Cari servis artikel advertorial yang paling MURAH atau yang boleh menepati kriteria?

Saya rasa, saya dah agak lama tak menerima sebarang job untuk menulis artikel review mahupun tugas menulis artikel advertorial. Permintaan itu masih ada, cuma saya rasa saya nak berehat dulu.

 

Sebagai seorang penulis blog, sudah tentu saya ada pengalaman menulis artikel review dan advertorial untuk klien yang minat untuk dapatkan khidmat penulisan dari saya.

 

Dari apa yang saya perhatikan, pelanggan (klien) ini ada dua jenis.

 

Pertama, adalah pelanggan yang mempunyai syarikat yang besar. Mereka mempunyai bajet pengiklanan dan tak kisah untuk berbelanja bagi tujuan pengiklanan. Katakanlah mereka sedia untuk belanjakan RM2,000 bagi tujuan iklan berkaitan dengan medium blog dan search engine optimization.

 

Dengan peruntukkan sebanyak RM2,000 itu tadi, dia boleh dapatkan sekurang-kurangnya 20 orang penulis blog, dari 20 buah blog yang berbeza untuk menulis satu artikel promosi untuk perniagaan miliknya.

 

Kemudian, setiap 20 orang ini pula perlu fokus pada satu kata kunci yang telah ditetapkan pada peringkat awal.

 

Saya kata, sekurang-kurangnya 20 orang penulis, sebab saya tahu, ada banyak penulis blog yang sanggup menulis artikel advertorial dengan kadar upah yang lebih rendah daripada RM100 per artikel. Mungkin RM50, RM70 atau RM90 per artikel masih lagi dikira satu kadar upah yang lumayan bagi penulis yang jarang-jarang dapat tugasan seperti ini.

 

Kemudian, ada juga pelanggan advertorial dari jenis pemilik perniagaan kecil-kecilan ataupun orang perseorangan. Mereka ini menjalankan bisnes pada skala kecil, sama ada mereka adalah pemilik bisnes homestay, founder produk kecantikkan dengan resipi tradisional keluarga ataupun peniaga kecil.

 

Mungkin mereka pernah dengar dan pernah baca dimana-mana, tentang betapa bagusnya teknik advertorial, bagaimana advertorial boleh bantu perniagaan mereka memperolehi pelanggan yang baru, dan penjimatan jangka masa panjang yang boleh dinikmati apabila mereka menggunakan kaedah advertorial dalam pemasaran.

 

Senang kata, mereka pernah dengar kelebihan menggunakan teknik advertorial dan mereka sedang mempertimbangkan untuk menggunakan kaedah pemasaran ini untuk bisnes yang mereka sedang jalankan.

 

Cuma kadang-kadang itu, saya tertanya-tanya sendiri, kenapa agaknya pemilik perniagaan ini, memilih penulis blog tertentu untuk menulis advertorial bagi mempromosikan perniagaan miliknya?

 

Apakah terdapat penanda aras tertentu, atau sebab-sebab tertentu kenapa pilihan tersebut dilakukan?

 

Buat penulis blog yang selalu dapat offer menulis artikel advertorial, agaknya pernah atau tidak terlintas di fikiran, sama ada artikel advertorial yang anda tulis selama ini, pernah convert kepada sales ataupun tidak?

 

Saya rujuk kembali kepada pelanggan jenis yang pertama, iaitu pemilik syarikat besar. Mereka ini mempunyai strategi pemasaran mereka sendiri, dan apabila mereka menggunakan khidmat penulisan anda, bermakna anda adalah sebahagian daripada strategi besar yang dia sedang rencanakan.

 

Berbeza pula halnya dengan pelanggan jenis kedua, yang baru nak bermula. Mereka ini, sebahagiannya adalah individu yang masih lagi tercari-cari rentak dalam menjalankan bisnes.

 

Mereka mempunyai harapan yang menggunung tinggi untuk berjaya dalam bisnes yang diceburi. Mereka adakalanya tidak begitu rasional dan selalu mengharapkan kejayaan dan keajaiban dalam perniagaan.

 

Kalau boleh, hari ini mereka dapatkan servis advertorial dari kita, esok juga dah boleh nampak hasilnya. 

duit-dari-internet

Sukar untuk track keberkesanan sesuatu artikel advertorial yang dihasilkan

Pada saya, inilah satu cabaran yang saya hadapi sebagai salah seorang penyedia khidmat advertorial kepada usahawan dan peniaga kecil.

 

Saya rasa, agak susah untuk saya track sama ada artikel advertorial yang saya pernah hasilkan sebelum ini, berjaya memberikan jualan kepada pelanggan saya atau sebaliknya, MELAINKAN kalau pelanggan saya itu sendiri jenis yang rajin bagi saya update tentang perkembangan advertorial yang saya pernah hasilkan.

 

Sebelum ini, saya lebih banyak fokus kepada mempromosikan produk-produk milik syarikat yang menawarkan program affiliate. Misalnya seperti program affiliate dari Lazada Malaysia ataupun program affiliate yang dianjurkan oleh pihak Involve Asia.

 

Mereka mempunyai tracking system yang cukup baik, yang mana melalui sistem yang mereka sediakan itu, saya boleh lihat setakat mana prestasi artikel yang saya telah hasilkan. Kalau ditakdirkan pada satu-satu masa ada banyak jualan yang terhasil, maka tahulah saya yang usaha pemasaran yang saya hasilkan itu tidaklah sia-sia.

 

Saya juga sebelum ini agak rajin update berapa banyak komisen yang berjaya saya hasilkan melalui program-program affiliate yang saya sertai.

Misalnya

(1) Komisen Affiliate Lazada September 2016

(2) Komisen Affiliate Klikjer Oktober 2016

 

Saya tulis artikel tentang berapa banyak komisen yang pernah saya hasilkan, bukannya untuk tujuan menunjuk-nunjuk. Sebaliknya, saya nak beritahu kepada bakal pelanggan, bahawa saya adalah orang yang sesuai untuk menulis artikel advertorial bagi pihak perniagaan anda. In Shaa Allah, kalau saya tulis artikel, saya akan tulis bagi anda berjaya dapat jualan.

 

Buktinya? Buktinya adalah pada pendapatan yang saya berjaya hasilkan menerusi program affiliate yang saya sertai. Kalau menerusi program affiliate, saya boleh dapat sales, In Shaa Allah, bila saya promosikan perniagaan anda, saya juga boleh produce sales untuk kalian.

 

Klien memilih penulis blog yang tiada pengalaman menjual melalui blognya

Ini merupakan satu perkara aneh, tapi ia memang betul-betul berlaku.

 

Mungkin penulis blog tersebut dipilih, kerana blognya popular? Mungkin kerana trafiknya tinggi? Atau adakah sebab bayaran upah yang diminta tidak terlalu mahal … ataupun murah?

 

Itulah dilema yang sering bermain dalam fikiran saya.

 

Kalau orang beri kepercayaan kepada saya, untuk saya hasilkan advertorial bagi mempromosikan perniagaan miliknya, In Shaa Allah saya akan buat yang terbaik dan akan pastikan setiap sen yang dibayar kepada saya dalam bentuk upah, akan kembali kepada pelanggan tersebut dalam bentuk jualan yang bakal saya hasilkan.

 

Tetapi, kalau nak upah saya buat kerja, dengan anggapan kadar upah saya MURAH, atau sebab nak cari penulis yang boleh bagi harga murah, saya kira, adalah lagi baik kalau cari je penulis lain, yang belum tentu akan ambil tanggungjawab memastikan perniagaan milik anda akan dapat hasil atau sebaliknya selepas dia menerima job advertorial tersebut.

 

Apa pun, setiap orang ada pandangan yang berbeza.

 

Saya pernah dengar satu pendapat dari penulis blog yang saya kenali, kata dia

“Pengiklan upah aku untuk menulis artikel advertorial, jadi apa yang aku buat adalah tulis artikel, itu sahaja… kalau nak suruh aku promosikan, buat jualan, buat marketing tambahan itu semua, itu bukan kerja aku…”

 

Ayatnya lebih kurang macam tu la.

 

Mungkin, ada sebilangan pelanggan (pengiklan) yang menyangka, bila dia upah seseorang itu untuk buat advertorial bagi pihaknya, orang yang dia upah ini (blogger) akan buat semua bagi pihaknya. Termasuk dapatkan sales untuk bisnes yang dia sedang jalankan.

 

Sebenarnya andaian seperti itu adalah silap.

 

Kalau blogger tersebut nak bantu buat marketing, itu adalah satu bonus bagi perniagaan anda. Ataupun, kalau memang itu adalah sebahagian daripada perjanjian, maka memang itu menjadi tanggungjawab blogger tersebut untuk penuhi.

 

Namun dari apa yang saya perhatikan, termasuk dari pengalaman saya sendiri, penulis blog akan keep silent tentang aspek marketing. Bagi dirinya, blogger itu peranannya cuma sediakan platform, iaitu blog miliknya dan dia akan sediakan servis tulis artikel. Itu sahaja.

 

Sama ada akan dapat jualan atau tidak, itu bukan masalahnya.

 

Sebab itu saya percaya, servis atau caj yang murah tak sepatutnya dijadikan kriteria untuk memilih blogger tertentu untuk menulis tentang perniagaan anda. Sebaliknya pilihlah blogger yang boleh deliver satu hasil kerja yang menepati kriteria yang anda mahukan.

 

Anda mahukan blogger yang boleh berikan sales kepada perniagaan anda? Pilihnya blogger yang memang ada pengalaman buat jualan melalui blognya, bukannya blogger yang buat duit sebab ada pengalaman tulis advertorial semata-mata.

 

Blogger macam tu, kalau anda suruh dia jual barang, belum tentu dia mampu jual.

 

 

, ,

No comments yet.

Leave a Reply

4 × 5 =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes