Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

July 12, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Cerita tentang peminta sumbangan untuk pusat kebajikan: Boleh percaya ke?

Kadang-kadang, bila tengah isi minyak kat petrol pump, ataupun tengah makan dekat restoran fast food macam KFC, McD atau pizza hut, pasti akan ada seseorang yang akan datang menghampiri meja saya. Biasanya orang cina.

 

Dia akan memperkenalkan diri dia dan akan kata dia mewakili pusat kebajikan tertentu, dan sedang dalam misi untuk kumpul dana. Pusat kebajikan tu pula ada pelbagai. Kadang-kadang rumah orang-orang tua. Ada juga rumah anak-anak yatim, rumah perlindungan orang kurang upaya dan sebagainya.

 

Bila orang-orang ni datang kat saya, saya hanya senyum. Tanpa gagal, saya akan menolak untuk beri sebarang sumbangan, walaupun hanya RM1.

 

Jujur saya katakan, saya tak selesa untuk menderma, bersedekah atau memberi sumbangan dengan cara macam ni. Saya kurang selesa. Seboleh-bolehnya saya akan elakkan. Pernah sekali saya mendapat respons seperti ini

Kat rumah kebajikan ni pun ada orang Melayu. Bukan semua orang cina. Kat sini ada berbilang kaum…

 

Ok… bila dia sebut macam tu, seolah-olah dah jadi isu perkauman la pulak. Padahal ini langsung tak ada kaitan dengan isu perkauman.

 

Saya lebih suka untuk memberi sumbangan apabila saya tahu dan YAKIN ke mana duit sumbangan tu akan disalurkan.

 

Contohnya, tabung masjid. Kita sedia maklum, sumbangan yang kita hulurkan dan yang kita masukkan dalam tabung masjid ni, ia akan digunakan untuk pengurusan masjid. Sama ada untuk bayar bil elektrik, bil air, wifi, pembelian kitab-kitab pengajian, upah penceramah untuk buat aktiviti, kerja-kerja pembersihan, maintenance dan macam-macam lagi. Jadi, bila kita bersedekah di masjid kita tau ke mana ia akan dibelanjakan.

 

Tabung sempena bulan ramadhan. Kebanyakkan masjid, akan menyediakan tabung yang berasingan bagi tujuan menghidupkan bulan ramadhan. Dari tabung ni kita tahu pihak masjid akan gunakan ia untuk tujuan majlis buka puasa, moreh, sahur mungkin, dan jika ada lebihan, boleh jadi akan digunakan untuk sambutan hari raya dan sebagainya. Sekali lagi, kita sedia maklum kemana hala tuju duit yang kita sumbangkan tu nanti.

 

Tabung kebajikan anak-anak yatim ataupun tabung pusat pengajian tahfiz. Pada hari ini, kita sebenarnya boleh terus menyumbang ke akaun bank pusat-pusat tahfiz ataupun ke pusat-pusat kebajikan anak-anak yatim. Guna sahaja online banking. Tak perlu susah payah nak ke pusat tahfiz atau ke rumah kebajikan untuk bersedekah. Cara yang lebih best, boleh buat autodebit. Ala… kalau cuma transfer RM10 sebulan pun bukan ada orang tahu. Yang penting kita tau, kemana hala tuju duit yang kita sumbangkan tu tadi.

 

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda

Maksudnya: “Satu dinar yang engkau nafkahkan di jalan Allah, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk memerdekakan hamba sahaya, satu dinar yang engkau nafkahkan kepada orang miskin, dan satu dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, maka yang paling besar pahalanya adalah yang engkau nafkahkan kepada keluargamu.”

(Riwayat Muslim no. 995)

 

Sekiranya anda memang ada banyak duit, maka carry on. Anda bebas untuk bersedekah atau menyumbang kemana-mana yang anda suka. Tetapi, bagaimana kalau anda hanya mempunyai wang yang hanya cukup-cukup sahaja untuk keperluan peribadi dan keluarga?

 

Adakah anda masih akan tetap bersedekah, ataupun anda akan mengutamakan nafkah kepada keluarga? Dan kalau kita rujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Muslim ni, kita tau rupa-rupanya duit yang kita nafkahkan untuk keperluan keluarga kita tu, sebenarnya pahalanya lebih besar berbanding nafkah di jalan Allah, memerdekakan hamba, mahupun nafkahkan kepada orang miskin.

Riyadus_Solihin

 

Jadi nampak tak? Nak buat apa pun kita kena ada ilmu. Bukan main buat sahaja. Kalau tak pernah baca kitab hadis, mungkin tak akan pernah jumpa hadis ni. By the way, hadis ini saya baca dari Kitab Riyadhus Solihin yang disusun oleh Imam Nawawi. Saya rasa anda pun patut dapatkan satu kitab ni untuk dijadikan rujukan anda kelak.

 

Ok kembali kepada kisah peminta sumbangan ni. Saya lebih suka kalau sumbangan yang saya berikan tu, saya tahu kemana ia disalurkan. Bukan sekadar tahu, malahan saya boleh nampak sendiri, yang ia benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

 

Kelab Generasi Warisan Prihatin. Ini adalah kelab yang saya sertai yang turut terlibat dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti meliputi sumbangan barangan dapur, kelengkapan sekolah, sumbangan baju raya dan sebagainya. Setakat ni, kami dah pernah jalankan aktiviti di pusat tahfiz, rumah orang-orang kampung, flat PPR, dan mungkin in future akan ada banyak lagi tempat yang kami akan pergi.

 

Jika saya nak buat sumbangan sekalipun, saya akan menyumbang melalui kelab generasi warisan prihatin ini, dan untuk jayakan program dan aktiviti kelab. Sebabnya masih sama macam yang saya duk ulang-ulang banyak kali sebelum ni iaitu, saya boleh nampak ke mana perjalanan duit sumbangan tu hingga ia akhirnya sampai kepada golongan penerima yang disasarkan.

 

Sedekah itu adalah satu ibadah. Apabila ia tergolong dalam salah satu bentuk ibadah, maka kita perlu ada ilmu yang betul supaya ibadah tersebut dapat dijalankan dengan sempurna. [Ajaibnya Sedekah “Semakin Bersedekah Semakin Kaya”]

 

Apa pun, saya percaya setiap orang ada pandangan sendiri tentang perkara seumpama dengan ini. Mungkin cara saya agak berbeza dan tak sama seperti yang biasa anda amalkan. Tapi In Shaa Allah, jika anda juga baca kitab yang saya baca, yang membincangkan isu tentang sedekah, anda pasti akan nampak kenapa saya bertindak seperti mana saya bertindak sekarang ni.

 

 

 

Baca juga artikel:

  • Rebut komisen lumayan dari Involve Asia walaupun tidak melakukan sebarang jualanRebut komisen lumayan dari Involve Asia walaupun tidak melakukan sebarang jualan
  • Kad raya custom made boleh letak gambar sendiriKad raya custom made boleh letak gambar sendiri
  • Tawaran menarik sempena Lazada Online Revolution 2017 dan Blogger ContestTawaran menarik sempena Lazada Online Revolution 2017 dan Blogger Contest
  • Program erezeki dan program latihan bekerja dari rumahProgram erezeki dan program latihan bekerja dari rumah
  • Strategi buat jualan PANTAS dengan kaedah pemasaran emelStrategi buat jualan PANTAS dengan kaedah pemasaran emel
  • Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
  • Pemilihan kerja sendiri berdasarkan minat ataupun hobi.Pemilihan kerja sendiri berdasarkan minat ataupun hobi.
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayaiKerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Masih tak tau nak buat bisnes online apa tahun 2016 ni? Saya syorkan ONEXOXMasih tak tau nak buat bisnes online apa tahun 2016 ni? Saya syorkan ONEXOX
  • Bisnes Air Balang jadi pilihan usahawan semasa bulan puasaBisnes Air Balang jadi pilihan usahawan semasa bulan puasa

Filed Under: Personal Tagged With: generasi warisan prihatin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 + twelve =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
    Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in