Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

March 6, 2019 by Sabree Hussin 3 Comments

Hidup bebas tanpa hutang dengan teknik Jom Bebas Hutang

Hidup bebas tanpa hutang.

 

Ada ke manusia yang tak berhutang pada zaman ini? Ya, mungkin ada. Cuma jumlahnya pastinya tak seramai kalau nak dibandingkan dengan mereka yang ada hutang.

 

Macam mana cara nak keluar dari belenggu hutang? Jawapannya cuma ada satu.

 

BAYAR HUTANG.

Sama ada anda bayar gunakan duit anda sendiri, ataupun orang lain yang akan tolong bayarkan untuk anda. Selagi hutang belum dibayar, selagi itu anda akan dianggap sebagai individu yang berhutang.

 

Kalau anda baca buku yang ditulis oleh Robet Kiyosaki, dalam dunia ini terdapat dua jenis hutang. Hutang yang baik (good debt) dan juga hutang yang tak baik (bad debt).

 

Hutang yang baik, apabila diambil akan membuat anda jadi lebih kaya dan menambahkan aliran duit masuk ke poket anda. Misalnya anda ambil pinjaman bank untuk membeli aset hartanah. Apabila anda berjaya dapat aset tersebut, anda jadikan ia sebagai hartanah sewa.

 

Kalau contoh situasi yang kerap saya jumpa ialah anda dapatkan pinjaman bank untuk beli sebuah rumah jenis apartment atau kondominium dikawasan peranginan atau tempat tumpuan pelancong.

 

Kemudian anda hias rumah tersebut dengan segala teknik dekorasi yang anda mahir dan seterusnya anda gunakan laman web Airbnb untuk iklankan tentang perkhidmatan homestay yang anda tawarkan.

 

Katakanlah dalam sebulan, anda perlu bayar kepada bank sebanyak RM1,500

Daripada sewaan yang anda lakukan melalui website Airbnb, dan lain-lain laman web tempahan, anda berjaya kutip sewa sekitar RM2,000 – RM3,000 setiap bulan.

 

Anda masih lagi mampu untuk bayar duit pinjaman bank dan dengan berbuat demikian, anda masih lagi ada baki sekitar RM500 ke RM1,500 masuk ke poket anda.

hidup-tanpa-hutang

Ini adalah contoh mudah hutang yang baik. Ia bukan sahaja memberikan duit masuk ke poket anda, malahan jika diberi masa, ia akan menjadikan anda bertambah kaya.

 

Kemudian wujud juga hutang yang tak baik.

 

Hutang yang tak baik ini adalah hutang yang menjadikan anda semakin miskin dan tak memberikan sebarang nilai tambah kepada anda.

 

Anda berhutang untuk beli kereta baru, sedangkan anda sudah ada kereta lain dalam garaj dan kereta tersebut masih lagi berfungsi dengan baik.

 

Ataupun anda berhutang untuk beli TV baru yang lebih besar, walaupun pada hakikatnya anda sudah mempunyai TV yang tidak bermasalah.

 

Sama ada hutang yang baik atau tak baik, macam mana pun kita tetap perlu cari jalan untuk bayar hutang-hutang tersebut.

 

Antara sebab kenapa begitu susah untuk keluar dari belenggu hutang, dan sukar untuk bayar hutang adalah sebab pendapatan yang kita miliki tak cukup untuk bayar hutang tersebut.

 

Mungkin kalau dari awal-awal lagi, kita sudah memiliki pendapatan yang cukup banyak, kita tak perlu susah payah nak fikir tentang berhutang.

 

Tapi kita sedia maklum, ada banyak perkara dalam dunia ini, yang mendorong kita untuk berhutang disebabkan kita nak dapatkan sesuatu perkara atau benda itu sekarang, dan bukannya pada satu waktu yang kita sendiri tak tahu bila.

 

Kita memujuk diri sendiri, setelah kita dapatkan benda ini sekarang, kehidupan aku akan bertambah baik dan selepas itu aku akan dapat pulangan yang baik. Dari situ aku akan bayar hutang ini.

 

Sebelum beli kereta baru, kita buat perancangan untuk buat grab sekali sekala untuk dapatkan pendapatan tambahan untuk bayar pinjaman kereta.

Sebelum beli rumah, kita rancang untuk jadikan rumah tersebut rumah pelaburan dan akan buat duit melalui sewa.

Sebelum buat pinjaman pelajaran, kita yakinkan diri sendiri akan bayar balik setelah dapat kerja.

Pernah tak anda terfikir, macam mana kalau situasi sebenar tak sama macam apa yang dirancangkan?

 

Bila dah dapat kereta, berlaku kemalangan dan kereta tersebut tak boleh buat grab. Atau kereta tersebut tak layak untuk program grab?

Bagaimana kalau rumah sewa anda langsung tak ada penyewa?

Macam mana kalau lepas habis belajar, anda tak berjaya dapat kerja? Kalau tak bekerja macam mana nak dapat duit nak bayar balik hutang?

 

Ilmu untuk bayar hutang itu adalah satu ilmu yang penting. Bukan semua orang ada skil dan teknik untuk bayar hutang.

 

Sebelum nak berhutang, berapa ramai yang fikirkan jalan untuk bayar hutang tersebut? Pada hari yang sama anda buat hutang, sepatutnya pada hari yang sama juga anda sudah wujudkan satu lagi sumber pendapatan khas untuk bayar hutang tersebut, just in case pendapatan dari duit gaji atau sebarang sumber yang anda ada sekarang ini tak cukup untuk bayar hutang tersebut.

 

Dr HM Tuah Iskandar ada kongsikan teknik yang beliau sendiri amalkan untuk bebas dari hutang.

Kalau selama ini, anda rasakan masalah hutang anda tersangat besar sampaikan anda dah tak tau macam mana nak selesaikan masalah hutang tersebut, bolehlah dapatkan ilmu bebas dari hutang ini dengan beliau.

 

Tak kira apa jenis hutang sekalipun, percayalah, ia pasti ada jalan penyelesaiannya. Ya, termasuk juga hutang kad kredit! Juga boleh diselesaikan menggunakan teknik ini.

 

 

Baca juga artikel:

  • Jana pendapatan dengan Program eRezeki (BUKTI)Jana pendapatan dengan Program eRezeki (BUKTI)
  • Mudahnya Buat Promosi Produk EdyClickMudahnya Buat Promosi Produk EdyClick
  • Sampai bila awak nak kerja freelancer?Sampai bila awak nak kerja freelancer?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Minat nak tau dengan lebih lanjut tentang Jobdirumah?Minat nak tau dengan lebih lanjut tentang Jobdirumah?
  • Cara nak tingkatkan jualan tanpa modal dengan Mudah.myCara nak tingkatkan jualan tanpa modal dengan Mudah.my
  • Program buat duit eRezeki dan program affiliate Involve AsiaProgram buat duit eRezeki dan program affiliate Involve Asia
  • Apa yang buatkan anda suka dengan pekerjaan anda sekarang?Apa yang buatkan anda suka dengan pekerjaan anda sekarang?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Kerja dari rumah tanpa modal 2018 yang TERBUKTI boleh buat duitKerja dari rumah tanpa modal 2018 yang TERBUKTI boleh buat duit

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: cara bebas hutang, cara selesaikan hutang, panduan bebas hutang

Trackbacks

  1. 12 Jenis artikel yang anda patut tulis untuk hasilkan pendapatan menerusi blog - Blog Sabree Hussin says:
    March 7, 2019 at 6:12 pm

    […] ada mereka ingin bebas dari masalah hutang, ingin menyelesaikan masalah kulit berjerawat, ingin tahu macam mana cara nak dapatkan tiket kapal […]

    Reply
  2. Panduan hidup bebas tanpa hutang oleh Dr HM Tuah Iskandar - Blog Sabree Hussin says:
    March 8, 2019 at 2:50 am

    […] individu yang memang ada masalah hutang dan ingin belajar cara untuk hidup bebas hutang dengan lebih awal, panduan ini memang tepat untuk anda […]

    Reply
  3. Beli tiket wayang MURAH dari GSC serendah RM5 - Sabree Hussin Dot Biz says:
    May 12, 2019 at 1:21 pm

    […] nasihat saya, jangan salah gunakan kad kredit ini. Kelak garu kepala nak bayar balik hutang pinjaman kad kredit ini […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 1 =

Top Posts & Pages

  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Pakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta Merta
    Pakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta Merta

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut