Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

November 21, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online

Sebagai seorang peniaga online yang menggunakan medium Facebook sebagai platform untuk iklankan barang yang dijual, pernah tak anda rasa seperti cara dan sistem bisnes yang digunapakai sekarang ini tak berapa kemas dan menyukarkan bakal pelanggan untuk beli barang-barang yang anda jual.

 

Mungkin situasi ini turut berlaku kepada anda.

bisnes-sesuai-untuk-wanita

Anda menjual barangan seperti busana wanita dan juga tudung. Seperti yang kita semua sedia maklum, produk seperti ini mempunyai pelbagai variasi dan juga warna. Bukan itu sahaja, malahan saiz yang ada juga pelbagai.

 

Daripada apa yang saya dapat perhatikan, menjual produk seperti ini sebenarnya agak leceh.

 

Bakal pelanggan anda, pasti akan tanya soalan-soalan remeh seperti

(1) Saiz M ada tak untuk baju yang warna merah?

(2) Kalau harga termasuk pos berapa ringgit?

(3) PM harga

(4) Stok ada lagi tak?

(5) Ada diskaun tak kalau beli lebih?

 

Mungkin ramai usahawan atau peniaga online, yang memilih untuk menggunakan platform facebook untuk buat jualan, sebab ianya mudah untuk digunakan.

cara-bisnes-facebook

Bukan itu sahaja, malahan penggunaan facebook itu juga adalah percuma.

 

Walaubagaimanapun, saya berpandangan, jika anda ingin jalankan bisnes online untuk tempoh masa yang panjang, sebaik-baiknya anda pilih satu platform yang betul-betul sesuai untuk bisnes yang anda jalankan.

 

Istilah sesuai itu mungkin agak subjektif bagi sesetengah orang. Sesuai bagi saya, tak bermakna sesuai bagi anda. Kalau difikirkan semula, sebenarnya bukan semua bisnes ni sesuai untuk dijalankan seratus peratus menggunakan facebook.

 

Terutama sekali untuk bisnes produk fizikal yang mempunyai pelbagai jenis, pelbagai warna, dan pelbagai rekaan. Pada peringkat permulaan, mungkin anda rasakan jual sahaja guna FB memang sangat mudah dan murah. Lagipun, anda tak perlu bayar apa-apa untuk gunakan platform ini.

 

Namun, bila dah sampai satu tahap, bila kita dah lama berniaga, gambar-gambar produk yang kita upload dekat album gambar kita pun dah mula mencecah belasan ribu gambar, masa tu barulah anda akan tahu betapa susahnya nak terus niaga di FB.

 

Bukan kita sahaja yang akan terasa susah, prospek kita pun akan rasa susah juga, sebabnya mereka juga tak tahu sama ada produk yang mereka minat nak beli tu, masih ada stok ataupun tidak. Kalau ada berbelas ribu gambar, tak kan dia nak tanya setiap satu, sama ada stok produk tu masih ada atau tidak.

 

Bagaimana pula dengan produk yang anda dah jual sejak dari tahun 2011 lagi. Gambarnya masih ada dalam folder atau album “for sale” tapi produknya dah tak ada. Perkara ini sedikit sebanyak pasti akan buatkan bakal pelanggan anda rasa hilang mood nak terus shopping dengan anda.

 

Cadangan penyelesaian: Gunakan laman web berkonsepkan e-commerce

Macam mana contoh laman web ecommerce ni?

 

Laman web berkonsepkan ecommerce ini adalah seperti laman web Shopee ataupun laman web Lazada. Saya berikan dua contoh ini, sebabnya dua laman web ini adalah laman web ecommerce yang memang terkenal di Malaysia.

bisnes-shopee-online

Untuk bina laman web ecommerce seperti ini, anda memerlukan serba sedikit kemahiran dari segi teknikal.

 

Setelah laman web siap dibina, anda masih lagi perlu membuat kerja-kerja pemasaran, bagi memastikan ada pelawat yang masuk ke laman web anda lalu membuat pembelian.

 

Memandangkan sekarang ini, laman web Shopee membuka peluang kepada para peniaga online untuk menggunakan platform yang mereka bangunkan secara percuma, saya berpendapat ini adalah peluang yang sangat baik dan anda patut ambil peluang ini.

 

Laman web berkonsepkan ecommerce seperti ini memang ada banyak kelebihannya. Anda boleh masukkan seberapa banyak barangan yang anda jual di laman web tersebut.

 

Pada masa yang sama, terdapat juga fungsi dimana anda boleh set, berapa banyak stok yang masih tinggal, saiz apa yang ada, berapa harga apabila termasuk dengan kos penghantaran.

 

Katakanlah, untuk satu design baju, anda set kepada 10 unit sahaja. Jika pelanggan yang buat tempahan di Shopee, beli 10 unit sekaligus, secara automatik, barang tersebut akan hilang dari listing shopee. Dengan ini, barangan yang dah lama anda jual, yang dah habis stok, secara automatik akan dikemaskinikan bagi pihak anda, tanpa perlu anda semak stok satu per satu.

 

Bakal pelanggan boleh cuba buat tempahan, dan kalau dirasakan setuju dengan produk yang dipilih boleh terus buat pembayaran. Pelanggan ini nanti, tak perlu susah payah nak selalu hubungi anda, sama ada melalui whatsapp, PM di FB dan sebagainya.

 

Kalau dia minat, dia boleh terus bayar.

 

Seterusnya pihak Shopee akan maklumkan kepada anda, yang ada pelanggan telah buat bayaran untuk membeli produk anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah uruskan tempahan tersebut.

 

Setelah pembeli dapat barang yang dia nak, dan dia puas hati, pihak shopee akan transfer duit yang pelanggan tu tadi bayar kepada anda.

buat-duit-dengan-shopee

Dalam panduan bisnes Shopee ini, anda akan ketahui macam mana dengan hanya berbisnes di Shopee, kita boleh dapat pendapatan sehingga ribuan ringgit setiap bulan.

 

Bila kita gunakan sistem macam laman web ecommerce ini, kita akan dapat mudahkan pelanggan kita untuk buat pilihan dan juga untuk buat tempahan. Kita mudahkan urusan orang lain, In Shaa Allah urusan kita juga akan dipermudahkan.

 

Sekarang ini, anda hanya perlu update stok di satu tempat sahaja. Iaitu di Shopee. Iklan di FB tu boleh jalankan macam biasa, cuma bila nak buat tempahan tu, kita minta pelanggan buat bayaran di shopee. Dekat situ, pelanggan ni tadi boleh semak, apa design yang masih ada, berapa harga, dan warna apa yang masih dalam stok.

 

 

Baca juga artikel:

  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Kerja dekat luar negara memang nampak hebat, kan?Kerja dekat luar negara memang nampak hebat, kan?
  • Cara buat duit dengan Instagram – Pengenalan kepada Portal Iklan IGCara buat duit dengan Instagram – Pengenalan kepada Portal Iklan IG
  • Copywriting tu ibarat kita nak memikat orang yang kita suka!Copywriting tu ibarat kita nak memikat orang yang kita suka!
  • Sebulan Maksimum Dua Produk Berkaitan SahajaSebulan Maksimum Dua Produk Berkaitan Sahaja
  • Manfaatkan masa cuti selepas pilihanraya bersama keluargaManfaatkan masa cuti selepas pilihanraya bersama keluarga
  • Buat duit online MUDAH bersama TrivagoBuat duit online MUDAH bersama Trivago
  • Tak setuju dengan larangan merokok di kedai makanTak setuju dengan larangan merokok di kedai makan
  • Denda maksimum RM10 ribu jika merokok di tempat awam!Denda maksimum RM10 ribu jika merokok di tempat awam!
  • Bisnes runcit tapi pelanggan peringkat AntarabangsaBisnes runcit tapi pelanggan peringkat Antarabangsa

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: cara jual barang di shopee, jual barang di shopee, jual produk di facebook

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
    Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
    Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Cara kerja seorang Internet Marketer
    Cara kerja seorang Internet Marketer

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in