Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

February 27, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Kerja sebagai pengurus akaun media sosial

Saya sebenarnya sedang membaca iklan kerja kosong di laman web maukerja.my dan saya tertarik dengan iklan kerja sebagai pengurus akaun media sosial.

 

Ini iklan yang saya maksudkan.

social-media-manager

Gaji yang ditawarkan untuk jawatan ini juga bukannya biasa-biasa. Bermula dari RM2,500 dan boleh mencapai sehingga RM4,000 sebulan.

 

Satu masa dulu, saya percaya yang jawatan seumpama ini memang mustahil untuk ditemui di mana-mana syarikat. Tapi sekarang ini, ia dah jadi satu keperluan.

 

Saya berpendapat, mana-mana syarikat dan juga perniagaan yang tidak mempunyai akaun media sosial, akan terlepas banyak peluang untuk berinteraksi dengan bakal pelanggan dan ini boleh menyebabkan pelanggan mereka memilih untuk berbelanja ditempat pesaing anda.

 

Baru-baru ini, saya perlukan maklumat tentang restoran kegemaran saya. Saya nak tahu, dimana cawangan terdekat yang boleh saya kunjungi.

 

Puas saya cuba dapatkan maklumat tentang restoran ini menggunakan Google. Tapi maklumat yang saya perlukan itu tetap tak diperolehi.

 

Kalaulah mereka ini ada akaun media sosial, tak kiralah sama ada facebook, instagram mahupun twitter, saya boleh hantar personal message dan boleh dapatkan jawapan segera. Tak perlu lagi saya nak susah payah cari info tersebut di internet.

 

Pelanggan mahukan jawapan segera!

Atau mereka akan pergi ke perniagaan milik syarikat pesaing.

 

Dengan adanya akaun media sosial, bakal pelanggan boleh terus berhubung dengan mana-mana perniagaan tanpa perlu menunggu lama dan melalui sistem birokrasi yang leceh. Komunikasi melalui media sosial juga lebih santai, dan apa yang penting, apa yang pelanggan mahu dapat diperolehi dengan segera.

 

Peranan dan tanggungjawab sebagai pengurus akaun media sosial

Bila kita nak jadi pengurus akaun media sosial ini, kita kena tau apakah dia peranan dan tanggungjawab yang perlu kita lakukan.

 

Kita bukan sekadar bertanggungjawab untuk menulis status update semata-mata, sebaliknya kita ada peranan yang lebih besar. Antara perkara yang kita perlukan adalah

 

(1) Mempromosi dan memasarkan produk yang dijual oleh syarikat

Tulis mengenai produk yang dijual oleh syarikat dengan cara yang kreatif. Apa yang penting, pelanggan anda boleh tahu tentang produk-produk yang boleh didapati dari syarikat tersebut.

 

(2) Menjawab pertanyaan pelanggan

Ini sama macam yang saya bagitahu sebelum ini. Pelanggan anda ada banyak benda nak tanya, dan jika anda mudahkan mereka untuk dapatkan jawapan, ini akan memudahkan mereka untuk buat keputusan berkaitan dengan membuat pembelian.

 

(3) Membuat jualan dan menguruskan tempahan

Sebelum saya tahu yang kita boleh beli smart tag Touch n Go secara online dilaman web Lazada, saya pernah hubungi pihak touch n go melalui akaun facebook dan buat tempahan disitu.

smart-tag-murah

Mujurlah pihak yang melayan mesej saya tu boleh bantu uruskan tempahan dan pembayaran yang saya lakukan.

 

(4) Membawa masuk trafik ke halaman jualan

Jika syarikat tersebut mempunyai laman jualan tertentu, anda juga perlu pastikan ada trafik yang masuk ke halaman tersebut, hasil daripada aktiviti promosi yang dilakukan menerusi media sosial.

 

(5) Menyusun strategi pemasaran yang efektif untuk syarikat

Setelah menjalankan beberapa kaedah pemasaran secara online, anda boleh lihat sejauh mana keberkesanan sesuatu teknik itu. Jika berkesan dan memberikan hasil, bolehlah diteruskan kaedah pemasaran tersebut, dan sekiranya tidak memberi sebarang impak, maka bolehlah dihentikan atau dikurangkan.

 

(6) Membuat laporan tentang kaedah pemasaran yang digunakan

Anda juga perlu menulis laporan berdasarkan kepada statistik dan data-data daripada kerja pemasaran yang telah dilakukan.

 

Kerja sebagai pengurus media sosial ini memang nampak mudah. Tapi ia mungkin tak semudah yang anda bayangkan. Apa yang boleh saya katakan, beban kerjanya bolehlah kalau nak dikatakan sebagai sepadan dengan potensi pendapatan yang ditawarkan.

 

Anda berminat nak kerja sebagai pengurus media sosial ini ke? Jika anda kata anda minat, boleh tengok senarai iklan kerja kosong menerusi pautan ini.

 

Kerja sebagai pengurus akaun media sosial ini juga antara kerja yang popular, bagi mereka yang baru menamatkan pengajian. Jika anda mempunyai sijil SPM, anda sudah boleh memohon pekerjaan ini.

Baca juga: Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: kerja kosong lepasan spm, kerja sebagai pengurus media sosial, pengurus akaun media sosial

January 12, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Kepentingan mempunyai akaun bank khusus untuk kerja freelance

Beberapa tahun kebelakang ini, saya bekerja sendiri sebagai seorang freelancer dalam bidang pemasaran dan penulisan artikel. Saya buat keputusan untuk mencari rezeki dalam bidang ini disebabkan oleh jadual kerja yang fleksibel dan minat dalam bidang penulisan.

 

Kalau kita lihat dari segi peluang yang terdapat dipasaran kerja, sebenarnya terdapat banyak kerja kosong dalam bidang pemasaran.

kerja-eksekutif-pemasaran

Seseorang itu boleh dapat pendapatan antara RM3,000 – RM5,000 setiap bulan sekiranya bekerja sebagai seorang eksekutif pemasaran. Anda boleh lihat lebih banyak iklan kerja dalam bidang pemasaran dihalaman ini.

 

Walaupun pendapatan tersebut lumayan, namun saya terpaksa berkompromi dalam soal fleksibiliti kerja. Saya perlu bekerja mengikut masa, dan cara yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Saya juga tidak menolak kebarangkalian dimana saya perlu buat kerja-kerja yang saya tak berapa suka dan tak begitu mahir.

 

Setakat ini, saya tak jumpa lagi sebuah syarikat yang menawarkan kerja dalam bidang pemasaran dan skop kerja yang perlu dilakukan adalah menulis artikel sahaja.

 

Kalau nak kerja yang seumpama itu, nak tak nak, saya kena cipta sendiri peluang kerja tersebut. Caranya adalah dengan menjadi seorang pekerja bebas, ataupun freelancer.

penerangan-tentang-jobdirumah

Saya jadi makin jelas dengan peluang dan cara kerja sebagai seorang freelancer setelah ikuti panduan yang disediakan oleh pihak Jobdirumah.

 

Salah satu dilema yang bermain difikiran saya setiap kali menerima bayaran untuk kerja yang telah saya siapkan atau yang bakal saya lakukan, adalah berkenaan dengan bagaimana cara untuk menerima bayaran tersebut.

 

Patutkah saya buat akaun bank khas untuk tujuan menerima bayaran bagi job yang saya dapat atau saya patut gunakan sahaja akaun bank personal seperti biasa? 

Baca juga: Akaun bank khusus untuk kerja freelance dan bisnes online

 

(1) Menerima bayaran dalam jumlah yang banyak dan kerap

Setakat ini, saya gunakan akaun jenis saving account sahaja untuk menerima bayaran upah untuk kerja-kerja yang saya lakukan.

 

Melihat kepada keadaan saya sekarang ini, masih belum ada keperluan untuk tukar kepada akaun semasa bagi tujuan menerima pembayaran upah. Melainkan kalau satu hari nanti, saya menerima bayaran dengan agak kerap dan jumlah yang agak besar.

 

Pada waktu itu, mungkin pihak bank akan sekali lagi membekukan akaun saya, dan akan menyuruh saya membuka akaun semasa bagi tujuan menerima dan memproses bayaran dari para pelanggan yang berminat untuk dapatkan upah dari saya.

 

Kalau ikut pada pengalaman sebelum ini, sewaktu saya aktif menjual ebook hasil tulisan saya sendiri, akaun bank saya pernah dibekukan sebanyak dua kali kerana terdapat banyak transaksi dalam satu hari. Walaupun amaun transaksi tidak begitu besar, tapi disebabkan bilangan transaksi terlalu banyak, ini membuatkan pihak bank bertindak membekukan akaun saya.

akaun-bank-bisnes

Apa yang dapat saya simpulkan, kalau nak buat bisnes online atau sebarang bisnes, sebaik-baiknya buat akaun bank khas (akaun semasa) bagi tujuan tersebut.

 

Jika anda tak buat akaun khas, pihak bank sendiri yang akan memaksa anda buka akaun semasa khas untuk perjalanan bisnes anda.

 

(2) Akaun bank khas atas nama syarikat dan bukannya individu

Saya fikir, lepas ini kalau ada keperluan untuk buka akaun bank khas untuk bisnes atau khas untuk kerja freelance yang saya lakukan, saya akan buka akaun bank menggunakan nama syarikat, yang akan saya tubuhkan apabila wujudnya keperluan.

 

Mungkin satu hari nanti, saya akan menerima banyak tempahan dan tawaran job untuk menulis artikel promosi bagi mempromosikan perniagaan milik pelanggan saya. Siapa tahu, bermula hanya dengan sebagai seorang freelancer, saya boleh jadikan ia sebagai satu bentuk perniagaan yang sah di Malaysia.

 

Namun saya sedar, bidang yang saya pilih ini, ada terlalu banyak persaingan. Instead off dapatkan khidmat marketing ini dari saya, pemilik perniagaan boleh sahaja dapatkan khidmat yang sama dari syarikat-syarikat besar yang banyak terdapat diluar sana.

 

Saya tak menolak kemungkinan yang mereka mungkin dapat berikan servis yang berkali ganda lebih baik dari apa yang saya tawarkan. Tetapi pada saya, jika anda mahukan servis yang personalized dan melengkapi keperluan perniagaan anda, memilih untuk beriklan dengan individu seperti saya adalah keputusan yang tepat.

 

Untuk pengetahuan anda, saya juga masih lagi aktif mempromosikan bisnes-bisnes milik pelanggan saya, yang pernah berurusan dengan saya sejak dari tahun 2014 lagi. Sehingga ke saat ini, saya masih lagi memastikan iklan mereka kekal berada di muka surat pertama google untuk kata kunci yang mereka sasarkan untuk bisnes mereka.

 

Salah satu contoh bisnes milik pelanggan saya, yang saya sentiasa monitor adalah bisnes sewa alamat pejabat dan peti surat berkunci di Shah Alam.

sewa-pejabat-shah-alamSampai ke hari ini, saya akan pastikan iklan ini berada di muka surat pertama Google, lantas memberi prospek kepada pelanggan saya ini.

 

Servis penulisan dan SEO seperti ini, memang saya tak promosikan secara aktif. Siapa yang betul-betul minat nak dapatkan khidmat saya, baru saya akan tolong. Kalau ada yang sekadar nak tanya-tanya, atau sekadar nak cari servis pemasaran yang murah-murah, saya bukanlah individu yang sesuai untuk anda berurusan.

 

(3) Kelihatan lebih profesional dan berpengalaman dalam bidang perkhidmatan yang ditawarkan

Saya juga kerap membaca nasihat seumpama ini diinternet.

 

Bagi mereka yang mempunyai nama syarikat sendiri, kemudian mempunyai akaun bank atas nama syarikat, akan dipandang tinggi oleh bakal pelanggan, kalau nak bandingkan dengan mereka yang hanya menggunakan akaun personal.

 

Imej profesional akan kelihatan lebih ketara jika ada syarikat dan akaun bank atas nama syarikat. Sesetengah individu lebih selesa untuk berurusan dengan syarikat berbanding dengan berurusan dengan orang perseorangan.

 

Nasihat itu ada betulnya.

 

Walaubagaimanapun, pada ketika ini, saya kira adalah lebih baik anda fokus kepada perkhidmatan yang ditawarkan dan apa manfaat yang bakal anda terima, berbanding fokus pada hal-hal sampingan seperti aspek profesionalisme dan sebagainya.

 

Jika anda merasakan seseorang itu mampu untuk berikan hasil kerja yang anda mahu dan harapkan, aspek profesional boleh diketepikan dulu. Secara automatik ia menjadi tak begitu penting.

 

Tapi kalau anda mencari individu atau entiti yang nampak profesional, ia bukanlah faktor penentu yang mereka pasti mampu berikan hasil kerja yang anda harapkan, anda mungkin terpaksa bayar mahal sedangkan servis yang bakal anda perolehi tak seperti anda harapkan.

 

…dan ya, ada perlu bersetuju pada setiap terma dan syarat yang panjang berjela yang anda sendiri tak ada masa nak baca dan fahamkan satu per satu.

 

Idea dan hasrat, untuk beralih daripada seorang freelancer kepada seorang pemilik bisnes, bukanlah idea yang kecil. Pada ketika itu, saya pasti akan perlukan khidmat nasihat dari profesional, terutamanya khidmat nasihat dari seorang akuantan bertauliah bagi membantu saya buat keputusan yang tepat dalam bisnes yang saya jalankan.

 

Mujurlah saya ada kenal akauntan yang boleh diharapkan.

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: akaun bank untuk bisnes, akaun bank untuk kerja freelance, akaun bank untuk pekerja dari rumah

December 12, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Dapat panggilan telefon dari telemarketer

“Hello boleh bercakap dengan Encik Sabri?”

 

“Ya saya bercakap.”

 

“Nama saya Farah dari bank ABC. Boleh kita bercakap sebentar? Saya nak terangkan tentang satu program baru yang khas ditawarkan kepada encik.”

 

Saya ingatkan saya ada hutang tertunggak dengan pihak bank, jadi saya jawablah panggilan tersebut untuk mengetahui berapa yang belum dibayar. Rupa-rupanya panggilan tersebut adalah dari seorang telemarketer.

 

Biasanya kalau telemarketer yang call, mereka ini ingin tawarkan produk sama ada insuran, kad kredit ataupun Unit Trust.

kerja-seorang-telemarketer

Kalau benda ni istimewa sangat khas untuk saya, saya rasa mereka boleh hubungi saya melalui email. Saya rasa penerangan melalui email itu lebih baik dan saya boleh sentiasa merujuk kepada maklumat-maklumat yang dibekalkan.

 

Lagipun saya bukannya boleh ingat semua butiran yang diberitahu melalui panggilan telefon.

 

Benda yang melibatkan urusan duit saya lebih selesa untuk baca dan fahamkan terlebih dahulu apa yang saya beli atau langgan. Tak salah kalau nak telefon tetapi selepas itu saya tetap perlukan maklumat dalam bentuk bertulis.

 

Saya rasa telemarketer yang telefon Itu bukannya bekerja untuk bank, tetapi mereka adalah sebuah outsource company yang menjual produk bagi pihak bank tersebut.

 

Sudah tentu apabila kita minta mereka emailkan maklumat tersebut mereka tidak akan buat. Saya agak ini disebabkan mereka tidak mempunyai e-mel rasmi yang mewakili bank tersebut. Kalau panggilan itu dibuat oleh staf bank, saya percaya mereka boleh hantar email tanpa sebarang masalah.

 

Kerja sebagai telemarketer seperti ini bergantung kepada keupayaan mereka untuk membuat jualan melalui telefon. Jika pelanggan yang di telefon tidak bersedia untuk bercakap melalui telefon atau membuat sebarang pembelian, dia terpaksa berpindah kepada nama lain yang ada dalam tangan.

 

Boleh jadi dalam tangan mereka ada beribu-ribu senarai nama yang perlu dihubungi.

 

Kalau setakat seorang dua tidak mahu bercakap, mereka ada banyak lagi pilihan prospek. Mungkin daripada 100 orang yang dihubungi dalam sehari, akan ada dua puluh atau tigapuluh orang yang akan melayan panggilan tersebut.

 

Dalam satu hari kena buat banyak panggilan dan perlu ada sales target.

Dari 100 panggilan yang dibuat target sekurang-kurangnya 20 orang akan jadi pembeli. (saya pun tak berapa pasti bagaimana cara mereka meletakkan sasaran pembeli)

 

Zaman sekarang ini masih ada lagi ke orang yang ternanti-nanti panggilan daripada telemarketer?

Jawapannya Mestilah ada.

 

Cuma mungkin bilangannya tidaklah begitu ramai. Pada masa yang sama bergantung juga kepada apa produk yang ditawarkan.

 

Macam sebelum ni saya kenal seseorang yang menunggu-menunggu panggilan dari telemarketer yang mewakili pihak bank untuk menawarkan produk berupa pinjaman peribadi ataupun kad kredit.

 

Dua produk ni kalau kita nak buat permohonan melalui bank, mungkin agak leceh dan perlu sediakan macam-macam dokumen.

 

Tetapi kalau ditawarkan melalui panggilan telefon ianya lebih mudah untuk diluluskan. Saya juga pernah ditawarkan untuk melanggan perkhidmatan kad kredit melalui panggilan telefon. Saya tidak perlu buat sebarang permohonan, sebaliknya hanya perlu bersetuju sahaja untuk menerima kad kredit tersebut.

 

Kad kredit tersebut akan di pos ke alamat rumah.

Baca juga: Bayar hutang kad kredit berjumlah lebih RM10 ribu melalui duit bisnes ebay

 

Kebetulan pada masa yang sama, saya memang sedang mencari kad kredit tetapi syarat permohonan agak ketat. Tiba-tiba dapat panggilan dari pihak bank yang menawarkan kad kredit. Jadi saya terus terima kad kredit tersebut.

 

Apabila kad kredit tersebut sampai ke tangan saya, saya masih ada pilihan sama ada ingin menggunakannya ataupun tidak. Sekiranya saya berubah fikiran, saya tidak perlu aktifkan kad kredit tersebut.

 

Potensi pendapatan bekerja sebagai seorang telemarketer

Saya melihat iklan kerja kosong di laman web maukerja.my. Di sini terdapat lebih kurang 118 kekosongan kerja yang berkaitan dengan bidang telemarketer.

 

Dalam banyak-banyak kekosongan kerja saya tertarik dengan iklan di bawah ini.

kerja-telemarketer-bagus-ke

Rupa-rupanya gaji seorang telemarketer boleh mencecah sehingga rm4500 sebulan.

 

Anda boleh terus ke halaman ini untuk melihat lain-lain iklan kerja berkaitan dengan telemarketer.

 

Memang agak lumayan pendapatan yang boleh diraih apabila bekerja dalam bidang ini. Cuma untuk bekerja dalam bidang ini perlukan hati dan jiwa yang kuat.

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: gaji kerja telemarketer, kerja telemarketer, pendapatan kerja telemarketer

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • …
  • 33
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in