Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

December 14, 2019 by Sabree Hussin 3 Comments

Jual barang melalui sistem marketplace MUDAH dan boleh UNTUNG BESAR

Sebelum nak cerita panjang-panjang mengenai sistem marketplace, rasanya lebih baik kita fahamkan dulu, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sistem marketplace ini?

 

Sistem marketplace atau online marketplace merupakan sebuah website atau applikasi telefon yang membantu memudahkan pengguna untuk membeli belah secara dalam talian dan boleh melakukan transaksi dengan pelbagai penjual melalui satu sistem.

 

Pemilik laman web atau applikasi marketplace boleh juga menjadi salah seorang penjual dan mempunyai inventori atau stok produk.

bisnes-dropship-dari-china

Pada masa yang sama, ada juga pemilik sistem marketplace yang tidak mempunyai sebarang produk untuk dijual. Mereka hanya menyediakan sebuah sistem (atau pasaran) supaya penjual boleh mendapatkan pelanggan melalui sistem yang mereka bangunkan, dan pada masa yang sama, pembeli dapat memperolehi barang yang diinginkan tanpa perlu susah payah.

 

Ada beberapa sistem marketplace yang popular, yang biasa digunakan oleh para pengguna di Malaysia. Contohnya,

1. Lazada

2. Shopee

3. Lelong

4. Zalora

5. Ebay

cara-jadi-seller-lazada

bisnes-shopee

Apa yang saya senaraikan diatas ini, adalah yang popular dan saya percaya anda juga mungkin pernah beli barang daripada salah satu laman web yang saya nyatakan.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan marketplace, buat duit di ecommerce, marketplace, sistem ecommerce

December 9, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Bisnes runcit tapi pelanggan peringkat Antarabangsa

Apa yang anda tahu tentang bisnes runcit?

 

Kalau merujuk kepada laman web wikipedia, istilah peruncitan di definisikan sebagai …

 

“Peruncitan ialah penjualan barang atau dagangan dari sesuatu tempat yang tetap atau menerusi pos, dalam kumpulan atau longgok yang kecil untuk penggunaan pembeli.

Tempat tetap boleh merupakan kedai serbaneka, butik, atau gerai, dengan tempat tetap itu boleh terletak di:

  1. tepi jalan kawasan kediaman;
  2. di jalan membeli-belah yang tidak mempunyai banyak atau langsung tidak mempunyai rumah kediaman yang berhampiran; atau
  3. kawasan membeli-belah.”

 

Mudahnya, bisnes runcit ini adalah apabila kita membeli stok produk secara borong atau pukal kemudian kita jual semula kepada pelanggan dalam kuantiti yang lebih kecil dengan harga yang berpatutan.

 

Biasa kalau kita beli dengan harga borong, kos barang tersebut akan jadi lebih murah kalau nak bandingkan dengan beli secara runcit atau per unit.

 

Perbezaan harga itulah yang akan menjadi untung untuk kita.

bisnes-kedai-runcit

Bisnes runcit ni, menurut pandangan saya, adalah satu bisnes yang straight forward.

 

Peringkat permulaan, kita kenalpasti terlebih dahulu apakah barangan yang menjadi keperluan bagi penduduk setempat. Sama ada barang-barang kering, barangan basah, makanan, minuman dan sebagainya.

 

Seterusnya kita beli stok barangan yang nak dijual dalam kuantiti yang banyak secara borong supaya dapat harga yang lebih rendah, kemudian jual satu per satu.

 

Kedai runcit ni, kalau kita tak letak papan tanda, yang mengatakan ia adalah kedai runcit pun orang boleh tahu… itu adalah kedai.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: jual barang runcit ke peringkat antarabangsa, jual barang runcit secara online, jual barang secara online

November 26, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Bagaimana dengan menulis membantu saya hasilkan ribuan ringgit setiap bulan

Skil menulis adalah salah satu skil yang sangat berbaloi untuk kita pelajari dan kuasai. Mungkin saya agak bias dalam hal ini memandangkan saya adalah individu yang mencari rezeki melalui jalan penulisan.

 

Sejak dari zaman sekolah rendah lagi, kita telah diajarkan dengan kemahiran penulisan. Namun berapa ramai yang betul-betul ambil serius terhadap ilmu yang diajarkan?

kerja-copywriting

Ilmu, kalau tak diamalkan, lama-lama ia akan hilang. Kalau masa sekolah dulu, kita buat karangan adalah untuk mendapatkan gred A dalam matapelajaran Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris, tapi pada hakikatnya ramai yang tak sedar, ilmu yang sama, iaitu ilmu penulisan boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan pendapatan sehingga ribuan ringgit setiap bulan apabila dipraktikkan dengan cara yang betul.

 

Tahun 2009, saya mula menjadikan bidang penulisan sebagai salah satu cara untuk jana pendapatan sampingan. Saya pun pada mulanya tidak meletakkan satu harapan yang tinggi, yang saya akan mampu hasilkan pendapatan menerusi jalan ini.

 

Kalau nak cakap dari segi formal training dalam bidang penulisan ini, saya memang tak ada. Semuanya saya belajar sendiri melalui rujukan laman-laman web dari dalam dan luar negara, pembacaan hasil karya orang lain dan juga mengikuti panduan-panduan yang ditulis oleh penulis sebelum saya.

 

Ya, saya juga pernah belajar dari panduan yang ditulis oleh saudara Aqif Azizan. Menurut penilaian saya, ada sesuatu yang saudara Aqif ini tahu mengenai bidang penulisan yang saya tak tahu.

 

Peduli apa kalau dia lebih muda berbanding saya sekalipun. Ilmu itu lebih penting, berbanding rasa ego dalam diri.

buat-duit-dengan-emnulis

Bagi orang yang memang tak ada training dalam bidang penulisan, belajar dari panduan-panduan seperti ini adalah salah satu tindakan yang tepat yang saya ambil untuk mendapatkan skil penulisan yang lebih baik.

 

Saya cerita sikit, macam mana saya boleh terjebak dalam bidang ini.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan menulis, hasilkan ribuan ringgit dengan penulis, menulis untuk duit

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • …
  • 25
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in