Apakah cara pemasaran yang boleh menghasilkan FAST CASH?
Adakah pemasaran menggunakan FBAds? Pemasaran menggunakan Instagram dengan teknik Instagram Kaboom? Atau adakah kaedah pemasaran menggunakan medium blog seperti yang saya sedang gunakan sekarang ni?
Pada pandangan saya, kaedah paling pantas untuk dapatkan duit apabila buat pemasaran ialah dengan menggunakan teknik pemasaran emel.
Lebih-lebih lagi kalau di musim perayaan atau apabila menjelang musim perayaan. Waktu inilah waktu paling mudah untuk buat duit segera.
Jika anda masih belum mula buat pemasaran menggunakan emel, saya amat syorkan anda bermula dengan secepat yang mungkin.
Dapatkan akaun autoresponder anda hari ini juga. Kalau nak berjimat, boleh sahaja gunakan sistem autoresponder percuma dari emelmatik. Klik sini untuk daftar secara percuma sahaja.
Baca juga: Kenapa saya pilih untuk guna Sistem Autoresponder Emelmatik
Strategi PANTAS hasilkan jualan dengan pemasaran emel
Biasanya strategi seperti ini digunakan oleh marketer yang inginkan duit cepat dan ia sangat berkesan apabila kempen pemasaran tersebut dijalankan bersempena dengan hari atau sambutan tertentu.
Contohnya kempen sempena awal ramadhan, kempen sempena nuzul quran, kempen sempena hari raya.
“Tawaran sekali seumur hidup yang tak akan ditawarkan lagi sampai bila-bila.”
“Jualan murah untuk 3 hari sahaja”
Malahan syarikat besar seperti Air Asia juga turut menjalankan kempen yang serupa.
Baca juga: Cara buat tempahan tiket Air Asia ketika server down yang ramai orang tak tau
Satu kelebihan yang terdapat pada kaedah pemasaran emel seperti ini ialah, ianya bersifat targeted. Lazimnya, hanya mereka yang betul-betul berminat dengan tawaran kita sahaja yang akan memberi nama dan alamat emel mereka.
Orang yang tak minat dengan apa yang kita ada dan mampu tawarkan, lazimnya mereka memang tak akan sibuk dengan kempen promosi kita.
Selain itu, bila kita jalankan kempen pemasaran emel, satu lagi kelebihannya ialah kita boleh selalu follow up dengan prospek kita tu.
Follow up banyak-banyak kali sampai dia beli.
Atau sampai dia unsubcribe mailing list kita.
Mana-mana satu pun boleh.
Teknik pemasaran menggunakan emel ini bukanlah teknik yang baru. Ia dah wujud sejak awal-awal dulu emel diciptakan.
Dulu, kita mungkin terpaksa hantar emel secara manual satu per satu.
Kalau nak hantar secara banyak juga boleh, namun tindakan tersebut akan di tanda sebagai spam.
Tetapi, dengan adanya sistem autoresponder, proses penghantaran emel secara pukal jadi lebih mudah, dan yang bagusnya, tindakan tersebut tidak dikira sebagai spamming pun.
.
..
…
Walaupun saya lebih banyak gunakan blog dalam pemasaran, hakikatnya blog ini juga sebenarnya ada mengumpulkan subscriber secara automatik.
Caranya adalah dengan mengajak pembaca dan pelawat blog ini untuk langgan newsletter yang seterusnya akan diuruskan oleh feedburner.
Secara automatik, subscriber saya ini, akan terima emel pemberitahuan apabila saya telah siap hasilkan artikel yang baru.
Jadi, lagi kerap saya update blog, maka akan jadi lagi kerap para subscriber saya tu akan terima emel dari saya.
Menarik, kan?
Apapun, semua ini amatlah membantu saya untuk berjaya dapatkan jualan. Saya harap perkongsikan yang ringkas ini dapatlah beri anda serba sedikit idea untuk jalankan kempen pemasaran dengan lebih baik.