Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

December 21, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!

Anda berminat nak buat duit hanya dengan kongsi link di media sosial?

buat-duit-dengan-link

Orang yang tak ada komputer pun boleh buat duit. Guna je smartphone. Asalkan ada sambungan internet, benda ni dah boleh dilakukan. Dan ya, anda juga boleh buat duit lepas ni.

 

Mungkin persoalannya ialah, apakah program yang akan membayar anda apabila anda buat kerja-kerja share link di media sosial? Satu program yang menepati profil tersebut adalah program affiliate.

 

Namun, saya faham tak ramai yang berjaya buat duit dengan program affiliate. Kebanyakkan program affiliate yang ada di pasaran Malaysia adalah jenis yang mengamalkan konsep Pay Per Sales. Kalau ada sales, baru ada komisen. Kalau tak ada sales, jangan harap anda nak dapat sebarang bayaran.

 

Memang terdapat program affiliate jenis Pay Per Click yang anda boleh sertai. Konsep buat duit dengan cara ini adalah lebih mudah. Anda hanya perlu kongsikan link affiliate anda, dan seterusnya anda akan dibayar upah apabila terdapat seseorang yang menekan klik pada pautan atau link yang anda kongsikan.

 

Satu program affiliate Pay Per Click yang boleh saya syorkan ialah program affiliate Trivago. Kalau anda minat nak buat duit dengan cara ini, saya syorkan anda daftar secepat yang mungkin sebabnya apa yang saya perhatikan konsep affiliate pay per click ni biasanya hanya akan dijalankan untuk satu tempoh masa yang terhad. Contohnya hanya untuk setahun atau 6 bulan sahaja. Bila penganjur program dah capai jumlah klik yang dimahukan, mereka akan hentikan program tersebut.

buat-duit-dengan-trivago

Klik sini untuk daftar: Program Affiliate Trivago: Buat duit dalam niche pelancongan dan percutian

 

Sebelum anda nak syak yang benda-benda macam ni tipu je sebab hanya dijalankan untuk satu tempoh masa yang pendek, biar saya berikan anda penjelasan dan rasional disebalik semua ni.

 

Kebiasaannya syarikat yang menggunakan kaedah pengiklanan berbayar, mereka mempunyai matlamat yang spesifik. Contohnya, mereka akan bayar 60 sen untuk satu klik dengan anggapan bahawa setiap orang yang klik tu nanti akan mendaftar menjadi pengikut ataupun ahli berdaftar syarikat tersebut.

 

Katakanlah, dalam masa setahun, syarikat tu mensasarkan jumlah ahli berdaftar sebanyak 1 juta orang. Andaikan setiap orang yang klik mesti akan jadi ahli, maka kosnya adalah RM600,000 minimum.

 

Adakah bajet pengiklanan sebanyak RM600,000 ni besar? Bagi orang biasa macam saya, ianya SANGAT BESAR! Tetapi, untuk syarikat-syarikat yang berstatus multi national company ni, RM600 ribu adalah tak seberapa. Jika matawang yang mereka gunakan adalah USD, RM600 ribu baru bersamaan dengan USD134 ribu.

 

Bagi mereka jumlah tersebut adalah nothing. Kita je yang rasa ianya sangat besar.

 

Katakanlah, selepas setahun dan syarikat pun dah habiskan sejumlah wang, iaitu USD134 ribu atau lebih kurang RM600 ribu duit kita, maka matlamat iklan tu pun tercapai. Kini syarikat dah memiliki jumlah ahli berdaftar seramai 1 juta orang. Lepas ni, syarikat dah tak perlu belanja besar untuk pengiklanan lagi.

 

Untuk iklankan produk atau servis, syarikat tu tadi hanya perlu hubungi ahli-ahli yang berdaftar seramai sejuta orang tu sahaja dah cukup. Inilah yang dinamakan sebagai sistem pemasaran database.

 

Kaedah pemasaran seperti ini memang power, cuma peliknya tak ramai yang buat pulak. Masih lagi duk promote kat FB, kat group FB dan sebagainya. Kita mungkin tak akan dapat sejuta ahli berdaftar dalam masa yang singkat namun kalau buat sedikit demi sedikit lama kelamaan akan capai juga jumlah tersebut.

share-link-buat-duit

Ok tadi tu cuma pengenalan. Kalau anda rasa pening dan kurang faham, tak apa. Take it slowly. Sebenarnya ada satu lagi konsep dan kaedah buat duit hanya dengan share link yang saya nak kongsikan dengan anda.

 

Ianya adalah menerusi program pengiklanan Lynk.MY

 

Klik pada pautan berwarna biru diatas untuk daftar sebagai publisher sekarang juga. Kalau anda perasan, saya banyak bercerita tentang program pengiklanan untuk buat duit online. Tau tak kenapa?

 

Sebabnya ada banyak syarikat-syarikat dan perniagaan kat luar sana yang sangat bergantung kepada aktiviti pengiklanan untuk mendapatkan jualan. BANYAK. Kita tengok sahaja contoh KFC, Mc Donald, Coca Cola dan banyak lagi. Mereka ni walaupun syarikat dah besar dan well known, namun sampai sekarang mereka masih lagi mengiklankan produk mereka.

 

Ianya juga adalah promosi dan iklan BERBAYAR. Bukannya percuma. Lazimnya hanya syarikat-syarikat pengiklan besar dan ternama sahaja yang ada peluang untuk siarkan iklan-iklan mereka. Tapi kini, kita juga ada peluang untuk dapatkan sedikit manfaat daripada bajet pengiklanan mereka.

 

Dalam situasi Lynk.MY, rata-rata pengiklanan adalah syarikat-syarikat kecil. Tak kiralah syarikat besar ataupun kecil, semua perniagaan perlu diiklankan.

 

Bagaimana cara buat duit dengan Lynk.MY?

1. Daftar sebagai publisher menerusi pautan ini.

Klik: http://sabreehussin.biz/daftar-lynkMY

 

2. Bila pendaftaran dah disahkan, masuk ke member area. Klik ke bahagian Create Lynk. Pastikan waktu ni anda sudah log in.

cara-buat-duit-dengan-lynk

Gantikan link dari google dengan sebarang link. Ya, apa-apa sahaja link. Bak kata pemilik Panduan Buat Duit Dengan Video, kita sebenarnya boleh buat duit berganda-ganda dengan Lynk.MY ni.

 

Contoh buat duit dengan Lynk.MY 1 – cara straight to the point

Anda masukkan je apa-apa link, kemudian anda share dekat FB. Mungkin link yang anda nak masukkan tu ialah link profile FB anda sendiri. Kemudian anda hubungi kawan-kawan yang belum pernah add anda di FB dan suruh dia add anda. Jangan bagi direct link, sebaliknya bagi link yang telah anda hasilkan di lynk.my

 

Bila kawan anda klik link tersebut, dia akan tengok iklan dulu untuk lima saat, lepas tu baru akan buka page profile fb anda.

 

Contoh buat duit dengan Lynk.MY 2 – Double income 

Anda masukkan link affiliate anda. Contohnya link affiliate dari Lazada. Kemudian suruh orang klik link tersebut. Anda akan dapat dua pendapatan. Pertama dari Lynk.MY dan kedua dari Lazada, dengan syarat orang yang klik tu buat pembelian lah.

 

Contoh lain? Entah… dua ni je yang saya terfikir buat masa ni. Tapi kalau anda rujuk panduan ni, mungkin ada banyak lagi teknik yang anda boleh lakukan.

 

Baik, itu je yang saya nak kongsi buat masa ni. Kalau saya ada info tambahan, In Shaa Allah saya akan kongsikan lagi di lain masa. Jadi, tunggu apa lagi? Silalah daftar akaun percuma anda di laman web Lynk.MY sekarang.

 

 

Baca juga artikel:

  • Syarikat yang membayar untuk share linkSyarikat yang membayar untuk share link
  • Punca sebenar kenapa gagal jana sebarang pendapatan dari Program AffiliatePunca sebenar kenapa gagal jana sebarang pendapatan dari Program Affiliate
  • Sebulan Maksimum Dua Produk Berkaitan SahajaSebulan Maksimum Dua Produk Berkaitan Sahaja
  • Cara senang nak shopping barang dari China?Cara senang nak shopping barang dari China?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original MurahTempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kerja dari rumah tanpa modal 2018 yang TERBUKTI boleh buat duitKerja dari rumah tanpa modal 2018 yang TERBUKTI boleh buat duit
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan andaContoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Ebook Rahsia Taobao – 5 Sebab kenapa ebook ini BESTSELLER di klikjerEbook Rahsia Taobao – 5 Sebab kenapa ebook ini BESTSELLER di klikjer
  • Filem Step Up All In, Internet berkelajuan tinggi, dan bagaimana ia mempengaruhi pendapatan anda?Filem Step Up All In, Internet berkelajuan tinggi, dan bagaimana ia mempengaruhi pendapatan anda?
  • Macam mana cara nak hasilkan iklan yang berkesan?Macam mana cara nak hasilkan iklan yang berkesan?

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan kongsi link, buat duit dengan link, share link dapat duit

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two + five =

Top Posts & Pages

  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Pakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta Merta
    Pakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta Merta
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?
    Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut