Bincang-bincang topik borong produk dari China untuk diniagakan semula

Adakah anda pernah terfikir nak beli sebarang produk secara online dari mana-mana laman web dari China, sama ada Ali Baba, DH Gate, AliXpress ataupun Taobao?

 

Jika jawapan anda adalah YA… apa kata sebelum anda buat sebarang pembelian tu, anda baca dulu secara ringkas apa yang bakal saya kongsikan ini terlebih dahulu.

 

1. Semak laman web Lazada terlebih dahulu sebelum order apa-apa produk di laman web China 

Untuk pengetahuan anda, laman web Lazada juga ada menjual barang-barang yang di import dari Negara China.

 

Bagi saya yang memang dah beberapa kali beli barang dari Lazada, saya rasa laman web ini lebih dipercayai berbanding beli terus dari China. Kalau nasib anda bagus, anda akan dapati barang yang nak dibeli tu sebenarnya tak banyak beza dari segi harga, and the best part is, masa untuk barang tu sampai ke tangan anda selalunya lagi cepat.

 

2. Kalau pembelian kali pertama, jangan terus bayar ke seller

Saya ada tulis sebelum ni kat sini, iaitu artikel berjudul Tips membeli barang dari laman web Borong dari China dengan selamat, berkenaan dengan kaedah pembayaran, pastikan laman web yang anda nak beli barang tu ada menyediakan khidmat Secured Payment.

beli_borong_china

 

Kali pertama berurusan dengan seller dari China, kalau saya bukannya saya tak nak percayakan seller tu, cuma saya nak ambil langkah berjaga-jaga.

 

3. Minta gambar-gambar produk atau stok

Setengah seller dia tak nak bagi. Mungkin dia bukan sengaja tak nak bagi, tapi sebab dia sendiri pun tak boleh bagi.

 

Sebabnya?

 

Dia pun ejen jugak. Tak ada kilang, tak ada stok, tak ada apa-apa. Sebenarnya dia cuma ejen atau middle man sahaja. Anda buat bayaran pada dia, dia terima duit, kemudian baru dia order dari kilang. Ala… kerja ni bukannya susah sangat, cuma tolong proses order je. Dapat duit atas angin.

 

4. Servis penghantaran

Bab penghantaran produk adalah satu bab yang agak panjang. DAN IA PENTING. Susahlah nanti kalau dah beli barang tiba-tiba barang tak sampai-sampai.

 

Dari pemerhatian saya, dalam mana-mana laman web, seller akan ofer dua kaedah penghantaran. Satu jenis yang penghantaran PERCUMA, manakala satu lagi jenis yang berbayar.

 

Yang percuma ni kelemahan dia ialah, barang akan ambik masa yang sangat lama dan adakalanya sampai dekat-dekat sebulan baru sampai.

 

Manakala untuk kaedah penghantaran yang berbayar tu pulak, biasanya kos penghantaran agak mahal.

 

Sama ada nak guna yang mahal ataupun yang murah, kena pastikan anda ada kaedah untuk track apa status dan kat mana barang tersebut.

 

Again, kalau risau barang tak sampai-sampai, beli kat Lazada je la… ha ha

 

5. Orang beli dari China sebab nak MURAH dan boleh diniagakan semula

Bukan semua orang ada kemahiran dan keupayaan macam ni. Sekurang-kurangnya anda memerlukan satu kepakaran yang spesifik yang saya namakan ia sebagai pakar dan mahir untuk buat “Market Analysis”.

 

Sebagai penganalisa, anda perlu tahu, apa agaknya produk seterusnya yang anda boleh beli dari China dan jual di Malaysia dengan harga tiga kali ganda?

 

Masalah yang saya hadapi dan mungkin usahawan lain pun pernah hadapi ialah, kita terlambat nak bawa masuk produk dan perkenalkan produk baru dari China ke pasaran tempatan.

 

Walaupun dapat dengan harga murah, tetapi disebabkan timing yang lewat, produk tetap susah nak dijual.

 

6. Beli barang dari China bukan short cut untuk jadi kaya

Entah… Saya pernah juga terjumpa beberapa usahawan baru yang merasakan import barang dari China dan jual kat pasaran tempatan ni adalah satu jalan mudah untuk jadi kaya.

 

Mungkin ya mungkin tidak.

 

Ia bergantung juga pada apa jenis barang yang kita nak bawa masuk tu. Kalau barang tu memang ada permintaan dan kurang persaingan, tak mustahil untuk anda cepat dapat untung. Tapi kalau persaingan ada banyak… hmm faham-faham sendiri la ya.

 

7. Buat apa pun kena ada ILMU

… dan sila FAHAM, bukan semua ilmu kita boleh dapat PERCUMA.

 

Nak ilmu import barang dari China tanpa perlu bersusah payah ke negara China, anda boleh dapatkan panduan ni. Namanya Rahsia TaoBao.

 

borong_china_taobao

 

Sebenarnya ada banyak lagi panduan yang anda boleh rujuk. Ini merupakan salah satu panduan yang memang spesifik membincangkan tentang bagaimana nak beli produk-produk dari laman web Taobao dengan selamat.

 

The best part is, ada added value yang akan membantu anda untuk menentukan produk yang macam mana yang sesuai untuk anda bawa masuk ke pasaran tempatan.

 

Panduan ini khusus membincangkan kalau anda nak shopping kat Taobao.

 

Tapi kalau anda berniat nak shopping kat laman web lain, saya rasa tak ada lagi panduan khusus yang dah dihasilkan. Apa pun, pilihan semua terletak di tangan anda.

 

Jangan sebab anda kedekut nak melabur untuk ilmu, anda berniaga tanpa ilmu, dan rugi besar pulak di kemudian hari nanti.

 

Apa pun, nak panduan ni? Boleh klik sini untuk muat turun.

 

 

, ,

No comments yet.

Leave a Reply

thirteen + 5 =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes

%d bloggers like this: