Telah menjadi cita-cita dan impian saya sejak dari zaman belajar di Universiti dulu lagi.
Saya nak wujudkan satu sistem buat duit automatik saya sendiri. Satu sistem dimana saya hanya perlu setup sekali sahaja, kemudian sistem tersebut akan berjalan dengan sendirinya.
Sistem ini tak perlukan penglibatan secara aktif dari saya. Ini bermakna saya bebas untuk buat kerja-kerja lain, dan tak perlu terlalu memikirkan tentang sistem tersebut.
Namun bukanlah bermaksud yang ia langsung tak memerlukan penglibatan saya. Sesekali kena tengok-tengok la jugak prestasi sistem tersebut.
Walaubagaimanapun, ini bukanlah kerja yang mudah.
Daripada pengalaman yang saya perolehi di masa lalu, apa yang saya hajatkan kini mula kelihatan lebih masuk akal. Kalau sebelum ini saya sendiri agak meragui kewujudan sistem seperti ini. Apa tidaknya… seumur hidup tak pernah nampak lagi sistem yang saya sendiri idam-idamkan tu.
Sistem buat duit automatik, bukan lagi sistem buat duit mitos. Apabila banyak bergaul dengan orang lain, banyak bertanya dengan individu lain yang lebih berpengalaman, saya nampak beberapa contoh sistem buat duit automatik yang terdapat diluar sana.
Sebahagiannya saya sekadar baca sahaja. Mana-mana yang saya rasakan sesuai dengan saya, saya cuba praktikkan untuk kegunaan saya sendiri.
Ada ke pembaca blog ini yang masih keliru, dengan konsep sistem buat duit automatik yang saya bincangkan dalam posting ini? Jangan risau sebabnya, saya akan tunjukkan kepada anda beberapa contoh, supaya anda lebih jelas dengan konsep duit automatik yang saya bincangkan disini.
Saya hanya akan sentuh beberapa contoh biasa yang terdapat disekeliling kita sahaja. Saya percaya, sistem buat duit automatik seperti ini sebenarnya ada banyak dan datang dalam pelbagai bentuk, cuma kita perasan atau tidak sahaja.
Sistem Mesin Air Vending Machine
Sesetengah tempat, mesin air seperti ini dikenali dengan nama air gedegang.
Mesin air seperti ini kita boleh nampak banyak diletakkan di shopping mall. Formula untuk raih pendapatan yang lumayan melalui mesin air seperti ini ialah,
- Dapatkan tempat yang strategik
- Tempat yang ramai pengunjung
- Tempat orang ramai selalu lalu lalang
- Tempat yang banyak orang duduk menunggu
- Kena rajin refill air tin yang dah habis
- Harga yang tak terlalu mahal supaya orang beli dua tin sekaligus
Selain sistem air vending machine, ada juga sistem kerusi urut yang menggunakan duit kertas tu. Kalau bayar RM1, mesin urut akan beroperasi selama lebih kurang 3 minit.
Konsep kerusi urut ini lebih mudah, sebabnya kita tak perlu selalu cek stok macam mesin air.
Sistem duit automatik melalui pelaburan
Bercakap mengenai pelaburan, diluar sana ada macam-macam jenis pelaburan. Ada yang sah, dan ada yang scam. Pandai-pandailah anda pilih.
Selalunya orang pilih pelaburan yang scam sebab tak tahan dengan janji-janji manis yang ditaburkan. Dengan potensi pulangan yang sangat lumayan dalam masa yang singkat, namun akhirnya berkesudahan dengan menjadi mangsa penipuan.
Lupakan soal nak buat duit lumayan dalam masa yang pantas. Pilih jalan yang selamat. Kalau nak melabur, melaburlah dalam skim yang memang dijamin oleh kerajaan melalui institusi kewangan.
Melabur dalam ASB, Tabung Haji dan sebagainya adalah jalan selamat.
Ataupun kalau anda mempunyai modal yang besar, boleh melabur dalam pasaran hartanah. Dapatkan sebuah hartanah dan jadikan ia sebagai rumah sewa ataupun jadikan ia sebagai satu bisnes homestay, jika anda ingin pulangan yang lebih lumayan.
Saya tak akan sentuh dengan begitu details mengenai peluang pendapatan dalam bisnes homestay, sebabnya itu hanya akan membuatkan artikel ini jadi terlalu panjang. Tapi kalau anda betul-betul minat nak belajar, boleh teruskan pembacaan di laman web ini.
Sistem buat duit automatik menerusi program pengiklanan online
Program pengiklanan online ini adalah salah satu program buat duit yang saya sendiri telah sertai. Dalam banyak-banyak program pengiklanan yang ada diluar sana, satu yang saya boleh syorkan kepada anda adalah program Google Adsense.
Program ini tak susah untuk dilakukan. Namun kalau anda rasa memerlukan panduan atau sumber rujukan, boleh muat turun dilaman web ini.
Program adsense ini boleh dipecahkan kepada tiga jenis.
Pertama, youtube adsense. Dalam program ini, anda perlu hasilkan pelbagai video dan upload dilaman web Youtube. Jika video yang anda hasilkan ada penonton, maka dari situ anda akan terima bayaran dari adsense.
Kedua, google adsense melalui konten artikel. Ini adalah sama seperti yang saya buat. Saya buat laman blog dan siarkan iklan google. Setiap pelawat yang masuk ke laman web saya akan menyumbangkan kepada sedikit pendapatan.
Banyak atau sikit pendapatan daripada kaedah ini bergantung kepada berapa banyak pelawat dan bilangan klik yang saya terima pada iklan-iklan yang disiarkan dalam blog ini.
Ketiga, Iklan adsense pada apps adroid. Melalui cara ini, anda tak perlu susah payah nak tulis artikel atau hasilkan video. Sebaliknya anda hanya perlu hasilkan android apps dan upload di Apps Store. Apabila ada yang muat turun apps anda, lalu menjadi pengguna apps anda, iklan adsense akan dipaparkan pada apps tersebut dan ini akan menyumbangkan pendapatan secara automatik kepada anda.
[Belajar cara buat duit dengan Apps android disini]
Macam mana? Minat nak cuba buat duit automatik melalui program pengiklanan? Cubalah mulakan dengan program adsense.
Sistem duit automatik melalui kerjasama dengan pemilik laman web jualan
Atau dalam bahasa yang lebih senang untuk difahami, adalah melalui program affiliate. Saya pernah tulis serba sedikit mengenai program affiliate sebelum ini.
Baca disini: Nak fokus pada affiliate marketing atau program dropship?
Dalam program affiliate, kita hanya perlu fokus untuk bawa masuk trafik ke laman jualan. Itu sahaja. Sekiranya berlaku jualan, kita akan dapat komisen.
Kita tak perlu nak susah payah memikirkan tentang aspek penghantaran barang, customer support, menjawab pertanyaan dan persoalan pelanggan.
Ada beberapa laman web yang menawarkan program affiliate yang saya kira bagus untuk disertai. Kalau anda sertai program ini juga, In Shaa Allah kebarangkalian untuk anda dapat buat duit juga akan jadi sangat tinggi.
(1) Program Affiliate Sistem Jualan PRO
Program ini menawarkan komisen dua level. Boleh disertai melalui laman web ini.
Oleh sebab komisen adalah dua level, dia ada iras-iras macam program MLM. Anda boleh pilih sama ada nak fokus kepada mendapatkan ejen ataupun fokus pada jual produk. Kedua-duanya bakal memberikan anda peluang untuk buat duit secara automatik.
(2) Program Affiliate Adhance
Program affiliate adhance boleh disertai melalui pautan ini.
Dalam program ini kita akan mempromosikan peluang kerja yang terdapat di laman web maukerja.my
Satu perkara yang saya suka dengan program ini ialah, kita boleh dapat overiding komisen daripada ejen affiliate yang mendaftar melalui link referral kita. Konsep dia lebih kurang macam sistem jualan PRO sebelum ini.
(3) Program Affiliate Visondata
Ini adalah program affiliate yang menjual internet wifi. Program ini menawarkan komisen sehingga 3 level. Boleh disertai melalui pautan ini.
Seronoknya kalau dapat sertai program affiliate yang menawarkan komisen lebih dari satu level, ia boleh jadi satu pendapatan pasif untuk kita.
(4) Program Affiliate Lazada
Program Lazada ini komisen dia cuma satu level. Tapi saya suka buat duit melalui program ini sebab di laman web Lazada ada terlalu banyak produk yang boleh kita promosikan.
Kadang-kadang kita promosikan produk A, let say vitamin jenama Blackmores, tapi pelawat yang membaca ayat promosi kita, tak beli pulak vitamin tu, sebaliknya dia pilih untuk beli makanan kucing.
Kita masih lagi layak dapat komisen, asalkan ada pembelian dilakukan melalui link affiliate milik kita.
(5) Program Affiliate Shopee.com.my
Konsep dia lebih kurang sama macam Lazada. Cuma program Shopee ni, kalau nak join kena join melalui Involve Asia di pautan ini.
Semua yang saya bincangkan disini, ada peluang untuk berikan anda pelung untuk dapatkan pendapatan automatik. Ini yang saya gelarkan sebagai sistem buat duit automatik.
Kalau saya boleh buat, anda juga pasti boleh buat. Apa kata anda mulakan langkah pertama anda, hari ini juga. Kalau tak sure nak kena buat apa, atau ada masalah ketika nak bermula, boleh hubungi saya untuk saya bantu anda mana-mana yang saya mampu.
In Shaa Allah.