Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

December 3, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Cadangan program buat duit online yang tidak menipu

Kalau anda belum pernah ada pengalaman sertai mana-mana program buat duit secara online, anda terdedah kepada kemungkinan untuk sertai program buat duit yang menipu ahlinya.

 

Perkara ini bukan sahaja akan berlaku kepada orang baru, malahan untuk orang yang sudah berpengalaman dalam bidang ini juga masih lagi tidak terlepas dan selamat daripada penipuan di internet.

 

Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, saya kebiasaannya akan mengehadkan penyertaan dalam mana-mana program buat duit di internet kepada tiga jenis program ini sahaja.

 

Pertama, program pengiklanan.

Kedua, program affiliate.

Ketiga, program dropship.

 

Selain daripada tiga jenis program buat duit ini, biasanya saya akan ambil langkah berhati-hati dengan tidak menyertainya langsung.

 

Anda mungkin akan atau pernah temui laman web yang mengajak anda untuk melakukan pelaburan dengan pihak mereka. Jika anda labur sekian jumlah duit, dalam masa beberapa bulan, anda akan dapat pulangan duit beberapa peratus.

 

Jika anda ajak orang lain untuk join sama, anda juga akan dapat pendapatan yang berganda. Program pelaburan diinternet seperti ini, saya kurang percaya, dan dari pengalaman saya, lifespan atau jangka hayat program seperti ini seolah-olah tidak panjang.

 

Dalam masa kurang dari setahun, ia akan hilang lenyap dalam dunia siber. Justeru, jika ianya adalah pelaburan, saya tak akan sertai.

 

Selain program buat duit berbentuk pelaburan, terdapat juga program buat duit berbentuk multilevel marketing. Laman web seperti itu menjual produk dan pada masa yang sama turut mempromosikan sistem buat duit yang mereka perkenalkan.

 

Anda hanya perlu cari 3 orang, dan selepas itu 3 orang yang anda cari itu nanti perlu cari lagi 3 orang hinggalah ke peringkat tiada lagi manusia untuk sertai program seumpama ini.

 

Saya bukan anti ataupun benci dengan program MLM. Ada program MLM yang memang bagus, dengan produk serta sistem ganjaran yang sangat baik untuk ahlinya.

 

Namun begitu, kita perlu berhati-hati sebabnya program MLM di internet ada lagi banyak yang tak bagus berbanding yang betul-betul bagus. Risiko join program yang tak bagus ini ialah, anda mungkin sukar untuk dapatkan pelanggan di kemudian hari.

 

Program MLM seperti ini tidak akan berjaya, dan tidak mungkin akan berkembang kalau cuma satu atau dua sahaja yang yakin dengan program dan produk yang ditawarkan.

 

Saya agak skeptikal dengan program MLM yang menggunakan produk kesihatan, serbuk kopi, software, ataupun koleksi ebook sebagai produk untuk menjalankan program MLM tu.

 

Setelah membuat penyingkiran terhadap beberapa jenis program yang saya kira agak meragukan, maka tiga program yang masih tinggal itu sahajalah yang saya berikan tumpuan.

 

Disini saya juga ingin membuat beberapa cadangan dan nama program yang mungkin anda patut pertimbangkan untuk sertai.

 

Program Pengiklanan

Dalam program pengiklanan, kita perlu mempunyai laman web untuk kita siarkan iklan dari program tersebut. Saya syorkan anda pilih jenis laman web yang dinamik, iaitu laman yang memang anda akan sentiasa kemaskini, seperti laman blog.

 

Kalau anda rasa yang anda tak tahu macam mana nak mulakan projek laman web atau laman blog yang boleh hasilkan pendapatan, saya syorkan anda ikuti tutorial yang saya tulis disini. Mula dengan membaca artikel ini: Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog

 

(1) Google Adsense

Penyertaan adalah percuma. Setelah pendaftaran anda diterima dan disahkan, anda hanya perlu dapatkan kod iklan dari pihak google untuk ditampal pada laman web anda. Secara automatik, iklan-iklan dari Google akan dipaparkan pada laman web milik anda.

 

(2) Bidvertiser

Ini merupakan alternatif bagi Adsense. Tidak sebaik iklan google, namun kalau anda telah kena banned dari menyertai program adsense, bolehlah pertimbangkan untuk siarkan iklan bidvertiser.

 

(3) Nuffnang

Ini adalah program tempatan. Boleh buat duit, tapi dari pengalaman saya sendiri sebagai publisher, income dari nuffnang ni sangat slow.

 

Dalam program pengiklanan ini, pendapatan kita akan dikira berdasarkan berapa banyak jumlah klik pada iklan yang kita siarkan dan juga berapa banyak pelawat yang masuk ke laman web kita. Kalau banyak klik, banyak pelawat, maka pendapatan dari program ini juga akan jadi banyak.

 

Kalau laman web kita tak banyak pelawat, memang agak sukar nak dapatkan pendapatan yang baik menerusi program ini. Untuk laman web yang tak banyak pelawat, saya syorkan anda sertai program affiliate.

 

Program Affiliate

Saya ada beberapa laman web yang jumlah trafiknya tak begitu tinggi. Bagi menampung perbelanjaan untuk renew domain dan hosting, serta lain-lain perbelanjaan, saya sertai program affiliate bagi menghasilkan sedikit pendapatan menerusi laman web tersebut.

 

Disini ada beberapa cadangan laman web yang anda boleh sertai.

 

(1) Klikjer

Klikjer merupakan sebuah portal yang menjual pelbagai jenis rujukan dalam bentuk ebook.

jana-pendapatan-dari-klikjer

Setiap jualan yang berjaya anda hasilkan, komisen yang bakal anda perolehi adalah sekitar 50% – 70%. Anda boleh ke laman web ini untuk menyertai program ini.

 

(2) Involve Asia

Melalui Involve Asia, kita boleh promosikan ribuan jenis produk dan jenama di alam maya ini. Ada banyak syarikat terkenal yang kita boleh promosikan melalui Involve Asia, misalnya Lazada, Shopee, MAS dan banyak lagi.

apa-itu-involve-asia

Saya juga dah beberapa kali cerita mengenai program ini dalam blog ini. Anda boleh sertai Involve Asia dengan mengisi borang di laman web ini.

 

(3) Maukerja

Menerusi program maukerja ini, kita akan promosikan iklan-iklan kerja yang terdapat dilaman web milik mereka.

cari-kerja-kosong-online

Apabila ada orang yang membuat permohonan kerja melalui laman web maukerja ini, kita akan dibayar sejumlah komisen. Anda boleh sertai program maukerja melalui pautan ini.

 

(4) Program affiliate persendirian

Kalau masih tak cukup dengan program-program affiliate yang dianjurkan oleh syarikat besar, kita masih lagi ada pilihan untuk sertai program affiliate yang dianjurkan oleh individu yang menjual produk diinternet.

 

Program dropship

Program dropship adalah salah satu program buat duit diinternet yang diperakui boleh buat duit. Namun, kita kena berhati-hati dalam memilih pembekal untuk bekalkan barangan untuk kita.

 

Kalau dapat pembekal yang tak berapa jujur, kita juga perlu tanggung risiko dan sebarang kerugian yang bakal terjadi.

 

Untuk memilih pembekal yang boleh dipercayai ini juga kita kena ada pengalaman dan setidak-tidaknya tanya pada orang lain yang biasa guna khidmat pembekal tersebut.

 

Ada kelebihan bila kita kenal pembekal dropship. Kita boleh beli sesuatu barang dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran, walaupun pada hakikatnya barang tu kita nak pakai untuk kegunaan sendiri. Bukannya untuk menjual.

 

Senarai pembekal dropship ini sangatlah bernilai dan sesetengah orang memang tak akan bocorkan nama pembekal mereka. Kalau kita tak nak berniaga sekalipun, kita masih lagi boleh buat untung dengan membeli barang dengan harga murah dari pembekal.

Semasa saya masih aktif buat kerja-kerja sambilan melalui laman web erezeki, saya diperkenalkan dengan laman web Kumoten ini.

 

Untuk pengetahuan anda, Kumoten ini merupakan salah satu laman web pembekal yang anda boleh gunakan untuk jual barang di laman web Shopee, Lazada dan lain-lain laman web ecommerce popular yang lain.

 

Alang-alang cerita pasal shopee ini, kalau anda minat nak belajar macam mana nak berbisnes di shopee, bolehlah belajar dari panduan ini.

 

 

 

Baca juga artikel:

  • Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancerKemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Bukti yang kita boleh buat duit dengan UBER tanpa jadi pemanduBukti yang kita boleh buat duit dengan UBER tanpa jadi pemandu
  • Seronoknya dapat buat duit dengan blog!Seronoknya dapat buat duit dengan blog!
  • Bisnes Air Balang jadi pilihan usahawan semasa bulan puasaBisnes Air Balang jadi pilihan usahawan semasa bulan puasa
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik andaBina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • Rahsia hasilkan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan hanya semudah menulis artikelRahsia hasilkan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan hanya semudah menulis artikel
  • Kerja part time bina applikasi permainan dan potensi pendapatanKerja part time bina applikasi permainan dan potensi pendapatan
  • Program Jobdirumah – Macam mana kalau lepas dah join masih tak dapat kerja?Program Jobdirumah – Macam mana kalau lepas dah join masih tak dapat kerja?
  • Rose Face Serum Zeeta – Kat mana boleh dapatkan Rose Face Serum ini?Rose Face Serum Zeeta – Kat mana boleh dapatkan Rose Face Serum ini?

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: proran buat duit online, senarai program buat duit online

Trackbacks

  1. Ganjaran mempromosikan program referral dari Airbnb - Sabree Hussin Dot Biz says:
    December 4, 2018 at 2:24 pm

    […] hari sebelum ini, saya ada tulis mengenai program buat duit dinternet yang tak menipu ahlinya, kali ni saya nak perkenalkan satu lagi program yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − twelve =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Dapat panggilan telefon dari telemarketer
    Dapat panggilan telefon dari telemarketer

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in