Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

November 1, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Bersegeralah apabila ingin melakukan kebaikkan

Satu pagi, ketika anda sedang duduk termenung selepas siap bersarapan pagi, tiba-tiba ada rasa nak buat solat sunat dhuha. Alhamdulillah. Bagus tu.

 

Teruslah bangun dan bersiap sedia untuk ambil wudhu, dan terus mendirikan solat sunat dhuha tersebut. Jangan bertangguh. Sebabnya bila anda dah mula bertangguh, nanti dengan tak semena-mena, ada je benda lain nak kena buat sampai buatkan anda terlupa, yang awal-awal tadi anda nak solat sunat.

 

Begitu juga halnya ketika tersedar yang pada waktu tertentu, telahpun masuk waktu solat fardhu. Walaupun sesetengah waktu solat, masanya agak panjang… namun janganlah dilengah-lengahkan.

 

Sebaik-baiknya, waktu dah teringat nak solat tu, terus buat. Sudah tentu, lebih afdhal kalau solat tersebut boleh dilakukan diawal waktu, dan berjemaah di masjid ataupun surau.

 

Saya pun bukan baik sangat. Kadang-kadang lalai juga. Terutama sekali solat isya’. Mentang-mentanglah masanya agak panjang, kadang-kadang saya lambat-lambatkan ia, dengan menonton tv dulu, siapkan satu dua kerja dulu, ataupun tidur sekejap.

 

Akhirnya, lewat juga lakukan solat tersebut.

Semasa anda sedang duduk-duduk berehat depan tv pada hari cuti, anda terfikir untuk mula bisnes secara sambilan dan buat pendapatan tambahan. Ini juga bagus. Bila ada duit lebih nanti, macam-macam yang boleh dibuat.

 

Sama ada nak beli rumah, mendirikan rumah tangga, atau ingin menyumbang kepada kegiatan kebajikan dan menolong orang-orang yang dalam kesusahan.

 

Apabila dah terlintas dalam hati, nak mula berniaga, teruslah buat. Sesetengah bisnes, langsung tak perlukan modal yang mahal. Mulakan dulu bisnes secara kecil-kecilan dan seterusnya, apabila bisnes dah mula dapat pelanggan, dari situ baru mula kembangkan modal.

 

Ada macam-macam cara, yang anda boleh lakukan untuk kumpulkan modal untuk perniagaan anda. Disini ada beberapa cara yang anda boleh praktikkan.

Klik untuk baca: Bagaimana mengumpul modal untuk memulakan perniagaan pertama anda?

 

Bila berbicara soal nak buat bisnes, saya lebih suka buat bisnes secara online. Ada macam-macam bisnes yang boleh saya mulakan apabila buat secara online.

 

Jadi ejen affiliate juga adalah salah satu tindakan yang baik, untuk menjana pendapatan menerusi perniagaan. Kalau anda masih belum jadi affiliate untuk mana-mana syarikat atau program, saya cadangkan anda daftarlah program affiliate Involve Asia.

buat-duit-dengan-involve-asia

Sila klik sini untuk buat pendaftaran secara percuma sekarang.

 

Apabila dah terlintas dalam hati nak lakukan kebaikkan, bersegeralah. Bila nak buat benda baik ni, yang saya perasan la kan, mesti akan ada bisikan-bisikan halus yang akan menyuruh kita tangguhkan dulu.

 

Bila kita ikut bisikan tersebut, alamatnya tak jadilah kita nak buat benda baik tersebut. Kita beri alasan, ala… esoklah tunggu ada masa yang sesuai baru buat. Akhirnya, masa yang sesuai tu tetap tak kunjung tiba.

 

Lebih buruk lagi, kita terus terlupa nak buat benda baik tersebut. Semangat nak buat juga makin lama makin kurang… Itu sebab jangan bertangguh.

 

Bila teringat nak buat benda baik, terus buat ya. Nasihat ini, juga ditujukan buat diri ini yang menulis.

 

(Saya teringat nak tulis something yang berisi nasihat, lalu saya terus buat. Maka tercetuslah ilham untuk menulis artikel ini. Mudah-mudahan yang baca, dan yang tulis ini, dapat manfaat.)

 

 

Baca juga artikel:

  • Mengantuk Tetapi Masih Nak Terus Menulis Mengantuk Tetapi Masih Nak Terus Menulis
  • Betul ke boleh dapat duit dari Google?Betul ke boleh dapat duit dari Google?
  • Makanan kucing jenama Healthy-Catz beli secara online sahajaMakanan kucing jenama Healthy-Catz beli secara online sahaja
  • Bisnes Air Balang jadi pilihan usahawan semasa bulan puasaBisnes Air Balang jadi pilihan usahawan semasa bulan puasa
  • Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumahKelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
  • Harga cermin mata bagi masalah silauHarga cermin mata bagi masalah silau
  • Cadangan program buat duit online yang tidak menipuCadangan program buat duit online yang tidak menipu
  • Menulis di Facebook boleh buat duit ke? Ini alternatifnyaMenulis di Facebook boleh buat duit ke? Ini alternatifnya
  • Merdeka! Merdeka! Sale dari Lazada menawarkan potongan harga sehingga 80%Merdeka! Merdeka! Sale dari Lazada menawarkan potongan harga sehingga 80%
  • Senarai laman web untuk buat duit online 2021Senarai laman web untuk buat duit online 2021

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: bersegera buat bisnes yang baik, bisnes dengan modal rendah, buat bisnes yang baik, melakukan kebaikkan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × five =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
    Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in