Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

April 28, 2020 by Sabree Hussin Leave a Comment

Cara buat duit melalui perkhidmatan yang disediakan oleh Google

Hari-hari kita menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Google. Syarikat Google telah memperkenalkan pelbagai applikasi bagi memudahkan kehidupan dan urusan kita.

 

Sama ada bagi tujuan melayari internet, mencari maklumat, menonton video dan banyak lagi.

 

Jika anda juga sama seperti saya, merupakan pengguna smartphone dengan operating system dari Android, bermakna hidup kita makin banyak menggunakan servis dari Google.

 

Tapi tahukah anda, yang sebenarnya Google juga ada sediakan servis yang mana jika kita gunakan servis tersebut, kita boleh jana pendapatan melaluinya.

 

Artikel kali ini saya akan kongsikan, 4 cara bagaimana kita boleh manfaatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Google untuk hasilkan pendapatan di internet.

 

(1) Siarkan iklan-iklan berbayar milik Google

Ya, pihak Google akan membayar anda upah, jika anda bersedia untuk menyiarkan iklan-iklan milik mereka. Program ini dikenali dengan nama Google Adsense.

google-adsense

Setakat hari ini, ada 3 cara bagaimana untuk anda menyertai program penyiaran iklan ini.

 

Pertama, melalui laman blog.

Anda perlu memiliki sebuah blog, sama ada blog yang anda bina menggunakan platform wordpress self hosted, ataupun blog yang anda bina menggunakan blogspot. Pastikan blog anda mempunyai konten yang banyak dan mempunyai bilangan trafik yang ramai.

 

Anda hanya perlu masukkan kod iklan pada blog anda, dan iklan tersebut akan muncul secara automatik dimana-mana lokasi yang sesuai didalam artikel blog anda.

 

Blog ini juga ada menyiarkan iklan dari Adsense, dan untuk makluman anda, lokasi iklan ditetapkan sendiri oleh pihak Adsense. Kita tak perlu susah payah nak setting iklan.

 

Kedua, melalui platform Youtube.

Sekarang ni popular dengan istilah Youtuber. So kalau anda lebih selesa untuk beraksi dihadapan kamera, atau lebih senang menghasilkan karya dalam bentuk video, bolehlah sertai program pengiklanan Youtube.

 

Cara yang ketiga adalah dengan menghasilkan apps.

Anda bebas untuk hasilkan apps sama ada apps game, apps konten, apps berita dan sebagainya. Lebih ramai yang menjadi pengguna apps anda, maka lagi tinggi peluang untuk anda dapatkan pendapatan dari program ini.

 

Sekiranya anda minat untuk belajar dengan lebih mendalam topik tentang buat duit dengan apps Android, boleh baca posting saya sebelum ini yang bertajuk Cara menjana pendapatan dengan Android Apps.

 

(2) Belajar menggunakan teknik Search Engine Optimization untuk buat duit secara autopilot

Teknik Search Engine Optimization atau Teknik SEO ini adalah satu teknik bagaimana kita memastikan laman web atau artikel yang kita hasilkan di blog kita berjaya masuk ke halaman pertama Google bagi kata kunci yang kita sasarkan.

 

Umumnya, pengguna internet yang mencari maklumat menggunakan Google akan menaip kata kunci tertentu di halaman carian. Jika anda mahir dengan teknik SEO, anda boleh pastikan bahawa laman web anda akan keluar dimuka surat paling hadapan di Google.

 

Lebih banyak pelawat yang masuk ke laman web anda, yang membaca artikel atau konten yang anda hasilkan, maka peluang untuk buat duit lebih cerah.

 

Sekadar berjaya masuk ke halaman pertama google, itu masih belum cukup untuk membantu anda buat duit. Anda perlu gandingkan ia sama ada dengan program pengiklanan Adsense, ataupun untuk hasil yang lebih baik, gabungkan juga dengan program affiliate.

 

Anda banyak program affiliate yang anda boleh sertai, dan kalau masih confuse tak tau nak sertai yang mana satu, saya syorkan anda sertai semua yang saya dah senaraikan dalam posting berjudul Senarai Program Affiliate yang menawarkan komisen bertingkat-tingkat.

 

Tak kisah apa program yang anda pilih, asalkan

i. Konten yang anda hasilkan menarik

ii. Laman web atau artikel anda berjaya masuk ke page pertama Google untuk keyword yang anda sasarkan

iii. Copywriting anda berjaya membuatkan pembaca rasa yakin dengan apa yang anda promosikan,

 

In Shaa Allah anda juga akan berjaya buat duit secara autopilot menerusi program affiliate. Untuk saya sendiri, saya menggabungkan program affiliate Lazada dengan teknik SEO, dan bawah ini adalah hasilnya.

Kesemua jualan ini datangnya daripada pembaca atau pelawat yang pernah membaca laman blog ataupun artikel-artikel yang pernah saya hasilkan sebelum ini.

 

Saya percaya, anda juga pasti boleh buat dan dapat hasil yang sama seperti yang saya lakukan, setelah anda mahir menggunakan teknik SEO.

 

(3) Daftar program survey Google Opinion Rewards

Google Opinion Rewards ini adalah program survey atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai program tinjauan. Kita sebagai peserta dikehendaki untuk menjawab survey yang disediakan oleh pihak Google.

 

Survey ini ada pelbagai dan ia berkaitan dengan minat, hobi, kelakuan, dan citarasa kita. Antara soalan survey yang saya pernah jawab adalah mengenai tempat dimana saya suka shopping, jenama minuman ringan kegemaran dan juga jenis sukan yang saya minati.

 

Untuk sertai program ini, anda boleh terus muat turun applikasi Google Opinion Rewards dari Google Playstore.

buat-duit-dengan-google

Setiap survey hanya mengambil masa kurang dari 5 minit untuk disiapkan. Dari pengalaman saya, bukan semua survey yang kita siapkan, kita akan terima bayaran. Ada survey yang tak menyediakan sebarang ganjaran terutama sekali survey yang kita siapkan pada kali pertama.

survey-dari-google

Bayaran adalah dalam bentuk kredit yang akan dimasukkan dalam akaun kredit play milik anda. Jadi kat sini, kita kena semak mana-mana merchant yang boleh terima bayaran menggunakan Google Pay kalau nak guna duit tersebut.

 

Kalau anda nak beli sebarang produk yang dijual melalui platform google, maka kredit ini boleh digunakan.

bayaran-jawab-survey

Survey pertama yang saya buat, saya dapat bayaran sebanyak RM0.42 dan setakat artikel ini saya tulis, saya telah berjaya kumpul sebanyak RM0.84

jawab-survey-online-google

Kalau anda merasakan RM0.42 untuk jawab satu survey sangatlah rendah, maka saya syorkan anda join juga program jawab survey yang ditawarkan oleh Valued Opinion. Join dilaman web ini.

buat-duit-online-jawab-survey

Menyertai program jawab survey online adalah merupakan salah satu cara mudah untuk buat duit di internet. Walaubagaimanapun, pendapatan yang bakal dihasilkan mungkin tidaklah begitu banyak.

 

Kalau setakat untuk buat duit dimasa lapang, bolehlah pertimbangkan untuk join program jawab survey.

 

(4) Gunakan Adwords untuk pastikan iklan anda sampai kepada target audience yang tepat

Ini satu lagi perkhidmatan yang cukup power dan berguna yang disediakan oleh Google.

 

Kalau anda nak iklankan sesuatu produk ataupun servis, tak kiralah sama ada produk tu anda punya sendiri atau milik orang lain, anda boleh gunakan servis adwords bagi memastikan iklan anda sampai ke golongan sasaran dalam masa yang lebih cepat.

 

Menggunakan Adwords ni, kita tak perlu susah payah nak sediakan konten, sama ada dalam bentuk video mahupun artikel. Kita hanya perlu sediakan ayat-ayat iklan, beserta dengan gambar yang menarik, seterusnya anda sediakan bajet yang mencukupi bagi memastikan iklan adwords anda berjalan dengan sendirinya.

 

Adwords ini kalau digunakan dengan teknik dan strategi yang betul, boleh memberikan hasil yang sangat lumayan. Tapi awas, ia bukan untuk semua orang. Kalau saja-saja nak guna Adwords tanpa ilmu pengiklanan yang betul, anda hanya akan bakar duit sahaja. Buat iklan tanpa hasil yang jelas.

 

Saya tak akan bercerita secara terperinci tentang Adwords, tapi kalau anda nak belajar, boleh mulakan dari laman web ini. Kalau anda tak ada produk sendiri untuk dijual, boleh sahaja gunakan adword untuk promosikan produk orang lain.

 

Namun anda kenalah pastikan, komisen yang bakal anda terima nanti berbaloi dengan bajet pengiklanan yang anda akan keluarkan.

 

 

Baca juga artikel:

  • Betul ke boleh dapat duit dari Google?Betul ke boleh dapat duit dari Google?
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerjaKerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Beli Smart Tag Touch N Go secara online lebih mudah dan murahBeli Smart Tag Touch N Go secara online lebih mudah dan murah
  • Komisen PERTAMA dari Involve Asia bagi tahun 2018Komisen PERTAMA dari Involve Asia bagi tahun 2018
  • Berapa lama nak ambik cuti raya ni…Berapa lama nak ambik cuti raya ni…
  • Program buat duit eRezeki dan program affiliate Involve AsiaProgram buat duit eRezeki dan program affiliate Involve Asia
  • Punca sebenar kenapa gagal jana sebarang pendapatan dari Program AffiliatePunca sebenar kenapa gagal jana sebarang pendapatan dari Program Affiliate
  • Cara buat duit dengan AdHance by AjobthingCara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
  • Menulis di blog sebagai kerja part time semasa zaman belajar di universitiMenulis di blog sebagai kerja part time semasa zaman belajar di universiti
  • Pernah tak anda rasa excited nak bina dan lancarkan laman web baru?Pernah tak anda rasa excited nak bina dan lancarkan laman web baru?

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan google, guna google untuk buat duit, jana pendapatan dari rumah

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
    Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik
    Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in