasang di hosting sendiri, saya kena “marah” dengan syarikat penyedia hosting saya. Katanya, untuk self-hosted autoresponder, saya perlu ambil pelan yang berbeza, dan bukannya guna pelan yang khusus untuk tulis blog.

 

Ah… memang patut kena marah. Pertama sebab saya tak tanya dulu dengan syarikat penyedia hosting, dan kedua, tindakan saya tu sebenarnya dah buatkan server terganggu.

 

Kalau nak murah dan nak jimat, pakailah Autoresponder Emelmatik!

Kalau dulu, saya dah jumpa emelmatik, pastilah saya akan gunakan autoresponder ini dalam kempen-kempen pemasaran saya.

 

Masalahnya, waktu tu saya masih belum jumpa autoresponder ni. Maka terpaksalah saya buat try n error terhadap beberapa autoresponder yang saya temui.

 

Autoresponder FREE. Saya kurang suka dengan autoresponder free, atas beberapa sebaba

(1) Pemilik autoresponder akan masukkan iklan-iklan mereka dalam emel yang saya hantar

(2) Pemilik autoresponder akan hantar emel promosi kepada subscriber saya

(3) Tak ada fungsi HTML untuk mencantikkan bentuk emel yang dihantar

 

Itu antara yang saya kurang gemar dengan autoresponder yang percuma. Disebabkan itu, nak atau tidak, saya terpaksa beralih kepada autoresponder berbayar.

 

Saya pernah guna Getresponse dan saya juga pernah guna Aweber. Kedua-dua autoresponder ni bagus dan ada kelebihannya. Namun, saya lebih suka guna Aweber berbanding Getresponse. Walaupun pada hakikatnya, dari segi harga, kos langganan getresponse adalah lebih murah berbanding melanggan perkhidmatan autoresponder dari Aweber.

 

Baik. Sekarang ni saya guna Emelmatik.

 

… dan saya berpuas hati. Sistem autoresponder ini mampu untuk bekerja seperti yang saya mahukan, walaupun kalau anda buat perbandingan, antara emelmatik dengan lain-lain autoresponder premium di luar sana, kelihatannya seolah-olah emelmatik ini banyak kekurangan.

 

Biar saya jelaskan satu perkara kepada anda. Walaupun anda lihat autoresponder premium seperti Aweber mempunyai pelbagai fungsi yang mungkin tak ada pada autoresponder emelmatik, namun anda jangan bertindak terburu-buru.

 

Sebaliknya tanyakan pada diri. Adakah anda akan gunakan kelebihan-kelebihan tersebut, ataupun sebenarnya kelebihan tersebut anda tak akan sentuh pun? Anda akan bayar lebih daripada apa yang sepatutnya jika anda tak guna ataupun tak tau guna fungsi lain yang didatangkan bersama dengan autoresponder yang anda langgan.

 

Pada saya, guna autoresponder emelmatik ini sudah lebih memadai. Ia dah cukup bagus untuk lakukan apa yang saya perlukan dalam sistem autoresponder.

 

Jika anda masih belum gunakan sistem autoresponder ini dalam kempen pemasaran anda, sekarang adalah masanya untuk anda berbuat demikian.

 

Gunakanlah sistem autoresponder ini selama setahun secara percuma. Daftar akaun anda disini.

 

 

,

No comments yet.

Leave a Reply

two + 5 =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes

%d bloggers like this: