Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

October 14, 2016 by Sabree Hussin 4 Comments

Buat duit online MUDAH bersama Trivago

Hari ini saya nak kongsikan tentang salah satu kaedah atau cara yang cukup mudah untuk buat duit online. Memang ada bermacam-macam cara untuk buat duit secara online, sama ada jual barang, buat dropship, buat affiliate dan sebagainya, namun dari pengamatan saya, kaedah itu semua mungkin tak sesuai untuk semua orang.

 

Kenapa saya kata macam tu? Ini sebabnya… kebanyakkan cara-cara yang saya senaraikan diatas tu menggunakan konsep Pay Per Sale untuk melayakkan seseorang itu menerima bayaran. Kalau ada sale maka adalah pendapatan. Kalau tak ada sebarang sale maka tak ada duit yang akan masuk.

 

Mungkin ada pembaca yang masih kurang jelas dengan konsep pay per sale, pay per view, pay per click dan sebagainya. Jadi apa kata anda baca dulu perkongsian saya sebelum ini.

Klik untuk baca: Konsep pay per click, pay per view dan pay per sales dalam program buat duit

 

Dah baca?

 

Bagus. Saya harap anda baca, sebabnya ia akan membantu anda untuk memperolehi pemahaman yang lebih baik jika anda ambik masa untuk baca terlebih dahulu.

 

Baiklah.

 

Sekarang ni saya nak cerita tentang bagaimana anda boleh buat duit dengan cara yang sangat mudah bersama  Trivago. Bawah ni adalah screenshot pendapatan yang saya berjaya hasilkan bersama dengan Trivago.

cara-buat-duit-dengan-trivago

Apa yang anda perlu lakukan untuk buat duit dengan Trivago ini?

Mudah sahaja. Untuk pengetahuan anda, ini juga adalah salah satu jenis program affiliate. Bezanya ialah, ia menggunakan konsep Pay Per Click, dan bukannya seperti kebanyakkan program affiliate lain yang mensyaratkan setiap ejen untuk membuat jualan.

 

Peranan anda sebagai ejen affiliate hanyalah untuk menghantar trafik atau pelawat ke laman web utama Trivago. Itu sahaja.

 

Anda akan dibayar apabila

  • Ada pelawat yang masuk ke laman web trivago menggunakan link affiliate anda
  • Pelawat tersebut melakukan carian hotel menggunakan sistem Trivago
  • Pelawat tersebut keluar dari laman web Trivago

 

Ya, tak beli pun tak apa. Sama ada pelawat tersebut membuat tempahan atau tidak, anda telah pun layak untuk menerima bayaran upah.

 

Bayaran upah yang diberikan kepada anda adalah sebanyak RM0.63 untuk setiap pelawat.

 

Cubalah bayangkan jika anda berjaya bawa masuk beribu-ribu orang pelawat ke laman web Trivago. Pasti lebih banyak bayaran yang bakal anda perolehi bukan?

 

Alright. Kita kembali ke bumi nyata. Walaubagaimanapun, pihak Trivago mempunyai sistem tracking mereka sendiri. Walaupun kita berjaya bawa masuk beribu-ribu pelawat sekalipun, namun jika ia tidak menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Trivago, pelawat tersebut tak akan dikira.

 

Mungkin apa yang berlaku ialah, pelawat tersebut tidak membuat carian hotel. Kiranya selepas mereka masuk ke laman web Trivago menerusi link affiliate kita, pelawat itu tadi terus menekan butang pangkah tanpa buat sebarang carian. Pelawat ini tidak akan dikira dan kita tak akan dapat sebarang earning dari pelawat seperti ini.

 

Overall, saya boleh katakan kaedah buat duit seperti ini sebenarnya cukup mudah. Saya rasa anda patut cuba sendiri untuk alami sendiri pengalamannnya.

 

Jika berminat nak mencuba, anda boleh mendaftar dan mendapatkan link affiliate anda dengan mendaftar sebagai affiliate di laman web Involve Asia. Klik sini untuk mendaftar secara percuma.

 

Ok jom buat duit dengan Trivago hari ini!

 

Mungkin anda ada sebarang pertanyaan atau ada yang kurang faham. Apa kata anda tuliskan pertanyaan anda tu dibahagian komen. In Shaa Allah, saya akan balas.

 

Selamat mencuba dan semoga anda juga berjaya buat duit bersama Trivago.

 

Baca juga artikel:

  • Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidikIni cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik
  • Masih tak tau nak buat bisnes online apa tahun 2016 ni? Saya syorkan ONEXOXMasih tak tau nak buat bisnes online apa tahun 2016 ni? Saya syorkan ONEXOX
  • Bisnes Air Balang jadi pilihan usahawan semasa bulan puasaBisnes Air Balang jadi pilihan usahawan semasa bulan puasa
  • Lazada e-Voucher RM200 sah dari 8th September 2016 – 30th April 2017Lazada e-Voucher RM200 sah dari 8th September 2016 – 30th April 2017
  • Pernah tak anda rasa excited nak bina dan lancarkan laman web baru?Pernah tak anda rasa excited nak bina dan lancarkan laman web baru?
  • Apa petanda yang menunjukkan kita berjaya dalam bidang penulisan blog?Apa petanda yang menunjukkan kita berjaya dalam bidang penulisan blog?
  • Sistem Buat Duit Automatik Anda Patut CubaSistem Buat Duit Automatik Anda Patut Cuba
  • Projek bekerja dari rumah secara online bersama Lazada Malaysia untuk tahun 2018Projek bekerja dari rumah secara online bersama Lazada Malaysia untuk tahun 2018
  • Bisnes barangan bundle – Tak glamor tapi untung BESAR!Bisnes barangan bundle – Tak glamor tapi untung BESAR!
  • Rose Face Serum Zeeta – Kat mana boleh dapatkan Rose Face Serum ini?Rose Face Serum Zeeta – Kat mana boleh dapatkan Rose Face Serum ini?

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: buat duit bersama trivago, buat duit dengan trivago, bukti pendapatan dengan trivago

Comments

  1. mejuez says

    October 27, 2016 at 6:05 am

    Hehehe terbaik ni… Tapi tulah, sapa ada fanpage beribu ribu orang mesti sedap buat promosi! huhuh

    Reply
  2. nazri says

    December 3, 2016 at 9:17 am

    sya dh try apply trivago aff…tp msih pending..pd pngalaman tuan..mmg trivago amik mse utk approve?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      December 5, 2016 at 12:07 pm

      En Nazri join menerusi Involve Asia ke? Kalau ikut pengalaman saya sebelum ni, proses approval tu cepat je. Tak perlu nak request pun. Tapi kalau sekarang ni, mungkin ada perubahan.

      Reply
      • nazri says

        December 5, 2016 at 10:59 pm

        Tk atas pencerahan…tuan

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × five =

Top Posts & Pages

  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Pakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta Merta
    Pakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta Merta

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut