Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

May 12, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Beli tiket wayang MURAH dari GSC serendah RM5

Beli tiket wayang murah dengan harga RM5 sahaja.

 

Siapa yang tak suka promosi macam ni?

 

Saya pun baru tahu promosi ini. Khas untuk pemegang kad kredit UOB YOLO Visa, anda boleh dapatkan tiket wayang dengan harga RM5 sahaja pada setiap hari jumaat.

tiket-wayang-gsc-murah

Promosi ini boleh dilihat di laman web rasmi UOB itu sendiri dan kat atas ini merupakan screenshot dari laman web rasmi mereka.

 

Kalau kita lihat maklumat yang tertera, promosi ini berlangsung dari 05 April 2019 sampailah 03 April 2020. Kiranya masih ada masa kalau nak dapatkan promosi ini.

 

Inilah dia rupa kad kredit UOB ini.

[Read more…]

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: beli tiket wayang murah, kad kredit, promosi kad kredit

March 25, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Pengalaman camping dalam hutan lipur dan glamping di dalam dusun

Saya rindu betul suasana camping dalam hutan. Kalau masa zaman sekolah dulu, seingat saya dalam setahun ada dua atau tiga kali saya akan ikuti aktiviti camping.

 

Setiap aktiviti pula dianjurkan oleh kelab dan persatuan yang berbeza. Waktu masih sekolah, ambil peluang untuk sertai aktiviti kokurikulum. Setidak-tidaknya bolehlah dapat pengalaman dan ilmu baru yang sukar untuk diperolehi kalau hanya duduk dalam kelas sahaja.

 

Bila dah masuk ke usia dewasa ini, sekarang dah agak susah nak dapat peluang untuk buat aktiviti perkhemahan. Bukan semua orang suka nak masuk hutan dan bermalam dalam hutan.

 

Macam-macam cabaran bila masuk hutan dan bermalam disitu.

 

Misalnya, banyak serangga dan terdedah kepada risiko gigitan serangga, bila waktu malam suasana jadi gelap gelita, susah nak melepaskan hajat bila tempat yang dipilih untuk berkhemah agak jauh dari tandas awam.

 

Kalau tempat tersebut dekat dengan tandas, ada beberapa kemungkinan yang akan berlaku, antaranya

(i) Bila malam, pintu tandas dikunci

(ii) Tandas tak dikunci tetapi tiada air.

(iii) Tandas tak dikunci, ada air, tapi lampu pula rosak.

 

Bila fikirkan cabaran-cabaran macam ni, akhirnya kita buat keputusan untuk tak nak buat aktiviti perkhemahan. Kalau nak buat juga, kena pilih something yang tak begitu mencabar.

 

Saya rasa anda mungkin pernah dengar aktiviti glamping. Ia merupakan singkatan bagi perkataan glamorous and camping. Kita masih lagi akan tidur di tapak perkhemahan, tidur dalam khemah, cuma bezanya terdapat banyak kemudahan yang tersedia.

 

Ada tandas, bilik air, tempat masak, dan dalam khemah juga tersedia bekalan elektrik, perkakasan elektrik dan banyak lagi. Salah satu tempat glamping yang saya temui ada di Raub, Pahang.

pengalaman-glamping

Instead of guna khemah biasa, tempat ini menggunakan pod sebagai tempat tidur. Tempat ini boleh memuatkan tiga buah keluarga dalam satu masa.

 

Pada waktu malam, tak perlu risau tentang suasana gelap, sebabnya dalam tempat tidur atau pod ini memang ada lampu dan bekalan elektrik. Boleh juga nak cas handphone bila menginap ditempat ini.

[Read more…]

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: camping dalam hutan, pengalaman camping, tempat best camping, tempat menarik untuk camping

March 6, 2019 by Sabree Hussin 3 Comments

Hidup bebas tanpa hutang dengan teknik Jom Bebas Hutang

Hidup bebas tanpa hutang.

 

Ada ke manusia yang tak berhutang pada zaman ini? Ya, mungkin ada. Cuma jumlahnya pastinya tak seramai kalau nak dibandingkan dengan mereka yang ada hutang.

 

Macam mana cara nak keluar dari belenggu hutang? Jawapannya cuma ada satu.

 

BAYAR HUTANG.

Sama ada anda bayar gunakan duit anda sendiri, ataupun orang lain yang akan tolong bayarkan untuk anda. Selagi hutang belum dibayar, selagi itu anda akan dianggap sebagai individu yang berhutang.

 

Kalau anda baca buku yang ditulis oleh Robet Kiyosaki, dalam dunia ini terdapat dua jenis hutang. Hutang yang baik (good debt) dan juga hutang yang tak baik (bad debt).

 

Hutang yang baik, apabila diambil akan membuat anda jadi lebih kaya dan menambahkan aliran duit masuk ke poket anda. Misalnya anda ambil pinjaman bank untuk membeli aset hartanah. Apabila anda berjaya dapat aset tersebut, anda jadikan ia sebagai hartanah sewa.

 

Kalau contoh situasi yang kerap saya jumpa ialah anda dapatkan pinjaman bank untuk beli sebuah rumah jenis apartment atau kondominium dikawasan peranginan atau tempat tumpuan pelancong.

[Read more…]

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: cara bebas hutang, cara selesaikan hutang, panduan bebas hutang

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 33
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in