Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

March 13, 2017 by Sabree Hussin 3 Comments

Cara buat tempahan tiket Air Asia ketika server down yang ramai orang tak tau

1. Baru-baru ni saya ada terima satu emel dari pihak Air Asia dengan tajuk “Dear Mohamad Sabree, the BIG SALE is almost here! Stay tuned.”

cara-beli-tiket-promosi-airasia

2. Bila saya tanya kawan-kawan lain, sama ada, ada dapat ke tak emel macam ni, saya jadi pelik. Ada yang dapat, dan ada yang tak dapat.

 

3. Walhal orang yang saya tanya tu, dia merupakan salah seorang frequent flyers dengan Air Asia. Tapi dia tak dapat pulak email promo ni.

 

4. Saya pulak? Walaupun saya agak kerap menggunakan khidmat Air Asia, sama ada untuk balik kampung di Jitra, Kedah, ataupun ke Langkawi, Kedah, namun kebanyakkan booking yang dibuat bukan atas akaun saya.

 

5. Saya hanya menjadi penumpang dan bukannya orang yang buat booking.

 

6. Jadi saya beranggapan, ini mungkin promo terpilih hanya kepada ahli terpilih sahaja.

 

7. Promo ini mungkin ditawarkan hanya kepada ahli yang tak pernah buat booking. Bagi ahli yang biasa buat booking, saya berpendapat, kalau tak buat sebarang promo seperti ini pun, mereka masih tetap akan buat tempahan dan terbang dengan Air Asia.

 

8. Ada sesetengah pelanggan, hanya akan beli tiket penerbangan, jika harganya MURAH.

 

9. Mungkin sama lah halnya dengan beli barang secara online. Sesetengah orang di Malaysia ni, hanya akan beli barang secara online di laman web ini, jika harganya lebih murah berbanding lain-lain tempat.

10. Jika harganya SAMA, atau lebih mahal, maka pembelian secara online sudah jadi kurang menarik dan kurang menyeronokkan berbanding beli sahaja dari kedai-kedai biasa.

 

11. Saya cuba cari tiker penerbangan dari Langkawi ke Kuala Lumpur untuk bulan September. Tapi sayangnya, tak ada tiket murah pada waktu tu.

 

12. Lagi menyakitkan hati, bila bukak je laman web Air Asia, keluar notifikasi yang mengatakan mereka mengalami gangguan server.

tiket-promosi-airasia

13. Kadang-kadang saya terfikir jugak, tak kan la sampai sekarang ni, Air Asia masih lagi tak bersiap sedia dengan limpahan trafik yang dah tentu akan berlaku terutama sekali apabila promo seperti ini dijalankan!

 

14. Setiap kali ada promo kot masalah macam ni akan muncul!

 

15. Kadang-kadang kita sebagai pelanggan, kita cuma nak semak flight availability sahaja. Kalau kebetulan waktu tu ada tiket yang murah, atau sekurang-kurangnya affordable, barulah kita akan beli.

 

16. Tapi kalau nak semak jadual penerbangan dan harga pun tak boleh, nak buat macam mana?

 

17. Saya ada beberapa solution. Khas buat mereka yang menghadapi masalah untuk semak jadual penerbangan terutama sekali apabila Air Asia mengalami gangguan server.

 

18. Walaubagaimanapun, cara ini mungkin sesuai, dan mungkin juga langsung tak sesuai. Terpulang kepada kebijaksanaan anda untuk buat keputusan yang sewajarnya.

 

19. Buat semakan tarikh penerbangan menggunakan laman web Air Paz. Boleh klik sini untuk ke laman web Air Paz.

semak-tiket-penerbangan-murah

 

20. Laman web AirPaz ini akan scan jadual penerbangan dari pelbagai syarikat penerbangan yang terbang ke destinasi yang anda inginkan. Jika kebetulan untuk destinasi pilihan anda tu nanti, ada dua atau tiga syarikat penerbangan, anda boleh buat perbandingan harga terus dan pilih mana-mana satu yang paling jimat.

 

21. Sebagai contoh, jika anda ingin terbang dan bercuti ke Pulau Langkawi. Setahu saya, ada tiga syarikat penerbangan yang anda boleh gunakan untuk terbang ke Langkawi. Air Asia, MAS Airlines dan juga Malindo Air.

 

22. Tapi saya tak pernah guna MAS dan Malindo Air sebab selama ni saya hanya guna perkhidmatan dari Air Asia sahaja.

 

23. Kat bawah ni pula adalah contoh yang anda akan lihat apabila menggunakan laman web Airpaz untuk cari tiket penerbangan murah.

tiket-kapalterbang-murah-langkawi

24. Dalam contoh ni, saya buat booking untuk destinasi dari Langkawi ke Kuala Lumpur. Atas ni ialah hasil carian untuk laman web Malaysia Airlines System. Bawah ni pula adalah hasil carian untuk laman web Air Asia dan Malindo Air.

tiket-murah-pergi-langkawi2017

25. Senang je cara nak gunakan laman web Airpaz ni. Anda boleh cari harga tiket paling murah dan yang menariknya ia boleh buat perbandingan harga terus. Tak perlu susah payah nak kena buka laman web lain. Kalau cara biasa, kita kena bukak tiga laman web sekali untuk buat perbandingan harga.

 

26.  Rasa tak yakin nak guna laman web Airpaz untuk buat booking? Tak ada masalah, sebabnya masih ada cara lain yang anda boleh gunakan.

 

27. Cara kedua ialah buat booking guna laman web Air Asia Go.

tiket-penerbangan-airasia-go

 

28. Apa yang saya perhatikan, dan biasanya berlaku seperti ini, kalau laman web Air Asia down disebabkan masalah server, laman web Air Asia Go tak ada sebarang masalah pun. Jadi, anda boleh cuba buat tempahan menerusi laman web Air Asia Go.

 

29. Dari laman web Air Asia Go ini, anda boleh buat tempahan hotel, tempah hotel dan tiket penerbangan, atau tempah tiket penerbangan sahaja.

 

30. Ok… selain tu, ada satu lagi laman web yang anda boleh cuba. Laman web tersebut ialah laman web Air Asia BIG.

31. Menerusi laman web Air Asia Go, anda juga boleh buat tempahan tiket penerbangan dengan Air Asia. Jika anda mempunyai BIG Point yang agak banyak, boleh gunakan BIG Point tersebut untuk buat tempahan. Ataupun jika nak bayar guna cash atau kad kredit juga boleh.

 

32. Baiklah. Ini cara yang saya gunakan untuk cari tiket penerbangan dengan Air Asia. Terutama sekali waktu laman web Air Asia tengah down atau ada gangguan server.

 

33. Jika anda juga menghadapi masalah yang lebih kurang sama, bolehlah guna cara yang sama yang saya gunakan ini. Selamat membuat tempahan.

 

 

Baca juga artikel:

  • Komisen Panduan Bekerja Dari RumahKomisen Panduan Bekerja Dari Rumah
  • Apa yang buatkan saya percaya dengan program Jobdirumah?Apa yang buatkan saya percaya dengan program Jobdirumah?
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan – Ini sebabnyaSaya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan – Ini sebabnya
  • Bukti bayaran komisen dari Involve Asia bagi bulan Julai 2017Bukti bayaran komisen dari Involve Asia bagi bulan Julai 2017
  • Buat bisnes online melalui Sistem Marketplace ataupun lancarkan web ecommerce sendiri?Buat bisnes online melalui Sistem Marketplace ataupun lancarkan web ecommerce sendiri?
  • 3 Tips untuk Usahawan Online yang ingin menjadikan Instagram sebagai medium pemasaran3 Tips untuk Usahawan Online yang ingin menjadikan Instagram sebagai medium pemasaran
  • Lazada Online Revolution 2016: Kempen Beauty Fanatic dari 12 Nov – 17 Nov 2016Lazada Online Revolution 2016: Kempen Beauty Fanatic dari 12 Nov – 17 Nov 2016
  • 10 Langkah menghasilkan blog yang mampu memberikan pendapatan dari internet10 Langkah menghasilkan blog yang mampu memberikan pendapatan dari internet
  • Nak Fokus Pada Affiliate atau Dropship?Nak Fokus Pada Affiliate atau Dropship?
  • Beli tiket wayang MURAH dari GSC serendah RM5Beli tiket wayang MURAH dari GSC serendah RM5

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: cara buat tempahan, cara dapatkan tiket murah air asia, tiket air asia, tiket murah air asia

Trackbacks

  1. Strategi buat jualan PANTAS dengan kaedah pemasaran emel - Sabree Hussin Dot Biz says:
    June 5, 2017 at 10:38 am

    […] Baca juga: Cara buat tempahan tiket Air Asia ketika server down yang ramai orang tak tau […]

    Reply
  2. Komisen Affiliate Airpaz – 30 April 2017 – Buat Duit Blogging says:
    July 17, 2017 at 12:48 am

    […] Sebagai contoh, dalam salah satu kempen promosi Free Seats Air Asia, saya ada menulis artikel berjudul cara buat tempahan tiket Air Asia yang tak ramai orang tahu ketika server down. […]

    Reply
  3. Panduan Melakukan Pembetulan Ejaan Nama Pada Tiket Air Asia says:
    August 9, 2017 at 8:03 pm

    […] Baca juga: Cara buat tempahan tiket Air Asia ketika server down yang ramai orang tak tau […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Masalah parking TERHAD yang sering berlaku di rumah flat
    Masalah parking TERHAD yang sering berlaku di rumah flat
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Bisnes air balang di bazar ramadhan
    Bisnes air balang di bazar ramadhan
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
    Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in