Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

July 15, 2017 by Sabree Hussin 1 Comment

Bukti bayaran komisen dari Involve Asia bagi bulan Julai 2017

Kebiasaannya, sebelum saya nak all out mempromosikan sebarang produk, mahupun program di internet, saya akan lakukan beberapa ujian. Hanya apabila program tersebut berjaya lepasi ujian yang saya lakukan, barulah saya akan bergerak kepada langkah yang seterusnya.

 

Ujian paling simple adalah, adakah program tersebut akan membayar, apabila telah sampai masa untuk membuat pembayaran kepada para ahlinya.

buat-duit-dengan-involve-asia

Dari pengalaman saya bergiat secara aktif dalam pemasaran affiliate, memang terdapat syarikat atau perniagaan yang lambat dan ada juga yang GAGAL sama sekali membayar komisen apabila dah sampai waktu.

 

Sebab tu, pada peringkat permulaan, lazimnya saya akan mula dengan santai-santai sahaja.

 

Kalau nak tulis artikel pasal produk tu pun, saya akan tulis lebih kurang dalam satu atau dua artikel sahaja. Bila dah mula dapat komisen, (belum dapat bayaran, sebaliknya cuma dapat notifikasi komisen) baru saya akan mula tambahkan jumlah artikel promosi.

 

Kebanyakkan program affiliate, terutama sekali affiliate network, mereka akan menetapkan syarat, berapa jumlah minimum yang perlu dicapai, sebelum melayakkan kita untuk menerima pembayaran komisen.

 

Contohnya, RM100.

 

Hanya selepas kita berjaya capai jumlah tersebut, barulah kita akan menerima bayaran. Ada juga affiliate network yang meletakkan syarat yang lebih ringan. Contohnya, hanya perlu dapat RM50 dah boleh dapat bayaran.

 

Saya ni pulak jenis yang tak berkira sangat. RM20 ke, RM50 ke atau RM1,000 sekalipun. Yang penting, ko bayar.

 

Apa program affiliate yang bagus dan patut diberikan fokus?

Disebabkan terdapat terlalu banyak pilihan, mungkin ada antara pembaca yang pening dan tak pasti nak pilih program affiliate yang mana satu.

 

Maklumlah, bukan semua orang boleh buat dua atau tiga program affiliate dalam masa yang sama. Serentak. Kalau anda memang dah pakar, saya percaya itu bukan satu masalah besar.

 

Jadi, kalau anda masih belum buat keputusan nak fokus yang mana satu, mungkin saya boleh cadangkan untuk anda fokus sahaja pada program affiliate Involve Asia.

 

Baru-baru ini, saya sekali lagi menerima bayaran komisen dari program affiliate Involve Asia ini. Lihat buktinya.

komisen-Involve-Asia

Bayaran ini masuk ke akaun Maybank saya pada tarikh 12 July 2017. Jumlahnya adalah RM111.71 sahaja.

 

Jika anda masih belum join lagi, apa kata anda daftar secara percuma menerusi laman web ini. Pada awalnya, saya juga hanya mencuba-cuba sahaja.

 

Tak sangka pulak, bila dah mula buat kerja-kerja promosi dan pemasaran, rupa-rupanya boleh dapat duit dengan program affiliate ini.

 

Saya kira, join program affiliate ini, ianya berkali ganda lebih berbaloi kalau nak bandingkan dengan program MLM kat luar sana tu.

 

Nak join program MLM kena ada modal. Lepas tu, setiap bulan kena maintain pembelian. Kalau tak maintain pembelian, nanti tak layak dapat komisen pulak. Leceh betul.

 

Kemudian, setiap hari kena tulis atau update status kat media sosial tentang betapa bagusnya program MLM syarikat tu, walaupun pada hakikatnya, kita pun hanya join sebab nak buat duit. Sebab tertarik dengan potensi pendapatan yang kononnya nampak senang untuk diperolehi.

 

Ok… kita bandingkan dengan program affiliate Involve Asia ni pula.

 

Dalam program affiliate Involve Asia ni, kita tak semestinya kena jual barang tau. Ada sesetengah offer dalam program ini, (hanya boleh diakses oleh member sahaja) tidak memerlukan anda untuk jual apa-apa tetapi masih boleh duit.

 

Berminat? Daftar dulu kat sini sebelum teruskan baca ya.

 

Salah satu contohnya adalah tugas mempromosikan Laman web Trivago.

buat-duit-dengan-trivago

Kita hanya perlu bercerita tentang Trivago. Kita ceritalah, kalau nak booking hotel tu, buatlah dulu perbandingan harga dengan merujuk laman web trivago. Untuk hotel yang sama, anda mungkin akan dapat harga yang berbeza-beza.

 

In fact, mungkin akan dapat harga yang berkali ganda lebih murah.

 

Bila ada yang klik link affiliate anda, dan dia buat carian (I mean perbandingan harga) dari situ anda dah layak terima komisen.

 

Komisennya adalah lebih kurang 70 sen – 80 sen. Ada turun naik sebab dia ikut turun naik kadar tukaran matawang. Trivago ni dia guna matawang Euro.

 

Dalam program trivago ini, hanya perlu dapatkan orang klik pada link affiliate kita sahaja. Dah boleh buat komisen.

 

Ada banyak tawaran yang sama, atau yang seumpama dengan trivago. Sekali tengok, memanglah nampak macam sikit sangat, tapi bila kumpul-kumpul, boleh dapat ratus-ratus ringgit jugak tau!

 

Benda baik, kita kongsi-kongsilah kan. Kalau anda mula sekarang, maka sekarang juga anda boleh mula buat duit. Tunggu apa lagi tu? Daftar la kat sini. Bukan kena bayar apa-apa pun kalau nak join program ni.

 

 

 

 

Baca juga artikel:

  • Komisen PERTAMA dari Involve Asia bagi tahun 2018Komisen PERTAMA dari Involve Asia bagi tahun 2018
  • Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!
  • Adakah anda benar-benar boleh buat duit dengan Pemasaran Affiliate?Adakah anda benar-benar boleh buat duit dengan Pemasaran Affiliate?
  • Jana Pendapatan Pasif melalui Program AffiliateJana Pendapatan Pasif melalui Program Affiliate
  • Rebut komisen lumayan dari Involve Asia walaupun tidak melakukan sebarang jualanRebut komisen lumayan dari Involve Asia walaupun tidak melakukan sebarang jualan
  • Bagaimana cara buat duit dengan Program Referral Involve Asia?Bagaimana cara buat duit dengan Program Referral Involve Asia?
  • Nak Fokus Pada Affiliate atau Dropship?Nak Fokus Pada Affiliate atau Dropship?
  • Dropship barangan cina untuk dijual semula di ebayDropship barangan cina untuk dijual semula di ebay
  • Jana pendapatan sampingan dengan menyebarkan iklan kerja kosongJana pendapatan sampingan dengan menyebarkan iklan kerja kosong
  • Bagus ke guna sistem autoresponder emelmatik?Bagus ke guna sistem autoresponder emelmatik?

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan involve asia, komisen involve asia, program affiliate, program affiliate involve asia

Trackbacks

  1. Program Jobdirumah - Macam mana kalau lepas dah join masih tak dapat kerja? - Sabree Hussin Dot Biz says:
    October 31, 2017 at 8:53 pm

    […] dah tak tau sangat nak buat apa, join je program affiliate Involve Asia ni, dan seterusnya mula buat artikel promosi. Serius saya cakap, tak akan habis kerja-kerja […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × two =

Top Posts & Pages

  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Pakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta Merta
    Pakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta Merta

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut