Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

April 28, 2020 by Sabree Hussin Leave a Comment

Cara buat duit melalui perkhidmatan yang disediakan oleh Google

Hari-hari kita menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Google. Syarikat Google telah memperkenalkan pelbagai applikasi bagi memudahkan kehidupan dan urusan kita.

 

Sama ada bagi tujuan melayari internet, mencari maklumat, menonton video dan banyak lagi.

 

Jika anda juga sama seperti saya, merupakan pengguna smartphone dengan operating system dari Android, bermakna hidup kita makin banyak menggunakan servis dari Google.

 

Tapi tahukah anda, yang sebenarnya Google juga ada sediakan servis yang mana jika kita gunakan servis tersebut, kita boleh jana pendapatan melaluinya.

 

Artikel kali ini saya akan kongsikan, 4 cara bagaimana kita boleh manfaatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Google untuk hasilkan pendapatan di internet.

 

(1) Siarkan iklan-iklan berbayar milik Google

Ya, pihak Google akan membayar anda upah, jika anda bersedia untuk menyiarkan iklan-iklan milik mereka. Program ini dikenali dengan nama Google Adsense.

google-adsense

Setakat hari ini, ada 3 cara bagaimana untuk anda menyertai program penyiaran iklan ini.

 

Pertama, melalui laman blog.

Anda perlu memiliki sebuah blog, sama ada blog yang anda bina menggunakan platform wordpress self hosted, ataupun blog yang anda bina menggunakan blogspot. Pastikan blog anda mempunyai konten yang banyak dan mempunyai bilangan trafik yang ramai.

 

Anda hanya perlu masukkan kod iklan pada blog anda, dan iklan tersebut akan muncul secara automatik dimana-mana lokasi yang sesuai didalam artikel blog anda.

 

Blog ini juga ada menyiarkan iklan dari Adsense, dan untuk makluman anda, lokasi iklan ditetapkan sendiri oleh pihak Adsense. Kita tak perlu susah payah nak setting iklan.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan google, guna google untuk buat duit, jana pendapatan dari rumah

January 26, 2020 by Sabree Hussin Leave a Comment

Perkara yang menjadi punca Kegagalan sebuah sistem marketplace dan bisnes ecommerce

Sebelum ini saya telah pun menulis topik tentang kejayaan sistem marketplace. Kalau anda masih belum baca, jemput baca dulu ya.

Sila ke halaman ini: Faktor kejayaan sebuah sistem marketplace

 

Kali ini, kita tengok pula punca-punca yang boleh menyebabkan bisnes ecommerce dan juga sistem marketplace gulung tikar.

 

(1) Modal yang tak mencukupi

Isu tentang modal.

 

Pengendali sistem marketplace atau laman web ecommerce beroperasi dengan modal yang sangat terhad. Mungkin pada mulanya dia menyangka kos untuk menjalankan bisnes seperti ini hanyalah sekadar untuk dapatkan nama domain, hosting, install sistem ecommerce sahaja.

 

Dia tak perasan, sebenarnya ada banyak lagi kos-kos yang perlu  dilaburkan untuk menjayakan bisnes seperti ini.

buat-duit

(2) Tiada business plan ataupun rancangan perniagaan

Macam mana boleh terlepas pandang bab modal? Biasanya sebab tiada perancangan yang rapi sebelum melancarkan bisnes.

 

Hanya ada kemahiran teknikal atau IT, masih belum cukup untuk berjaya dalam bisnes.

Cuma pandai buat bisnes, faham semua falsafah perniagaan juga masih belum cukup untuk berjaya.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: bisnes ecommerce, kegagalan bisnes ecommerce, sistem marketplace

January 23, 2020 by Sabree Hussin 1 Comment

Faktor penyumbang kepada kejayaan sebuah Sistem Marketplace

Sekali imbas, bisnes berkonsepkan sistem marketplace kelihatan mudah untuk dijalankan.

 

Kali ini saya bukan maksudkan, anda berniaga atau buka kedai online melalui marketplace, sebaliknya saya ingin bercerita tentang konsep perniagaan sistem marketplace itu sendiri.

 

Atau dengan kata lainnya, kita sendiri yang wujudkan sistem marketplace dan peniaga lain datang untuk bina kedai online dalam sistem yang kita bangunkan.

 

Artikel sebelum ini, saya ada sentuh sedikit, mana satu yang lebih baik, sama ada berniaga menggunakan sistem marketplace sedia ada yang dah memang popular seperti Lazada dan Shopee, ataupun kita lancarkan sendiri laman web ecommerce.

Baca disini: Buat bisnes online melalui Sistem Marketplace ataupun lancarkan web ecommerce sendiri?

sistem-ecommerce-bisnes-online

Untuk perkongsian kali ini, saya nak menyentuh pula topik tentang bagaimana kalau kita sendiri yang wujudkan sistem marketplace. Manalah tahu, ada antara pembaca dan pelawat blog ini ada yang bercita-cita nak wujudkan sebuah marketplace yang mampu untuk beri saingan kepada marketplace sedia ada seperti Lazada, Shopee, Presto Mall dan juga Lelong.My.

 

Tak salah untuk pasang cita-cita yang sebegitu besar. Cuma pada masa yang sama, kita kenalah bersikap realistik dan pastikan kita tahu apa sebenarnya yang kita sedang cuba nak lakukan.

 

Dikesempatan ini, saya nak kongsikan sedikit hasil kajian saya mengenai apakah faktor yang menjadi penyumbang kepada kejayaan sesebuah sistem marketplace.

 

Faktor-faktor ini saya tidak susun ikut mana satu yang lebih penting. Maksud saya, point yang saya letakkan di nombor satu ini tidaklah bermakna ia lebih penting berbanding point yang nombor 8.

 

Saya susun sedemikian rupa sebabnya cetusan idea ketika saya menulis artikel ini muncul bukan mengikut mana satu faktor yang paling penting. Baiklah. Jom kita lihat, apa faktor penyumbang kejayaan sesebuah sistem marketplace.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: kejayaan sebuah marketplace, sistem marketplace, sistem marketplace yang berjaya

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 23
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan
    Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
    Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut