Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

February 29, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Makanan kucing jenama Healthy-Catz beli secara online sahaja

Makanan kucing jenama Healthy Catz food. Baru-baru ni saya ada beli makanan kucing jenama ni secara online sahaja. Biasanya kalau makanan kucing, memang kami akan beli sama ada kat Giant ataupun kat Tesco.

 

Kadang-kadang, kami akan beli di Pet Shop. Itupun kalau ada tawaran harga murah. Kalau harga lagi mahal daripada harga yang dijual kat Giant atau kat Tesco, then lupakan je la. Rasa tak berbaloi la kalau nak beli.

 

Ini first time kami beli secara online sahaja.

 

makanan-kucing-healthy-catz

Apa yang buatkan kami rasa nak beli, pertama sekali sebab harganya yang tak begitu mahal. Anda boleh semak harga di laman web tempat kami beli ini.

 

Kalau untuk yang 3KG, harganya dalam lingkungan RM65 – RM70. Tapi apa yang saya perasan, bila kita beli online, ada tawaran yang menarik pulak.

 

Ya. Dapat diskaun kira-kira 50%. Dapat potongan harga. Jadi kami kena bayar dalam lingkungan RM30 sahaja macam tu. Bila tengok kat bahagian review, nampaknya ramai juga yang beli makanan kucing jenama Healthy-Catz ni dan nampaknya kucing masing-masing boleh makan dan suka produk ini.

 

Saya tak pasti, sama ada tawaran diskaun 50% ini akan diberikan sampai bila. Saya rasa anda patut segera semak harga di sini. Kalau masih ada, maknanya ini memang rezeki anda. Baik beli cepat sebelum offer tersebut digantikan dengan tawaran yang mungkin tak sebaik sekarang ni.

 

Baiklah, sebenarnya makanan ni pun baru je sampai. Saya pun masih belum bagi lagi kucing-kucing saya makan benda ni, sebab nak habiskan stok makanan dia yang lama.

 

Mungkin esok, baru saya dapat bagi.

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: healthy catz, makanan kucing

February 25, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Macam mana nak siap sedia dengan temuduga kerja kerajaan?

“Kerja kerajaan pun ada temuduga jugak ke?”

 

Saya tak tau. Saya tak ada pengalaman kerja kerajaan. In fact, saya sendiri tak pernah pun mintak kerja dalam sektor awam ni.

 

Jadi… bila orang tanya saya, kerja kerajaan ni nak kena pergi interview ke tak… saya jadi agak blur.

 

rahsia-temuduga-kerja-kerajaan Rahsia persiapan temuduga kerja kerajaan

Apa yang saya tau, kerja kerjaan ni bukan senang nak dapat.

 

Maknanya, kalau anda dapat tawaran untuk kerja kerajaan, dan dalam kes ni, anda dah sampai ke peringkat boleh dipanggil untuk ke interview, maknanya anda memang patut hargainya.

 

Sebenarnya ramai je yang mintak kerja kerajaan tapi sangat susah nak dapat.

 

Tapi kalau dah dapat panggilan, anggaplah macam ini adalah peluang once in a lifetime.

 

Orang lain tak dapat, tapi anda dapat.

 

Nah, kalau ini situasi anda sekarang ni, baca ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ni ya.

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: kerja kerajaan, rahsia lulus temuduga kerja kerajaan

September 13, 2015 by Sabree Hussin Leave a Comment

Masalah jerebu, kegawatan ekonomi dan bagaimana orang kaya boleh bantu?

1. Alkisahnya, laman blog ini saya bina khusus untuk tujuan back up plan. If anything goes wrong dengan blog utama saya, at least saya masih ada platform yang boleh saya manfaatkan untuk teruskan dengan kerja-kerja pemasaran online.

 

2. Entahlah… sejak akhir-akhir ni, saya rasakan, banyak benda yang awal-awalnya disusun dengan begitu cantik dan teratur, juga boleh berakhir dengan carca marba. Bukan kita yang nak ia jadi macam tu, but things happen. Oi mana ada orang plan nak gagal. Melainkan orang yang memang tak ada sebarang plan, orang begini barulah boleh dianggap telah merancang untuk gagal.

last_samurai

 

3. Subjek yang sedang popular kat sekeliling saya ketika ini adalah subjek tentang kegagalan. Owh ramai jugak sebenarnya yang melalui fasa-fasa kegagalan. Gagal dalam projek, gagal dalam bisnes, gagal untuk bina satu legasi yang dapat diwarisi untuk keturunan.

 

4. MUNGKIN… syarat wajib untuk BERJAYA adalah kena lalui fasa kegagalan. Those yang comeback daripada kegagalan nampaknya lebih tahan lasak dan lebih degil bila nak usahakan sesuatu. Kisahnya… Aku pernah gagal sekali, sebab tu aku dah tak nak gagal lagi untuk kesekian kalinya. Ramai kot yang tak tau hakikat ni, gagal sekali tak bermakna anda anda akan gagal hanya sekali tu sahaja.

 

5. Channel TV3 memang dah agak lama saya tak sentuh. Banyak yang MENGARUT dan penuh cerita dongeng dan FANTASI. Amat jarang sekali, di TV membincangkan hal-hal dan perkara-perkara yang berkaitan dengan suasana kegawatan yang sedang dialami sekarang ni, baik dari segi kegawatan ekonomi, kesihatan dan juga persekitaran, Jerebu ni sampai bila baru nak settle ni?

 

6. Bila mana saya melihat, ada kejatuhan yang signifikan kepada jumlah jualan yang berjaya saya hasilkan, ini memberi gambaran kekuatan dan kedudukan ekonomi masyarakat kita. Wey korang ni semua dah mula catu perbelanjaan ke?

 

7. Aduhai… sudahlah orang kaya tak mahu berbelanja, orang yang tak berapa kaya juga ikut sama mengawal perbelanjaan. Natijahnya, mereka yang bergantung kepada pendapatan hasil daripada memberikan servis yang khusus seperti servis advertorial seperti saya akan jammed.

 

8. Ekonomi yang sihat, menurut kefahaman saya ialah apabila matawang atau wang berlegar dalam pasaran. Dari yang kaya, kepada golongan pertengahan, kepada yang miskin dan akhirnya kembali semula kepada yang kaya. Dalam perjalanan wang merentas pasaran ini, semua pihak menang kerana masing-masing dapat mendapatkan servis atau produk, dan pada masa yang sama dapat menjual servis mahupun produk.

 

9. Semua bermula dengan pergerakkan matawang dari mereka yang ada lebihan kepada mereka yang miskin, dan akhirnya patah balik kepada mereka yang kaya. Masalah melibatkan wang akan timbul bila mana ada pihak yang tak mahu berbelanja dan menyimpan duit. Andaikan jika orang kaya yang menyimpan duit-duitnya dan tak mahu berbelanja. Duit akan stuck dalam kalangan orang-orang kaya semata. Golongan pertengahan tak dapat menjual perkhidmatan mereka. Ada yang akhirnya out of business dan terpaksa join golongan yang dikelaskan sebagai golongan MISKIN.

 

10. Kunci kekayaan itu juga sedikit sebanyak dipegang oleh individu yang memang dah kaya. Hampir setiap masa saya fikirkan hal ini. “Bukankah bagus jika orang-orang kaya itu tidak sekadar mengumpul kekayaan untuk dirinya sendiri, sebaliknya kekayaan itu dibelanjakan semula untuk menyubur dan membantu memantapkan ekonomi orang lain juga.”

 

11. Ini sekadar simpan dalam peti besi, kemudian declare pada dunia… Harta saya dalam bank bernilai RM2.6 bilion. Nak buat apa? Pada waktu tu, ramai yang hampir mati, terdesak dan sarat hidupnya dek kerana kemiskinan yang melanda.

 

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 18
  • 19
  • 20

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
    Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in