Bisnes air balang mempunyai potensi dan kekuatannya yang tersendiri. Setiap bisnes mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Walaupun dua orang usahawan berniaga produk yang sama, let say kedua-duanya berniaga air balang, namun belum tentu lagi kedua-duanya akan memperolehi hasil yang sama.
Saya tertarik nak bercerita tentang bisnes air balang ni selepas saya baca laman web Panduan Bisnes Air Balang ni.
Buat geng-geng usahawan dan juga bakal usahawan, bolehlah cuba-cuba terjah tengok laman web tu. Manalah tau, ada benda baru yang korang boleh belajar kat laman web tu.
Kalau cuma tengok je, bukan kena bayar apa-apa pun. Betul tak?
Membaca laman web bisnes air balang ni, buat saya teringat pada beberapa orang peniaga di tapak pasar malam di Sungai Besi. Situasinya lebih kurang sama dengan apa yang nak disampaikan oleh penulis ebook bisnes air balang ni.
Kisah penjual air balang di pasar malam. Saya tengok gerai-gerai lain yang ada kat pasar malam di Sungai Besi. Kalau yang jual mee, boleh dikatakan ada dua jenis peniaga mee. Sama ada dari jenis mee yang perlu digoreng ataupun yang dimakan secara berkuah, ataupun mi sup.
Kalau yang berniaga mee goreng, untuk menampakkan yang mee yang dijual tu memang sedap, dia kena bawak kuali yang besar dan goreng terus dekat situ. Goreng kat atas meja tu, dan bila ada pembeli yang nak beli, mee tersebut diceduk terus dari kuali. Masih panas lagi dan memang nampak sedap ditambah dengan aroma yang begitu memukau. Tapi jual mee goreng semata mungkin bukan satu idea yang baik, sebabnya selalu saya nampak, kalau yang jual mee goreng tu, mesti akan jual bihun goreng, kueteow goreng dan ada juga nasi goreng.
Kemudian, bagi peniaga mee sup pula. Situasinya tak banyak beza. Kalau ada mee sup, mesti akan dipelbagaikan lagi dengan bihun sup, bubur nasi, laksa, kuehteow sup, laksam dan macam-macam lagi hidangan yang berkaitan. Tak ada lagi yang jual semata-mata satu hidangan semata.
Dalam ramai-ramai peniaga ni, saya tertarik dengan satu gerai ni, yang mana penjualnya hanya menjual satu barang sahaja. Sejenis sahaja. Nak tau apa benda yang dijual kat gerai ni? Air balang sahaja. Bukannya banyak air balang yang dijual, sebaliknya dia cuma menjual satu jenis air dalam balang sahaja!
Air apa tu?
Air jagung. Satu cawan besar, dijual dengan harga RM2.50 sahaja. Saya dah beli dah air jagung yang dijual tu. Memang sedap. Setiap kali sedut air tu, memang terasa jagungnya. (Beli air jagung terasa jagung tu normal la, tapi kalau beli air jagung terasa macam minum air kordial… ini memang macam jilaker)
Ha… tengok sini cepat!
Rupa-rupanya dalam bab 5 panduan Bisnes Air Balang ni pun ada didedahkan resipi macam mana nak buat Jus Air Jagung yang sedap.
Walaubagaimanapun, bak kata penulis panduan ni. Kita kena be realistic. Tak salah untuk merancang dan menetapkan cita-cita yang besar untuk berjaya dalam bisnes air balang ni. Namun, kita kena berpijak di bumi yang nyata jugak.
Anda mungkin tau banyak resipi air, namun belum tentu kesemua resipi tersebut boleh membantu anda untuk menghasilkan jualan yang memberangsangkan.
Apa yang menarik saya kira dalam panduan ni ialah, penulis dedahkan bagaimana hanya dengan menjual tiga jenis air sahaja (air balang) beliau berupaya untuk kaut keuntungan sehingga RM7,000 dalam masa sebulan.
Nak belajar tips dan rahsia dia? Klik kat sini laju-laju ya.
Terus belajar dari the real usahawan. Pasti banyak yang anda boleh belajar. Kalau tanya saya, saya cuma boleh bagi teori je la bhahahaha
[…] baca juga: Bisnes Air Balang jadi pilihan usahawan semasa bulan puasa […]