Adakah anda mempunyai akaun Instagram? Pernah tak anda terfikir untuk buat duit dengan akaun Instagram anda?
Posting ini, khas untuk mereka yang minat nak buat duit. Bagi yang tak berapa minat nak buat duit, dan yang lebih suka gunakan instagram untuk bersosial semata-mata, posting ni mungkin tak berapa sesuai dengan anda.
Masih nak teruskan bacaan? Ok jadi saya nak terus cerita kepada topik utama kita.
Buat duit di Instagram dengan IG shop
Ok. Tiada apa yang aneh disini.
Hanya platform sahaja yang berbeza. Pada dasarnya, konsep IG Shop ni lebih kurang sama sahaja dengan mana-mana kedai online yang ada di internet.
Cuma disebabkan ia menggunakan platform Instagram, maka ia dinamakan sebagai IG Shop.
Cara untuk buat duit disini, ringkasnya adalah seperti berikut
- Cipta halaman IG Shop anda
- Dapatkan follower
- Mula upload barang yang anda ingin jual
- Apabila ada pengguna insta yang minat beli apa yang anda jual, anda layanlah dengan sebaik-baiknya sampai dapat close deal
- Terus tambahkan follower. Lagi ramai follower lagi besar potensi untuk dapat lebih banyak pendapatan.
Konsep buat duit disini, adalah dengan menggunakan kaedah jual beli yang biasa.
Buat duit di Instagram dengan menawarkan servis pengiklanan
Ini satu lagi cara yang cukup popular. Menggunakan konsep ini, anda akan buat duit dengan akaun instagram anda dengan menawarkan servis pengiklanan.
Langkah-langkah yang diperlukan adalah seperti berikut
- Anda bina akaun Instagram
- Kumpul follower
- Sentiasa update akaun insta anda supaya follower makin bertambah
- Sentiasa promosikan akaun insta anda dan minta orang untuk follow
Apabila bilangan follower dalam akaun insta anda sudah cukup ramai, maka seterusnya anda boleh mula menawarkan servis pengiklanan.
Sebenarnya, cara ini pun biasa dilakukan dan ianya tidaklah eksklusif hanya pada akaun insta sahaja.
Sebagai contoh, teknik yang sama juga boleh digunakan bagi platform lain seperti
(1) Blog
Kalau nak guna blog untuk buat duit, caranya lebih kurang begini. Anda bina sebuah blog. Masukkan banyak-banyak konten yang berkualiti. Dapatkan trafik untuk mengunjungi laman blog anda. Apabila bilangan trafik blog anda cukup banyak, anda boleh letakkan caj yang mahal untuk tujuan pengiklanan.
Saya sendiri mengenakan bayaran sebanyak RM100 untuk satu blogpost. Tak percaya? Boleh lihat disini.
(2) Facebook
Biasanya guna Fanpage. Kaedahnya begini sahaja. Bina sebuah fanpage. Dapatkan banyak-banyak likes. Jika bilangan likes anda cukup banyak, mencapai ribuan malahan ratusan ribu likes, anda boleh tawarkan servis pengiklanan.
Jika mereka yang likes page anda memang terdiri daripada mereka yang cukup responsif, maknanya setiap kali anda post something, mesti akan ada yang likes, komen, share dan sebagainya, maka dari situ anda boleh jadikan ia sebab untuk letak harga yang mahal.
Jadi, kesimpulannya, platform mungkin akan berubah. Tetapi dari segi cara untuk buat duit, konsepnya lebih kurang sama sahaja.
Untuk buat banyak duit di Instagram, anda akan perlukan bilangan follower yang banyak. Jadi, anda mungkin perlu tahu RAHSIA INI. Ini adalah rahsia bagaimana dapatkan ramai follower di Instagram yang targetted dan dalam masa yang PANTAS.
Gunakan portal Iklan IG untuk dapatkan pelanggan yang minat untuk dapatkan servis iklan dari anda!
Ini dia yang saya nak cerita dengan pembaca sekalian.
Saya nak perkenalkan kepada anda semua, satu portal yang dinamakan sebagai Iklan IG. Anda boleh klik sini untuk layari portal yang saya maksudkan.
1. Portal ini memang agak baru. Well at least, pada waktu catatan ini saya buat, portal ini memang agak baru. Saya tak tau bila anda akan baca posting ini, kalau anda posting ini pada tarikh yang sama atau dekat-dekat dengan tarikh ianya diterbitkan, maka ianya agak baru lagi lah.
2. Portal iklan Ig ini fungsinya adalah untuk bantu memudahkan individu yang mempunyai akaun instagram yang minat nak tawarkan servis pengiklanan, tetapi tak tau nak buat macam mana.
3. Mungkin anda tak tau, macam mana nak cari pelanggan yang berminat untuk dapatkan servis tersebut dari anda. Maklum sahaja la kan, kebanyakkan pemilik bisnes, yang ada bajet besar bagi tujuan pengiklanan hanya suka approach pemilik akaun IG yang popular sahaja. Bagi yang tak berapa popular, nampak macam tak ada peluang pulak.
4. Sebenarnya, kalau difikirkan semula, anda mungkin tidak termasuk dalam radar pemilik perniagaan ini. Buktinya? Anda ada buat marketing dan ada bagitahu kat satu dunia ke tak yang anda ada tawarkan servis iklan?
5. Hmm…. kalau tak pernah cerita kat sesiapa yang anda pun ada ofer servis iklan, macam manalah orang nak tahu.
6. Tak apa. Kita fokus pada masa akan datang. Sekarang ni, dengan wujudnya portal Iklan IG ini, anda boleh senaraikan secara percuma sahaja maklumat akaun instagram anda di laman web tersebut.
7. Sila lihat contoh pemilik akaun instagram sebelum-sebelum ini yang dah mula menyenaraikan akaun mereka menerusi portal ini.
8. Apabila dah dibuat senaraian seperti ini, maka akan jadi lagi mudah untuk bakal pengiklan membuat pilihan, kat mana nak letak iklan mereka.
9. Kalau anda tak berapa pasti, macam mana nak letakkan harga, anda boleh ikut panduan berikut. Lihat jadual dibawah ini.
10. Cadangan harga diatas adalah sebagai panduan sahaja. Jika anda tak nak ikut pun tak ada masalah. Mungkin anda ingin letakkan harga yang lebih rendah, dengan andaian apabila harga murah, maka akan ada lagi ramai pengiklan yang akan minat iklankan perniagaan mereka menerusi akaun instagram anda.
Memandangkan portal ini pun masih sangat baru, jadi saya tak berapa pasti sama ada ia akan berjaya atau sebaliknya. Kena lihat mungkin dalam tempoh satu tahun.
Saya ambil tempoh satu tahun sebabnya itu adalah tempoh biasa bagi langganan sesebuah nama domain. Kalau projek itu menguntungkan, mungkin ia akan diteruskan. Jika kurang mendapat sambutan, maka nama domain tertentu selalunya tak akan diperbaharui.
Apa perlu dilakukan bagi memastikan kejayaan program ini?
1. Marketing. Ia kena dilakukan secara besar-besaran. Saya dah tolong serba sedikit dalam bab pemasaran, iaitu menerusi artikel ini.
2. Selebihnya pemilik portal ini kena fikirkan cara lain bagaimana untuk dapatkan lebih banyak trafik atau pengguna internet untuk layari laman web tersebut.
3. Bukan itu sahaja, malahan bagi pemilik akaun instagram yang dah menyenaraikan nama mereka di laman web tersebut, juga kena lakukan sesuatu. Pada waktu catatan ini saya buat, jumlahnya ada 13 orang publisher. Anda ini semua juga perlu main peranan untuk popularkan laman web ini, dan jangan cuma tunggu tempahan sahaja.
Kalau dari segi potensi, memang nampaknya projek ini bakal dapat memberi hasil kepada ahli-ahlinya. Cuma sekarang ni kena usaha lebih lagi untuk memperkenalkan laman web ini kepada dunia.
Buat sementara waktu ini, selagi instagram masih lagi relevan, ada baiknya grab peluang ini secepat yang mungkin. Nanti bila instagram dah tak relevan, masa tu dah terlambat la kalau nak buat duit dengan Instagram. Anda boleh klik sini untuk sertai portal IG sekarang.
Kesimpulannya, tak sia-sialah nak kumpul follower di instagram. Sebabnya follower di instagram anda tu sebenarnya boleh bantu untuk jana pendapatan. Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Leave a Reply