Berapa kos untuk memiliki pendapatan pasif?

Sekurang-kurangnya ada tiga jenis pendapatan yang berbeza kat dalam dunia ni. Saya akan ceritakan satu per satu.

 

Pertama, pendapatan aktif (Active Income)

Ini adalah pendapatan yang kita perolehi hasil daripada pekerjaan yang kita lakukan. Kerja sehari, dan kita akan dibayar untuk sehari kita bekerja. Bekerja untuk sebulan, dan seterusnya kita akan dapat sebulan gaji.

 

Senang cerita, ada kerja maka ada gaji. Bila kita stop bekerja, maka akan terhentilah pendapatan kita. Contoh pendapatan aktif ialah pendapatan daripada kerja-kerja seharian kita. Sama ada sebagai guru, mekanik, jurutera dan sebagainya.

 

Pendapatan Port-Folio (Portfolio income)

Pendapatan ini terhasil daripada pelaburan yang kita buat. Sebagai contoh, anda ada melabur di ASB. Setiap tahun, pihak ASB akan mengumumkan dividen tertentu sebagai pulangan kepada perlaburan anda. Dividen inilah yang dikatakan termasuk dalam port-folio income.

 

Pendapatan Pasif (Passive Income)

Kita buat kerja sekali sahaja, kemudian kita akan dapat income berkali-kali. Saya ambil contoh seorang penulis buku. Beliau hanya perlu menulis sekali sahaja dan seterusnya apabila buku-bukunya berjaya dijual, dia akan menerima pendapatan dalam bentuk royalti.

 

Royalti inilah yang kita boleh anggap sebagai pendapatan pasif.

 

Memandangkan tubuh badan manusia ni ada hadnya, dan makin lama kita bukannya akan jadi makin muda, maka langkah terbaik untuk jana pendapatan ialah dengan mempelbagaikan bentuk pendapatan yang kita perolehi. Kena campur-campur, dari yang pendapatan aktif, pendapatan pasif dan pendapatan daripada perlaburan.

 

Akan tetapi, daripada ketiga-tiga jenis pendapatan yang disebutkan ni, mana satu sebenarnya yang paling menarik?

 

Memanglah kalau diikutkan semuanya menarik. Setiap satu ada keunikkannya yang tersendiri.

 

Sebagai contoh, kalau anda memang ada modal yang besar, anda pasti tak ada masalah nak fokus pada pendapatan dari portfolio perlaburan. Setakat nak beli 200,000 unit saham ASB, apa ada hal. Ye tak? Almaklumlah, memang ada kekuatan modal. Ini lagi mudah. Letak duit kemudian tinggal. Modal pun terjamin.

 

Pendapatan aktif pula… kalau ikut situasi dan persekitaran di Malaysia, saya percaya setiap orang ada pekerjaan sendiri. Bezanya sama ada gajinya besar atau kecil, ia bergantung juga kepada kemampuan seseorang itu menggalas jawatan dalam posisi tertentu.

 

Bagaimana pula halnya dengan pendapatan pasif?

 

Baiklah inilah yang saya teringin nak bincangkan. Sebenarnya kisah dia begini. Berdekatan dengan tempat saya tinggal, iaitu di Sungai Besi, setiap rabu akan ada pasar malam. Kat sini pula saya perhatikan ada seorang brader ni yang jual simkad ONEXOX.

 

Dari seminggu ke seminggu, saya perhatikan ramai juga yang beli simkad dari brader ni. Almaklumlah, simkad ONEXOX ni pun bukannya mahal sangat pun. Sekeping simkad baru RM10. Kalau ada yang minat nak jadi sub-dealer, modalnya pun murah je. RM90 dah boleh jadi sub-dealer.

 

Dengan RM90 itu tadi, anda akan diberikan dengan 6 keping simkad. Satu simkad untuk kegunaan anda sendiri, manakala selebihnya 5 simkad tu anda boleh jual kat orang lain dengan harga RM10. In fact, kalau anda nak beri percuma kat ahli keluarga pun boleh. Tak ada masalah.

 

Apa kaitan antara simkad ONEXOX dengan topik nak memiliki pendapatan pasif ni?

Mestilah ada kaitan

 

Tahukah anda, yang anda sebenarnya boleh memiliki pendapatan pasif anda sendiri dengan menjadi pengguna simkad ONEXOX. Anda tahu tak berapa kosnya untuk jadi pengguna simkad ONEXOX ni?

 

RM10 sahaja!

 

Serius murah, setuju? Dengan kos serendah ini, anda dah boleh wujudkan sistem pendapatan pasif anda sendiri. Jika anda ingin hasil yang lebih baik lagi, tambahkan RM80 sahaja lagi untuk anda jadi subdealer bagi syarikat Telekomunikasi ONEXOX ni.

join_onexox

Satu perkara yang best bakal menanti anda ialah, team saya telah pun sediakan satu sistem khas untuk bantu anda dalam perniagaan ini. Ya… satu sistem yang memang canggih khusus untuk bantu anda buat promosi perniagaan ini secara online sahaja.

 

Bila buat online, potensi pendapatan dan prospek yang anda perolehi tak terhad hanya pada satu-satu kawasan semata-mata. Anda boleh dapat pelanggan dari seluruh pelusuk tanah air tak kira walau dimana mereka berada. Ditambah pula dengan sistem Onexoxcenter.com ini yang dilengkapi dengan fungsi autodownline, sudah tentu ia bakal memudahkan lagi kerja-kerja pemasaran dan promosi anda kelak.

 

Apabila seluruh ahli pasukan anda bekerja, semua orang akan dapat manfaatnya. Jika anda dapat upline yang aktif, anda juga akan dapat manfaat dari segi limpahan downline, yang kita namakan sebagai downline spillover.

 

Anda merasakan RM90 terlalu besar untuk anda?

Tak usah risau. Anda masih boleh bina pendapatan pasif dengan onexox.

program_onexox

 

Jadi pengguna ONEXOX dengan modal RM10 sahaja, kemudian anda buatlah Program User Get User ni.

 

Setiap kali pelanggan yang anda perkenalkan tu tadi topup, anda akan dapat komisyen sebanyak 6% daripada nilai topup pelanggan tu tadi. Sampai bila anda akan dapat? Jawapannya ialah anda akan dapat sampai bila-bila. Selagi pelanggan tu masih lagi buat tambah nilai dan masih lagi guna simkad Onexox yang anda perkenalkan tu tadi.

 

Baiklah, sekarang ni semua orang boleh bina pendapatan pasif.

 

Tak mampu yang mahal, ada alternatif untuk bina pendapatan pasif dengan kos yang paling murah. Apa pun, usaha yang anda laburkan, ianya bukan untuk orang lain… untuk diri anda juga.

 

 

,

No comments yet.

Leave a Reply

five + 7 =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes