Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

December 9, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Bisnes runcit tapi pelanggan peringkat Antarabangsa

Apa yang anda tahu tentang bisnes runcit?

 

Kalau merujuk kepada laman web wikipedia, istilah peruncitan di definisikan sebagai …

 

“Peruncitan ialah penjualan barang atau dagangan dari sesuatu tempat yang tetap atau menerusi pos, dalam kumpulan atau longgok yang kecil untuk penggunaan pembeli.

Tempat tetap boleh merupakan kedai serbaneka, butik, atau gerai, dengan tempat tetap itu boleh terletak di:

  1. tepi jalan kawasan kediaman;
  2. di jalan membeli-belah yang tidak mempunyai banyak atau langsung tidak mempunyai rumah kediaman yang berhampiran; atau
  3. kawasan membeli-belah.”

 

Mudahnya, bisnes runcit ini adalah apabila kita membeli stok produk secara borong atau pukal kemudian kita jual semula kepada pelanggan dalam kuantiti yang lebih kecil dengan harga yang berpatutan.

 

Biasa kalau kita beli dengan harga borong, kos barang tersebut akan jadi lebih murah kalau nak bandingkan dengan beli secara runcit atau per unit.

 

Perbezaan harga itulah yang akan menjadi untung untuk kita.

bisnes-kedai-runcit

Bisnes runcit ni, menurut pandangan saya, adalah satu bisnes yang straight forward.

 

Peringkat permulaan, kita kenalpasti terlebih dahulu apakah barangan yang menjadi keperluan bagi penduduk setempat. Sama ada barang-barang kering, barangan basah, makanan, minuman dan sebagainya.

 

Seterusnya kita beli stok barangan yang nak dijual dalam kuantiti yang banyak secara borong supaya dapat harga yang lebih rendah, kemudian jual satu per satu.

 

Kedai runcit ni, kalau kita tak letak papan tanda, yang mengatakan ia adalah kedai runcit pun orang boleh tahu… itu adalah kedai.

 

Saya juga pernah terlibat dan menjalankan bisnes kedai runcit sebelum ini. Saya pernah kongsi pengalaman saya buat bisnes kedai runcit melalui posting ini.

Baca disini: Bagaimana memulakan bisnes kedai runcit anda sendiri

 

Apa yang tak berapa best tentang bisnes kedai runcit?

Tanyalah pada mana-mana individu yang pernah bekerja ataupun pernah menjadi pemilik bisnes kedai runcit. Mereka pasti bersetuju, bisnes runcit ini juga ada yang tak berapa best.

 

Ini antara yang tak berapa best yang anda perlu tahu tentang bisnes runcit

 

Modal besar, untung kecil

Modal yang besar diperlukan untuk beli stok barangan secara borong. Bila beli secara borong, harga kos satu unit barang akan jadi lebih rendah berbanding kalau kita beli satu per satu.

 

Untung lambat diperolehi

Ini berkait rapat dengan jualan. Kita akan dapat untung apabila barang tersebut habis dijual. Sesetengah barang memang agak lambat untuk habis dijual, dan jika mengambil masa terlalu lama, ada kemungkinan barang tersebut akan rosak dan menyebabkan kerugian.

 

Pelanggan tidak mempunyai kuasa membeli yang besar

Pelanggan terpaksa membuat catuan apabila membeli belah. Kalau boleh, mereka nak cari tempat yang boleh bagi harga yang murah. Kalau kedai-kedai runcit ni, harga memang agak tinggi, jadi pelanggan yang ingin berjimat selalunya akan memilih untuk shopping di pasaraya besar yang mampu untuk berikan harga yang lebih rendah.

 

Pelanggan lebih suka shopping di pasaraya besar

Pasaraya besar, bukan sahaja boleh dapat harga yang rendah, malahan boleh juga dapat banyak pilihan. Pengusaha bisnes kedai runcit secara kecil-kecilan, kalau nak jual pelbagai barang di kedai miliknya, memang perlu ada modal yang besar.

 

Pelanggan beli sekadar cukup-cukup makan

Kadang-kadang atau kebanyakkan pelanggan yang beli barang di kedai runcit, sebab nak beli barang dalam kuantiti yang sikit. Contohnya masa dia nak masak, baru perasan yang serai habis. Jadi dia pergi ke kedai runcit dan beli la serai beberapa batang. Biasanya kita jual dengan harga RM1 untuk satu ikat.

 

Ataupun pelanggan sekadar perlukan cili api dalam 10 biji sahaja, dan harganya bila kita timbang cuma 20 sen – 50 sen sahaja.

 

Walaupun bisnes runcit ini, bukanlah bisnes yang PERFECT, namun bisnes ini tetap ada kelebihannya dan saya sendiri pernah merasa untung daripada bisnes ini.

 

Setiap masa, apabila saya menguruskan bisnes kedai runcit sebelum ini, saya selalu memikirkan cara, macam mana nak meningkatkan pendapatan dan jualan kedai.

 

Antara yang saya pertimbangkan adalah untuk jual barangan yang terdapat di kedai saya secara online. Bila boleh jual secara online, pelanggan yang saya boleh perolehi tidaklah terhad semata-mata setakat mereka yang tinggal dalam lingkungan 1 KM dari kedai saya sahaja, malahan saya boleh dapat lebih ramai pelanggan dari seluruh Malaysia, termasuk mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

 

Dulu, kalau nak jual secara online, saya hanya mengharapkan pelanggan yang berada di facebook dan mereka yang baca laman blog saya sahaja.

 

Tapi sekarang ini, kalau nak jual barangan runcit secara online, kita boleh jual melalui dua platform yang popular iaitu Lazada dan juga Shopee.

cara-jadi-seller-lazada

bisnes-shopee

Tak pandai nak buat bisnes di Lazada ataupun di Shopee? Senang je, boleh belajar menerusi panduan ini.

(1) Muat turun Panduan Bisnes Lazada disini

(2) Muat turun Panduan Bisnes Shopee disini

 

Konsep jualan melalui platform ecommerce sebenarnya tidaklah sesukar mana. Anda hanya perlu tahu cara untuk upload gambar produk, masukkan keterangan produk, dan biarkan pelanggan datang sendiri dan buat tempahan.

 

Menjual melalui Lazada dan Shopee, itu dah cukup bagus.

 

Bagaimana kalau boleh jual produk kedai runcit, hingga ke pasaran antarabangsa? Ada ke orang yang buat macam ni? Sudah tentulah ada!

 

Ini dia buktinya.

jual-ajinomoto-ebay

Jual Ajinomoto kepada pelanggan di US dengan harga RM110 untuk setiap kg. Kalau harga asal sebenarnya RM11, bila jual dengan harga RM110, agak-agak berapa untung boleh dapat tu?

 

Bukan setakat Ajinomoto je yang boleh dijual, ada macam-macam lagi produk yang boleh dijual, ok kita tengok contoh lain.

alicafe-tongkat-ali

Kopi 3 dalam 1 jenama Alicafe.

 

Kalau beli dekat pasaraya, harganya dalam RM19. Kadang-kadang boleh dapat lagi murah. Tapi kalau anda beli dalam kuantiti yang banyak secara borong sudah semestinya, boleh dapat lagi murah.

 

Dah tengok berapa harga yang dijual oleh penjual ini dekat pasaran antarabangsa? Ya, USD29.90 atau bersamaan dengan RM120.

 

Mesti ada yang nak tahu, macam mana nak jual barangan runcit ke pasaran antarabangsa, kan?

 

Kalau kita nak jual barangan secara runcit, di pasaran tempatan, kita boleh jual sahaja menggunakan platform ecommerce Lazada ataupun Shopee. Tapi, kalau anda nak jadi penjual level antarabangsa, anda kena masuk ke bidang ebay.

 

Kat luar sana, ada banyak juga panduan yang mengajar cara-cara nak buat jualan menerusi ebay, tapi hanya panduan ini sahaja yang tunjuk cara secara langkah demi langkah macam mana nak buat jualan barangan harian biasa secara runcit ke ebay.

Muat turun panduan ebay jual barangan runcit disini

 

Orang yang nak buat bisnes runcit, saya syorkan cubalah ceburi kedua-dua cara untuk jual barang. Jual melalui kedai, dan pada masa yang sama, ambik juga tempahan dari pelanggan yang membeli secara online.

 

Bukan ke lagi banyak jualan, lagi tinggi hasil yang boleh dihasilkan.

 

Bisnes anda, terpulang pada anda untuk buat keputusan!

 

 

Baca juga artikel:

  • Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerceKelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
  • Syarikat yang membayar untuk share linkSyarikat yang membayar untuk share link
  • Cara nak tingkatkan jualan tanpa modal dengan Mudah.myCara nak tingkatkan jualan tanpa modal dengan Mudah.my
  • Mengantuk Tetapi Masih Nak Terus Menulis Mengantuk Tetapi Masih Nak Terus Menulis
  • Rebut komisen lumayan dari Involve Asia walaupun tidak melakukan sebarang jualanRebut komisen lumayan dari Involve Asia walaupun tidak melakukan sebarang jualan
  • Dropship barangan cina untuk dijual semula di ebayDropship barangan cina untuk dijual semula di ebay
  • Ini dia BUKTI saya berjaya Buat Duit Dengan Mobicow!Ini dia BUKTI saya berjaya Buat Duit Dengan Mobicow!
  • Jana pendapatan sampingan dengan menyebarkan iklan kerja kosongJana pendapatan sampingan dengan menyebarkan iklan kerja kosong
  • Kenapa anda patut buat duit dengan Mobicow sekarang?Kenapa anda patut buat duit dengan Mobicow sekarang?
  • Tak setuju dengan larangan merokok di kedai makanTak setuju dengan larangan merokok di kedai makan

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: jual barang runcit ke peringkat antarabangsa, jual barang runcit secara online, jual barang secara online

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Top Posts & Pages

  • Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
    Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
    Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
    Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
  • Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
    Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in