Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

January 15, 2021 by Sabree Hussin Leave a Comment

Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan

Perkongsian kali ini, saya nak share serba sedikit pengalaman yang saya dah pernah lalui sepanjang bergiat secara aktif sebagai penulis di internet.

 

Saya ni adalah serba sedikit pengalaman dalam bidang penulisan ini. Jadi kalau anda rasa nak dengar (atau baca) perkongsian pengalaman ni, bolehlah teruskan membaca. Kalau rasa tak minat, boleh terus tutup halaman ini. Saya janji yang saya tak akan berkecil hati.

 

Apa yang saya muatkan dalam artikel ini hanyalah sebagai “panduan” atau “perkongsian” semata-mata. Bagi mereka yang masih agak baru dalam bidang penulisan di internet, anggaplah ini sebagai satu rujukan.

 

Saya langsung tak berniat nak melemahkan semangat sesiapa. Apa yang bakal saya ceritakan adalah satu hakikat, yang sememangnya akan dilalui oleh semua penulis. Mungkin anda tak akan lalui semua, tapi pasti akan ada satu atau dua perkara yang saya kongsikan disini akan anda lalui.

 

Persoalannya disini bukanlah tentang sama ada anda akan lalui atau tidak, sebaliknya tentang bila anda akan lalui.

Andai kata anda lalui apa yang saya coretkan dalam artikel ini satu masa nanti, tak perlulah anda terlalu terkejut, sebabnya diperingkat awal lagi anda telahpun baca pendedahan dari saya. Sebaliknya anda akan rasa lebih bersedia, sebab dah tahu lambat laun apa yang saya ceritakan ini akan berlaku juga pada anda.

 

Tanpa membuang lagi banyak masa, jom kita lihat, apakah hakikat yang anda perlu lalui apabila ingin menjadi seorang penulis di internet. Tak kiralah sama ada menulis di blog, media sosial, atau lain-lain platform di internet.

[Read more…]

Filed Under: Kehidupan Freelancer Tagged With: buat duit menulis, jana pendapatan menulis, penulis di internet, penulis online

July 31, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Pentingnya dapatkan sokongan dari pasangan jika ingin bekerja sendiri!

Anda betul-betul serius ke nak bekerja sendiri ni?

 

Bagi orang yang belum berkahwin, sebenarnya lebih mudah untuk buat keputusan sama ada nak bekerja sendiri atau makan gaji dengan majikan.

 

As per now, anda hanya bertanggungjawab terhadap diri anda sahaja. Asalkan boleh cukup makan, boleh bayar duit sewa (kalau masih duduk dengan famili lagi bagus), boleh penuhi segala komitmen termasuk hutang piutang, anda tak perlu khuatir sangat untuk bekerja sendiri.

 

Asalkan anda yakin, kerja tersebut boleh memberikan pendapatan, just go for it.

 

Situasi ini pastinya berbeza untuk individu yang sudah berkeluarga. Ada banyak perkara yang perlu difikirkan. Faktor risiko dan peluang, semua itu perlu diberikan pertimbangan yang sewajarnya.

 

Justeru, kita tak perlu nak bincangkan dengan lebih mendalam persoalan tentang nak bekerja sendiri secara full time ataupun tidak buat masa ini.

Buat permulaan, kita cuba dulu kerja secara part time.

 

Kalau anda decide nak buat secara part time dulu, anda boleh tentukan sendiri jadual kerja anda, sama ada

  1. Setiap hari anda akan luangkan masa 2 – 3 jam untuk uruskan bisnes anda
  2. Anda hanya akan peruntukkan 1 atau 2 hari untuk urus bisnes, terutama sekali ketika cuti
  3. Anda hanya akan kerja untuk 3 ke 4 hari dalam sebulan

 

Tak kira anda nak pilih jadual kerja yang mana satu, sama ada nak kerja setiap hari, kerja beberapa hari dalam seminggu atau kerja beberapa hari sahaja dalam sebulan… apa yang pasti kalau anda sudah berkahwin, anda WAJIB dapatkan sokongan daripada pasangan anda.

 

Benda ini terpakai, tak kira sama ada anda lelaki ataupun perempuan.

 

Anda kena tahu, bila setiap hari anda peruntukkan masa sekitar 2 – 3 jam untuk bekerja (kerja sendiri) bermakna masa anda bersama pasangan akan jadi makin pendek.

 

Kalau pasangan anda kurang memahami, waktu ini dia akan ganggu anda. Dia akan ajak anda bersembang, dia nak mengadu, dia nak minta tolong anda kemas rumah jaga anak dan sebagainya.

[Read more…]

Filed Under: Kehidupan Freelancer Tagged With: kerja sendiri, sokongan dari pasangan, tips bekerja sendiri

July 13, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Kelebihan bekerja sendiri yang orang lain tak mungkin akan dapat rasai

Kerja sendiri bukannya untuk orang yang pemalas.

 

Satu kefahaman yang SILAP adalah apabila ada yang mengatakan orang yang bekerja sendiri ini adalah orang yang malas nak cari kerja. Sebenarnya bukan seperti itu.

 

Saya selalu perhatikan iklan-iklan kerja kosong yang terdapat di laman web carian kerja Maukerja.my. Walaupun disitu ada banyak kerja kosong dengan gaji yang lumayan, namun saya dapati tak ada satu pun yang menarik perhatian saya.

 

Jadi, apabila berada dalam situasi saya ini, daripada pening-pening kepala nak apply kerja yang memang tak berapa sesuai dengan diri saya, adalah lebih baik saya cipta sendiri peluang kerja tersebut. Memandangkan kerja yang saya nak buat dan yang saya suka itu nampaknya tak wujud, atau tiada kekosongan, lebih baik saya kerja sendiri.

buat-duit

Saya suka menulis. Nak cari kerja yang membolehkan saya fokus dengan kerja-kerja menulis sahaja, nampaknya agak sukar. Selain menulis, saya juga suka jalan-jalan, pergi bercuti dan menjelajah tempat orang.

 

Kemudian saya suka menulis tentang pengalaman perjalanan saya dan serba sedikit kisah yang saya boleh pelajari hasil daripada sesuatu perjalanan yang saya lalui.

 

Kalau dilihat sekali imbas, kerja yang sesuai untuk saya, nampaknya macam kerja sebagai wartawan. Cuma, saya tak berapa berkenan pula nak bekerja sebagai wartawan, dan terikat dengan disiplin kewartawanan yang ketat.

 

Lagi satu, saya tak mempunyai latihan yang formal dalam bidang kewartawanan. Dekat situ nampaknya saya memang tak layak nak apply kerja sebagai wartawan.

 

Bercakap mengenai kerja sebagai wartawan, saya temui satu peluang kerja sebagai wartawan di laman web maukerja.my

kerja-kosong-wartawanJika anda memerlukan atau minat dengan kerja tersebut boleh cuba memohon melalui pautan yang telahpun saya kongsikan diatas.

[Read more…]

Filed Under: Kehidupan Freelancer Tagged With: kebaikkan bila kerja sendiri, kelebihan bekerja sendiri, pengalaman kerja sendiri

  • 1
  • 2
  • 3
  • …
  • 5
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut