Boleh dikatakan, setiap hari saya akan buka laman web Google. Biasanya, saya akan gunakan google untuk cari apa-apa maklumat yang saya perlukan.
Sama ada nak cari lirik lagu, nak cari info tentang homestay di Cameron Highland, ataupun nak dapatkan perkongsian pengalaman percutian di lokasi percutian yang saya belum pernah kunjungi.
Saya percaya, kalau anda nak pergi bercuti ke Sabah, dan jika ini merupakan pengalaman kali pertama anda nak pergi bercuti, anda juga pasti akan google, bagi mendapatkan serba sedikit gambaran tentang apa yang menarik yang ada di Sabah.
Selepas sekian lama menjadi pengguna perkhidmatan laman web Google, tak ada ke terlintas di fikiran anda untuk dapatkan sedikit (atau banyak) pendapatan dari Google?
Tahukah anda, yang sebenarnya kita boleh buat duit dari laman web Google? Ini bukti pendapatan yang saya telah hasilkan.
Jumlahnya adalah sebanyak USD101.77
In Shaa Allah, jika tak ada sebarang masalah, duit ini akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank saya. Ya, dalam matawang USD.
Nanti akan convert dulu kepada matawang RM, dan akan kena tolak service charge, lepas tu bakinya baru akan dibayar terus ke dalam akaun.
Macam mana Google boleh bagi kita duit?
Kalau anda bekerja dengan Google, sebagai seorang staff, saya rasa memperolehi pendapatan dari Google adalah satu perkara “biasa”.
Ada kerja, maka adalah gajinya, kan…
Tapi macam saya ni, saya tidaklah bekerja dengan google sebagai seorang staff, tetapi peranan saya lebih kepada seorang freelancer, yang memberikan tapak pengiklanan untuk pihak google menyiarkan iklan-iklan berbayar di laman web saya.
Nama program ini ialah Google Adsense.
Ini pula salah satu panduan yang anda boleh rujuk, kalau serius minat nak mengetahui dengan lebih mendalam tentang selok belok dan kaedah buat duit menerusi program adsense ni. Sila ke halaman ini untuk baca.
Program Google Adsense inilah yang membuatkan saya menceburi bidang penulisan blog. Sebelum ini, memang tak pernah terfikir langsung untuk buat duit dengan menjadi penulis.
Bila saya tahu, Google bermurah hati nak berikan duit, kepada mereka yang sertai program ini, saya terus belajar dan fahamkan, macam mana program ni berfungsi.
Macam-macam cabaran yang terpaksa dilalui. Pernah dulu, akaun kena banned dan bertahun-tahun saya terpaksa lupakan untuk buat duit dalam matawang USD macam sekarang ini.
Apa yang saya buat, saya redha, sabar dan fokus dengan senarai laman web yang tawarkan peluang buat duit ini. Ketika orang lain syok dapat buat duit dengan Google Adsense, saya cuma boleh tengok sahaja.
Alhamdulillah, saya dapat peluang kedua dan mudah-mudahan rezeki ini akan berpanjangan. Sekarang ini, saya dah tak gila nak buat duit gila-gila dengan program ini. Dulu, saya mungkin ada buat silap dan dah langgar beberapa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Google.
Peluang yang datang ini, memang saya akan gunakan dengan sebaik-baiknya.
Syarat untuk dapat bayaran dari Google ni, akaun kena capai sekurang-kurangnya USD100. Bagi sesetengah orang yang memang dah berpengalaman dengan program ni, setakat nak dapatkan USD100 sebulan tu memang senang sangat.
Tapi saya ni, kena belajar dari bawah balik. Ambik masa beberapa bulan juga nak capai amaun tu. Tak apalah, dari langsung tak ada, kan.
Harap-harap, satu hari nanti, jumlah tersebut akan makin bertambah. Boleh saya gunakan duit tu untuk langsaikan hutang-hutang yang saya ada.
Kebanyakkan hutang yang saya ada ini, adalah dalam matawang RM. Kalau saya boleh jana pendapatan dalam matawang USD, yang nilainya buat masa ini lebih kurang 4 kali ganda nilai matawang kita, In Shaa Allah, hutang-hutang yang keliling pinggang tu akan lebih cepat diselesaikan.
Doakan saya berjaya ya.
Kesian dengan orang-orang yang pernah bagi pinjam duit kat saya sebelum ini. Saya tak dapat nak bayar cepat, secepat saya meminjam masa mula-mula dulu.
Bila sebut pasal hutang ini, saya teringat kisah seorang usahawan ebay yang ada banyak hutang. Dia langsaikan hutang-hutangnya dengan berniaga di ebay. Hutang dia dalam RM, tapi disebabkan income yang dia hasilkan adalah dalam USD, maka hutang dia memang cepat settle.
Cerita penuh ada dekat sini. Dia ada ceritakan juga macam mana dia buat.
[…] mulanya saya buat blog, sebab saya nak buat duit dengan google adsense. Tak lama lepas tu, dengan tak disangka-sangka, saya kena banned dari program google adsense. Ikut […]