Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

July 24, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online

Sebelum ini, kalau nak shopping online, saya lebih gemar gunakan servis dari laman web Lazada. Saya memang tak pernah beli barang dari pemilik fanpage ataupun dari instagram.

 

Mungkin sebab saya ni agak paranoid dan tak nak ambil risiko kena tipu. Tetapi pengecualian boleh dilakukan. Kalau saya betul-betul percaya dan yakin pada penjual, saya sanggup untuk ambik risiko dan beli dari penjual tersebut.

 

Tak apalah. Itu perkara nombor dua.

 

Hal yang saya nak cerita dalam ini ialah, tentang buat perbandingan harga barang, antara beli di Shopee ataupun Lazada. Mana satu yang lebih murah?

 

Saya terfikir untuk beli seutas jam tangan untuk dijadikan hadiah.

sanda-watch-review

Ini adalah jam dari jenama Sanda.

 

Saya rasa dari segi reka bentuk, ianya agak menarik. Masa mula-mula saya jumpa jam tangan ni, saya gunakan kata kunci “military watch“. Akhirnya keluar jam tangan dari jenama ini.

 

 

Perbandingan harga jam di laman web Shopee dengan Lazada

Saya dapati, harganya lebih kurang SAMA sahaja!

 

Mungkin penjual di Lazada dengan penjual di Shopee sebenarnya ada yang merupakan individu yang sama. Lagipun apa yang menghalang seseorang itu untuk menjadi penjual di dua tempat yang berbeza?

 

Kalau saya jadi penjual, saya juga akan menjual di seberapa banyak platform jualan yang ada diluar sana. Lagi pantas barang jualan tu dapat dijual, kan lagi bagus!

cara-jual-di-shopee

Pada masa catatan ini saya tulis, anda sebenarnya boleh muat turun panduan untuk berniaga di Shopee dan untung besar!

 

 

Maklumat yang boleh dijadikan rujukan dari Shopee dengan Lazada

Oleh sebab dari segi harga, ianya lebih kurang sama sahaja, maka untuk buat keputusan, di platform mana patut saya beli barang tersebut, ada satu bahagian penting yang saya jadikan rujukan.

 

Bahagian yang saya maksudkan adalah di bahagian review dan testimoni pembeli terdahulu.

 

Melalui kedua-dua platform shopping online ini, hanya mereka yang membeli produk sahaja yang boleh tulis review. Ini sudah tentu sangat berbeza dengan jual beli di media sosial. Review dan testimoni yang disiarkan boleh jadi hanya satu penipuan semata.

 

Orang yang pegang produk tu, belum tentu dia beli produk tu. Agaknya, kalau disuruh beli, belum tentu dia sanggup nak keluarkan duit.

 

Produk yang ada dalam tangan tu pun, mungkin adalah pemberian daripada penjual itu sendiri, sebagai ganti, individu tersebut mesti bagi review positif. Wallahua’lam.

 

Apa yang saya cerita ini, adalah satu teknik marketing. Saya bukanlah nak menuduh semua peniaga online buat macam tu, atau nak pukul rata, tapi memang ada peniaga yang tak berapa jujur yang guna trik macam ni.

 

Kesimpulannya, kemunculan kedua-dua platform ini, memberikan kita sebagai pengguna lebih banyak pilihan untuk berbelanja. Pada masa yang sama, kita lebih mudah untuk buat keputusan yang cerdik sebelum nak keluarkan duit.

 

Kita boleh buat perbandingan harga.

Kita boleh tahu apa pengalaman pembeli terdahulu, sama ada terhadap produk mahupun terhadap penjual.

 

Siapa tahu, satu hari nanti, instead of kita hanya jadi pembeli, kita pula jadi penjual.

Baca juga: Perkara perlu tahu apabila nak menjual barang di Laman Web Shopee

 

Peringkat permulaan, tak perlulah nak letakkan sasaran yang terlalu besar, sampai kita tak mampu nak urus bisnes. Kalau target sebulan nak jual 5 – 10 barang pun dah cukup. Pendapatan yang bakal dihasilkan tu nanti, boleh dijadikan pemangkin dan pembakar semangat untuk usaha yang lebih besar.

 

 

 

Baca juga artikel:

  • Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatanHakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan
  • Buat bisnes online melalui Sistem Marketplace ataupun lancarkan web ecommerce sendiri?Buat bisnes online melalui Sistem Marketplace ataupun lancarkan web ecommerce sendiri?
  • Lazada Online Revolution 2016: Kempen Beauty Fanatic dari 12 Nov – 17 Nov 2016Lazada Online Revolution 2016: Kempen Beauty Fanatic dari 12 Nov – 17 Nov 2016
  • Program buat duit eRezeki dan program affiliate Involve AsiaProgram buat duit eRezeki dan program affiliate Involve Asia
  • Ada ke blogger yang masih tak tau teknik SEO yang begitu mudah?Ada ke blogger yang masih tak tau teknik SEO yang begitu mudah?
  • Cara senang nak shopping barang dari China?Cara senang nak shopping barang dari China?
  • Cara yang betul-betul mudah nak buat duit onlineCara yang betul-betul mudah nak buat duit online
  • Kerja sendiri atau makan gaji. Mana satu pilihan hati?Kerja sendiri atau makan gaji. Mana satu pilihan hati?
  • Menulis di Facebook boleh buat duit ke? Ini alternatifnyaMenulis di Facebook boleh buat duit ke? Ini alternatifnya
  • Bisnes runcit tapi pelanggan peringkat AntarabangsaBisnes runcit tapi pelanggan peringkat Antarabangsa

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: cara berniaga di shopee, jual produk di shopee, laman web online shopping, lazada atau shopee

Trackbacks

  1. Strategi jual produk harian ke Pasaran Antarabangsa dengan UNTUNG berkali ganda - Sabree Hussin Dot Biz says:
    November 23, 2019 at 3:27 am

    […] orang dari luar negara ni tak beli direct dari Lazada atau Shopee? Dekat laman web ini juga boleh dapat dengan harga yang […]

    Log in to Reply

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
    Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik
    Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in