Cara buat duit dengan Valued Opinions

Mungkin masih ramai yang belum tahu tentang kewujudan laman web Valued Opinions.

cara-hasilkan-pendapatan-dengan-valued-opinions

Sebenarnya saya memang pernah tulis pasal program ini dalam blog saya yang satu lagi. Dalam artikel yang berjudul Dapatkan Baucar Aeon, Zalora, KFC & Pizza Hut dengan menyertai Kaji Selidik Online.

 

1. Bila saya lihat pada bahagian arkib blog ni, baru saya perasan, rupa-rupanya dulu saya pernah tulis pasal Valued Opinions dalam blog ni!

 

2. Cuma pada waktu tu, saya tulis dengan tajuk yang sedikit berbeza. In fact, saya tak ada mention langsung nama Valued Opinions dalam tajuk. Untuk mereka yang minat nak baca, apa yang saya ceritakan pasal program Valued Opinions ni, bolehlah baca perkongsian berikut.

Klik untuk baca: Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik

 

3. Sewaktu baru balik dari solat jumaat tadi, saya semak ke bahagian affiliate panel untuk melihat sama ada saya berjaya hasilkan sebarang komisen ataupun tidak.

 

4. Alhamdulillah, ada rezeki rupanya. Walaupun komisen ni sebenarnya masuk pada hari sebelumnya, tapi saya baru berkesempatan untuk semak affiliate panel.

 

5. Saya dapati struktur komisen yang baru untuk program Valued Opinions ada perubahan. Kalau dulu, bayarannya adalah sebanyak RM5.62 sahaja.

 

6. Tapi kali ini, bayaran komisen telah dinaikkan menjadi RM6.22

 

7. Boleh lihat buktinya dibawah ini.

cara-dapat-duit-dari-valued-opinions

8. Sepatutnya kita ambil peluang ini, untuk tambahkan lagi usaha supaya boleh dapat lagi banyak komisen dari program ini.

 

9. So, mungkin ada yang nak tau, macam mana nak buat duit, betul tak? Cuba tanya dalam diri, minat nak tau tak?

 

10. Saya harap, anda bukan sekadar minat nak tahu, sebaliknya kena ada juga rasa nak mencuba. Rezeki orang siapa yang tahu, kan. Mungkin anda akan dapat lebih baik dan lebih banyak dari apa yang saya dapat.

 

11. Untuk menyertai program buat duit dengan Valued Opinions, pertama sekali anda perlu mendaftar sebagai affiliate. Untuk pendaftaran anda perlu ke laman web ini dan isi kan borang pendaftaran.

 

12. Pendaftaran adalah percuma. Ini bukannya program affiliate yang memerlukan anda buat bayaran, konon-konon untuk beli lesen atau apa-apa istilah lain.

 

13. Jika anda perasan, kebanyakkan program buat duit yang saya cerita dalam blog-blog saya, majoriti adalah program yang percuma sahaja. Tak perlu bayar apa-apa, tetapi kita masih lagi boleh jana pendapatan.

 

14. Memang sesuai untuk disertai oleh orang yang tak ada modal, tak ada duit, dan minat nak cari duit tambahan.

 

15. Laman web untuk pendaftaran ini adalah dikuasakan oleh platform Involve Asia. Daftar sahaja kat situ.

 

16. Setelah pendaftaran anda disahkan, dan anda telah mendapat akses ke member area, langkah seterusnya ialah, anda pergi ke bahagian Tools >> Deeplinks. Kemudian cari opsyen Valued Opinions. Paparan yang bakal kelihatan adalah seperti dibawah.

buat-duit-dengan-survey

17. Kat bahagian Deeplink inilah anda akan generate link unik untuk anda promosikan. Senang cerita, menerusi program ini, anda hanya perlu promosikan link atau pautan unik anda.

 

18. Apabila ada orang klik pada pautan yang anda promosikan, dan seterusnya melakukan pendaftaran, anda akan dibayar sebanyak RM6.22

 

19. Ya, sama seperti yang saya sedang lakukan sekarang ni.

 

20. Kalau anda masih belum daftar, boleh daftar menerusi pautan saya ini. Ini link saya >> http://invl.co/3ncb

 

21. Bagi peserta yang mendaftar, dengan anggapan mereka minat nak dapatkan baucer Aeon, Zalora, KFC, Pizza Hut dan sebagainya, mereka perlu sentiasa alert dan jawab soalan-soalan survey yang mereka boleh sertai.

 

22. Sila lihat contoh tawaran survey dibawah.

23. Setiap survey yang ditawarkan, ada nilai ganjaran yang berbeza. Dari nilai ini nanti, peserta survey boleh tebus baucar.

 

24. Kena bertindak cepat, sebabnya setiap survey ada tarikh luput dia.

 

25. Menerusi program Valued Opinions ini, anda ada dua pilihan untuk buat duit.

 

26. Pilihan pertama, anda jadi ejen affiliate Involve Asia dan dapatkan peserta yang minat untuk jawab survey. Setiap peserta yang anda perolehi, atau yang mendaftar menerusi link affiliate anda, anda akan dibayar RM6.22 setiap orang.

 

27. Pilihan kedua, anda juga boleh kumpul ganjaran yang boleh ditukar kepada baucar tunai untuk pembelian barangan di Aeon, KFC atau Pizza Hut. Pilih mana-mana yang anda suka.

 

28. Nak pilih yang mana satu?

 

29. Tak payah susah-susah nak fikir. Buat aje dua-dua.

 

30. Ok la… selamat mencuba dan semoga anda juga berjaya buat duit dengan Valued Opinions nanti.

 

 

, , , ,

Trackbacks/Pingbacks

  1. Komisen dari Program Referral Valued Opinions – 30 Mac 2017 – Buat Duit Blogging - March 30, 2017

    […] Klik untuk baca: Cara buat duit dengan Valued Opinions […]

Leave a Reply

2 × four =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes

%d bloggers like this: