Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

July 13, 2016 by Sabree Hussin 1 Comment

Berapa lama nak ambik cuti raya ni…

Saya cukup CEMBURU dengan geng-geng yang mampu ambik cuti lama-lama masa hari raya. Biasanya orang yang ambik cuti panjang ni ialah orang yang bukak kedai makan. Ada sesetengah tempat, mereka bercuti start dari 1 Ramadhan sampai la 30 syawal. Ambik ko… sampai 60 hari dia cuti!

 

Hebat ke tak hebat?

 

Bisnes kedai makan mungkin akan sedikit terjejas sewaktu bulan puasa. Apa tak nya, waktu siang mana ada orang datang makan. Jadi nak tak nak mereka perlu buat sesuatu untuk selamatkan sumber pendapatan mereka. Ada sesetengah tempat, para pengusaha kedai makan akan ubah waktu urusniaga. Bukak start jam 5.00 petang sampailah pukul 6.00 pagi.

 

Jadi orang ramai boleh bukak puasa kat kedai ni, dan kalau ada yang nak bersahur pun boleh. Walaupun begitu, tak semua bisnes kedai makan akan ubah waktu perniagaan sampai macam ni sekali. Iye la… bukan semua pekerja sanggup nak tukar waktu bekerja macam ni. Melainkan kalau bisnes famili, mungkin ada la yang sanggup nak ubah waktu bekerja.

 

Pada pendapat saya, dan pendapat ni juga berdasarkan pada pemerhatian yang saya sendiri lakukan, ada banyak juga pengusaha kedai makan, yang bila tiba bulan puasa akan tutup kedai selama sebulan. Dalam tempoh tu, mereka ni akan berniaga di bazar-bazar ramadhan. Mungkin jual roti john, mee sup, ayam golek, kambing panggang dan mungkin ada juga yang jual air dalam balang. Jangan tak tau, bisnes air balang juga boleh memberikan keuntungan yang sangat lumayan tau apabila kita ambil kira modal yang diperlukan adalah rendah.

air-balang

 

Ada ke orang yang kerja makan gaji boleh ambik cuti sampai 60 hari terus menerus? Saya tak pernah dengar lagi. Mungkin ada, mungkin tak ada.

 

Tapi kalau orang yang bekerja sendiri, ataupun orang yang berniaga, ini bukan satu perkara yang pelik. Memang ramai orang yang meniaga yang ambik cuti panjang sempena bulan puasa dan juga hari raya. Macam yang saya kata tadi tu la, sampai 60 hari ambik cuti.

 

Yang susahnya ialah pelanggan-pelanggan macam saya ni la. Adeh… tempat favorite nak makan dah tak ada. Terpaksalah makan kat tempat lain dulu sementara tunggu pengusaha kedai makan habis cuti raya.

 

 

Apa pun, bila di fikir-fikirkan semula, memang patut juga pengusaha kedai makan ni ambik cuti yang panjang bila tiba musim perayaan. Mereka ni pada hari-hari biasa, mana ada ambik cuti. Kerja setiap hari. Waktu orang lain cuti, dia tak bercuti. Tetap buka kedai makan yang mereka usahakan tu. Walaupun pada hari cuti umum, tak ramai yang datang makan kat kedai mereka.

 

Mungkin… benda ni memang dah termasuk dalam perancangan dan memang dah ada dalam business plan masing-masing.

rancangan-perniagaan

Sebelum-sebelum ni, mungkin pemilik kedai makan ni dah pun buat unjuran dan perancangan selama setahun. Ok dalam setahun ada 365 hari. Kedai akan dibuka selama 305 hari sahaja. Bakinya yang lagi 60 hari tu, akan bercuti.

 

Cuti tu pula jatuh pada bulan ramadhan dan bulan syawal.

 

Walaupun bercuti, namun tak bermakna duit dah tak masuk. Pada waktu ini, mungkin mereka ubah strategi perniagaan. Tutup kedai makan, tetapi bukak gerai di bazar pulak.

 

Sebab tu orang kata, kalau nak buka sebarang perniagaan, kena ada kertas kerja perniagaan. Tak cantik tak apa. Janji kita faham dan kita boleh ikut perancangan selama setahun yang kita dah draf dari awal-awal tahun dulu.

 

Contoh kertas kerja untuk bisnes kedai makan atau restoran pun ada. Anda boleh muat turun kat sini kalau berminat. Bila dah ada perancangan yang jelas, nak ambik cuti panjang pun tak ada masalah.

 

Apa yang penting, operasi selama 10 bulan tu, pendapatannya boleh cover untuk kos sara hidup selama setahun. Ah… kalau bisnes kedai makan, benda ni bukannya perkara yang mustahil. Lebih-lebih lagi kalau memang dah terbukti makanan kat tempat dia tu sedap dan kedai sentiasa penuh dengan pengunjung.

 

 

Ini salah satu sebab kenapa saya sangat berkeyakinan dalam bidang perniagaan berbanding alam pekerjaan. Tak apa, mula dengan berniaga kecil-kecilan dulu pun tak apa. Janji ada perniagaan. Daripada tunggu dan terus menunggu, akhirnya apa pun tak ada. Sedar-sedar kita dah makin tua, dan makin tak bertenaga nak mulakan bisnes kita sendiri.

 

Buat mereka yang masih bercuti sempena hari raya, tahniah saya ucapkan! Anda memang hebat!

 

 

Baca juga artikel:

  • Cara buat duit dengan Valued OpinionsCara buat duit dengan Valued Opinions
  • Kelebihan bekerja sendiri yang orang lain tak mungkin akan dapat rasaiKelebihan bekerja sendiri yang orang lain tak mungkin akan dapat rasai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Rose Face Serum Zeeta – Kat mana boleh dapatkan Rose Face Serum ini?Rose Face Serum Zeeta – Kat mana boleh dapatkan Rose Face Serum ini?
  • 20 Sebab Praktikal manusia menulis dan kenapa anda juga patut jadi penulis20 Sebab Praktikal manusia menulis dan kenapa anda juga patut jadi penulis
  • Percutian percuma ditanggung sepenuhnya bukanlah satu mitos dengan teknik iniPercutian percuma ditanggung sepenuhnya bukanlah satu mitos dengan teknik ini
  • Strategi buat jualan PANTAS dengan kaedah pemasaran emelStrategi buat jualan PANTAS dengan kaedah pemasaran emel
  • Mudahnya Buat Promosi Produk EdyClickMudahnya Buat Promosi Produk EdyClick
  • Pendapatan yang diterima oleh ahli Adhance bagi bulan Oktober 2017Pendapatan yang diterima oleh ahli Adhance bagi bulan Oktober 2017
  • Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumahKelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah

Filed Under: Personal Tagged With: contoh kertas kerja bisnes restoran, pengusaha kedai makan

Trackbacks

  1. Bisnes kedai makan milik orang Melayu memang akan cuti dua bulan ke? - Sabree Hussin Dot Biz says:
    June 25, 2018 at 3:14 pm

    […] Baca juga: Berapa lama nak ambik cuti raya ni… […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 1 =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan
    Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
    Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut